Majlis ringkas tetapi meriah hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Pada majlis itu, pihak Syamel menyerahkan tiga dulang hantaran, berbalas lima dulang. Berkongsi perasaan selepas bergelar tunangan orang, pemilik nama lengkap Syameel Aqmal Mohd Fodzly itu bersyukur majlis berlangsung seperti dirancang.
Berkongsi perasaan selepas bergelar tunangan orang, Syamel meluahkan rasa bersyukur kerana majlis berlangsung dengan lancar seperti yang dirancang. Syamel turut meluahkan rasa gembira kerana impiannya untuk menyunting Ernie sebagai bakal isteri akhirnya termakbul. Syamel turut rasa gementar untuk menghadapi tempoh pertunangan ini yang dikatakan banyak dugaan seperti yang sering diperkatakan.
Apa-apa pun, pasangan ini berjanji akan menjaga diri dan batas pergaulan serta tidak selalu berjumpa. Apa yang mereka harapkan adalah doa daripada peminat bukan sahaja hubungan ini sampai ke jenjang pelamin, malah kekal hingga ke akhir hayat.
“Alhamdulillah, saya gembira impian mahu menyunting Ernie sebagai bakal isteri akhirnya dimakbulkan. Saya gementar juga apabila mengenangkan alam pertunangan ini banyak dugaan seperti yang sering diperkatakan. Saya akui perkara inilah yang amat ditakuti.
“Namun, insya-Allah, saya dan Ernie akan menjaga diri dan batas pergaulan. Kami takkan berjumpa selalu. Apa yang diharapkan, doa peminat bukan sahaja hubungan ini sampai ke jenjang pelamin, malah kekal hingga ke akhir hayat,”
– Syamel
Mengulas tarikh diijabkabulkan, penyanyi yang popular dengan lagu Hidup Dalam Mati dan Kau Pun Sama itu memberitahu, ia belum dibincangkan lagi.
“Untuk majlis pertunangan hari ini, tiada sebarang perbincangan menetapkan tarikh perkahwinan. Ia akan dilakukan kemudian. Bagaimanapun, saya tidak mahu bertunang lama-lama,”
– Syamel
Perkenalan pasangan yang pernah dinobatkan sebagai Artis Kolaborasi/Duo/Kumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular (ABPBH) Ke-31 itu bermula ketika Syamel dan Ernie menyertai program realiti, Duo Star tiga tahun.
Walaupun kelihatan mesra dan sering digosip bercinta, namun Syamel dan Ernie menyimpan kemas kisah cinta yang sekian lama terjalin.
Sumber: BH Online & IG Syamel