in

Ada Sebab PARTY BUDIEY 1 DEKAD Lebih Meriah & Energetik

7 Februari 2017
Alamak dah nak dekat masuk bulan Februari dah. Sekejap betul masa berlalu kan? Ini bermakna, sebulan lalu, tanggal 7 Januari… Budiey.com menyambut ulangtahun Ke-10. Tahniah buat diri sendiri kerana berjaya bertahan sehingga ke tahap ini.

Budiey sebenarnya dah janji dengan pembaca untuk mengadakan Parti Ulangtahun Ke-10 pada tahun ini. By hook or by crook, kena buat jugak sebab tahun lepas, ulangtahun ke-9 Budiey tak dapat buat sebab jadual harian terlalu padat. Haa, ingat senang ke nak buat party untuk korang ni? Letih tu jangan cakaplah!

Tahun ini, Budiey mengambil inisiatif yang cukup drastik untuk mengadakan Party Budiey 1 Dekad sebagai menghargai sokongan pembaca dan pengikut setia di media sosial. Orang kata, buat secara ringkas ‘go with the flow’, semampunya dan seadanya.

Pagi tadi, Budiey dah siapkan draft proposal untuk parti tahunan yang dinantikan. Bermula dengan mencari tarikh yang sesuai. Budiey memilih 25 Mac 2017 sebab ia sesuailah selepas korang dapat gaji. Hehe… boleh bersiap sedia untuk beli itu ini kan? Kira okay dah tu tarikh tu. Tiada bangkangan dari sesiapa sebab nak tak nak kena buat sebelum bulan puasa.

Party Budiey 1 Dekad

9 Februari 2017
Hari ini cuaca cerah. Pagi-pagi lagi keluar rumah, nak jogging di Taman Metropolitan Kepong. Sekali sekala nak kena jogging sebab nak maintain kurus. Bukan senang nak maintain sebab biasanya makan tak ingat dunia masa kat event.

Teringat pasal Party Budiey 1 Dekad, hari ini dah selesai buat draft emel untuk dihantar kepada penaja. Esok sahajalah hantar proposal kepada kawan-kawan PR yang sudi menolong. Sebab hari ni banyak sangat event yang kena attend. Dari petang sampailah malam. Manalah sempat.

songkrun 2017

Dalam pada itu, Budiey sempat juga meluangkan masa untuk menghadiri beberapa event. Penat tu tak yah cakapla, memang penat tapi Budiey happy dan seronok. Itu yang penting.

Di event malam tadi, ada seorang kawan media menyapa dengan selamba dia cakap wajah Budiey nampak sangat letih. Budiey cakap, semalam tak cukup tidur, itulah sebab nampak letih. Walhal semalam dah cukup tidur dah sebenarnya. Tapi hairan jugak, muka nampak tak bermaya dan letih semacam je. Aduyai! Ada kawan mencadangkan Budiey supaya ambil pil vitamin dan juga buat rawatan muka agar wajah nampak segar, fresh macam baru bangun tidur.

11 Februari 2017
Jangkamasa 10 tahun bukan tempoh yang singkat bagi saya. Ia sangat lama. Banyak dugaan dan onak ranjau yang ditempuhi dalam tempoh satu dekad itu. Bukan sesuatu yang mudah untuk mengadakan acara tahunan ini kerana ia mencuri masa dan juga tenaga untuk melaksanakan segala kerja. Dari A to Z, segalanya dibuat oleh Budiey. Biasalah apabila diberi jolokan ‘one man show’ ni, Budiey perlu persiapkan diri dari segi kekuatan fizikal dan mental. Janji badan kena sihat dan bertenaga sepanjang hari.

Untuk tidak terlalu menyeksakan diri, nak tak nak, Budiey kena merancang tiga bulan lebih awal. Setelah mengenal pasti lokasi iaitu Red Box The Gardens, Budiey pun tak tunggu lama untuk melayangkan emel memohon tajaan kepada semua kenalan PR dan juga syarikat yang pernah bekerjasama dengan Budiey selama 10 tahun bekerja sebagai blogger.

