Boleh dikatakan banyak destinasi atau negara yang punca pendapatan mereka adalah pelancongan terjejas dengan sangat teruk ketika dilanda pandemik Covid-19, salah satu daripada yang teruk terjejas adalah Thailand. Jika sebelum ini, tular gambar keadaan sunyi sepi di Phuket, situasi ibarat ‘bandar hantu’ yang sunyi, sepi dan gelap ini turut terjadi di pasar terbesar dan terkenal seluruh dunia iaitu Pasar Chatuchak atau Chatuchak Market ini.
Kalau dahulu, hari Sabtu merupakan hari yang sangat dinantikan para peniaga kerana waktu itulah mereka akan pulun buat jualan kerana pelanggan sangat sampai sehingga nak berjalan pun susah.
Sekarang ini, apa yang berlaku di Thailand adalah sama seperti apa yang berlaku di negara kita, mereka yang berniaga di Chatuchak ini perlu membayar sewa walaupun tidak mendapat sebarang jualan.
Ramai antara mereka memilih untuk tidak membuka perniagaan kerana ramai yang tinggal berjauhan dari kawasan pasar ini selain peniaga-peniaga makanan menangung kerugian akibat bahan mentah rosak dan sebagainya.
Namun, ini tidak mematahkan semangat sesetengah peniaga yang masih teruskan berniaga walaupun hampir tiada pelanggan dan tiada sebarang jualan dapat dibuat.
Harapnya, semua peniaga yang terkesan di sini dapat bertahan dan tak lama lagi pun kerajaan Thailand akan membernarkan kemasukan pelancong melalui program ‘Phuket Sandbox‘ yang mana pelancong perlu menghabiskan masa seminggu di Phuket kemudian dibenarkan keluar untuk ke tempat-tempat lain pula.