Dari segi tajaan, kalau boleh merangkumi segenap segi dari lokasi sehinggalah pakaian. Pendek kata, apa yang ditawarkan, Budiey ambik je. Orang kata, bukan senang untuk mendapat tajaan ketika mana ekonomi yang sangat meleset dan menghimpit ini.

Budiey berterima kasih sangat kepada produk BRAND’S® yang telah sudi menaja produk untuk diberikan kepada semua pembaca dan selebriti yang hadir di Party Budiey 1 Dekad. Diorang sponsor produk BRAND’S® Ca’ya™ lagi untuk majlis hari tu.

Untuk info korang, produk Ca’ya™ ini adalah minuman berkhasiat yang menggabungkan keseimbangan Habbatus Sauda dan Ginseng. Ia dapat membantu memberikan tenaga yang berkekalan agar kita terus energetic mengharungi cabaran sepanjang hari.

Bukan itu sahaja, dua bulan sebelum acara, BRAND’S® sudi memberi peluang untuk Budiey mencuba produk Ca’ya™. Budiey kira memang elok jugak Budiey cuba produk ini memandangkan dalam tempoh dua bulan menjelang party berlangsung ini sangat singkat dan memerlukan kesihatan serta tenaga yang berkekalan.

Beberapa kotak telah dihantar ke rumah untuk Budiey minum setiap pagi. Pada mulanya, Budiey rasa skeptikal sikit memandangkan warna minuman kesihatan ini berwarna hitam pekat macam kopi. Tapi setelah pertama kali mencuba, Budiey suka dengan rasanya. Tak puas minum satu botol, Budiey rasa nak minum sebotol lagi. Mesti korang tertanya-tanya, tentang rasa Ca’ya™ ni, kan? Lagi sedap kalau minum bila sejuk.

Budiey tak nak cerita panjang pasal rasa Ca’ya™ ni sebab ianya satu benda yang subjektif. Ada orang tak suka dengan rasa pahit, ada orang suka rasa manis, dan macam-macam lagilah. Apa yang boleh Budiey katakan, rasanya sangat sedap. Ia membuatkan diri kita rasa segar dan bertenaga.

Tambah lagi kalau korang letak dalam peti sejuk, macam Budiey cakap tadi, sedap!

Apa yang menjadikan minuman Ca’ya™ ini berkhasiat? Ha, sudah tentu ramuan semulajadi Habbatus Sauda dan Ginseng. Kedua-dua herba ini sememangnya diperakui khasiatnya terutama sekali memulihkan sistem imunisasi tubuh. Tiada siapa yang boleh menafikannya. Gabungan ramuan ini dianggap satu ‘power’ yang dapat membekalkan tenaga dalam jangka masa panjang, apa lagi untuk orang yang mengamalkan gaya hidup yang aktif macam Budiey ni. Lagi pun kita dapat rasa sihat secara semulajadi sebenarnya.

Oleh sebab itulah, Budiey mulai hari ini mengamalkan untuk minum Ca’ya™ setiap hari. Kekadang tu, Budiey ambil dua kali sehari. Sebotol pada sebelah pagi dan sebotol sebelah malam.

Melalui info yang Budiey dapati dari internet, antara salah satu keunikan Ca’ya™ yang menjadikannya satu produk yang lain daripada minuman bertenaga yang lain, adalah ianya mengandungi bahan semula jadi serta tidak mengandungi bahan pengawet, lemak atau pewarna yang kurang menyihatkan, sekaligus menjadikannya minuman yang sesuai untuk diminum setiap hari untuk mengekalkan tenaga.

Yang penting, sumber yang dihasilkan adalah di bawah kawalan kualiti yang ketat. Apa yang membuatkan produk ini lebih menakjubkan dan lengkap adalah dengan adanya Ginseng, satu lagi bahan hebat yang disahkan secara saintifik, mampu menangani kelesuan dan meningkatkan tenaga.

Caya PARTY BUDIEY 1 DEKAD

17 Februari 2017
Sebagai seorang blogger yang sibuk ke sana sini setiap hari, pastinya minuman Ca’ya™ adalah sangat sesuai untuk gaya hidup aktif. Bukan senang nak maintain sihat dan bertenaga. Selain dari tidur yang cukup selama tujuh jam sehari, Budiey perlu menjaga pemakanan seimbang dan bersenam selama 30 minit sehari. Kena pergi gym tiga kali seminggu. Itu pun masih tak cukup masa. Setiap hari, ada sahaja event yang perlu dihadiri. Badan dah jadi macam robot. Kekadang tu rasa terpaksa hadir walaupun dalam keadaan badan yang letih. Ini membuatkan badan rasa tak bermaya apabila sampai di rumah.

Pagi ini, bangun je dari tidur, Budiey minum air kosong dulu untuk detox dan bersihkan perut. Minum banyak air masak pun tak pe. Selesai mandi dan nak mengadap kerja di laptop, Budiey pun minum sebotol Ca’ya™. Apa yang dapat dirasakan selepas 6 hari mengamalkan minuman ni, Budiey rasa ringan je badan selepas bangun tidur. Biasanya susah dan liat nak bangun sebab badan rasa masih letih walaupun tidur dah 7 jam! Kalau dulu, Budiey baring-baring dulu sebelum bingkas ke kamar mandi. Tapi sekarang, dengan bertenaga sekali Budiey bingkas untuk memulakan hari. Fuh bermotivasi betul!

24 Februari 2017
Menjelang 30 hari lagi nak meraikan Parti 1 Dekad bersama pembaca, Budiey tak rasa penat semenjak mengamalkan pengambilan Ca’ya™ , bertenaga selalu. Memang tak pernah missed.

Sehinggakan ada yang notice dengan perubahan wajah Budiey yang dulunya nampak letih, sekarang dah nampak segar dan bermaya. Nampaknya, Budiey lagi bersemangat untuk minum Ca’ya™ selama-lamanya. Tak nak pernah miss sampai bila-bila. Setuju dengan kata-kata duta Ca’ya™ iaitu Nabil Ahmad yang mengatakan produk ini sangat berkesan. Nabil kata dia suka amalkan Ca’ya™ ni sebab ia memberikan tenaga dan rasanya sangat enak dan mudah diminum. Ini menjadikan Ca’ya™ sebagai peneman beliau untuk kekal bersemangat dan bertenaga sepanjang masa. Patutlah nampak Nabil ni selalu je cergas berjenaka spontan dan sangat hyper aktif semasa mengacara program Gegar Vaganza bersama Jihan Muse.

2 Mac 2017
Alamak, dah masuk bulan Mac dah. Persiapan menjelang Party 1 Dekad baru selesai 40%. Hari ini, Budiey menerima banyak feedback daripada penaja yang berminat untuk sponsor. Banyak sekali hadiah yang Budiey terima. Ada yang menaja telefon bimbit, pakej percutian, hamper produk dan ada stesen TV yang menaja sebuah TV 46 inci. Wah! Budiey sangat excited sebab ramai rupanya yang sudi menaja.

Budiey juga berterima kasih kepada BRAND’S® yang menaja produk untuk diberikan kepada selebriti. Jadi, setiap selebriti yang hadir membawa pulang sekotak produk Ca’ya™ yang bernilai RM34.80 sekotak. Dalam sekotak tu ada 6 botol Ca’ya™ dengan isian 100ml.

12 Mac 2017
Hari ini Budiey sibuk menghubungi beberapa orang selebriti yang akan perform di Party Budiey 1 Dekad. Nampaknya ramai yang nak datang. Tapi Budiey memilih selebriti yang nak perform. Antara yang sudi hadir ialah Arja Lee yang semakin sado, penyanyi baru Wany Hasrita yang sedang melonjak populariti dengan lagu MENAHAN RINDU.

Sebelah petang, Budiey rancang untuk ke gym di Wangsa Walk. Sebelum ke gym, Budiey mengambil satu botol Ca’ya™ sebagai sumber tenaga. Maklumlah nak angkat besi berat tu bukan mudah ya. Nak kena makan nasi dan juga makanan yang membekalkan tenaga.

Gaya hidup aktif dan sihat telah menjadi fenomena baru dalam masyarakat kini, yang mana ramai perlu menyeimbangkan peranan masing-masing dalam kehidupan mereka. Pelbagai tanggungjawab dan kewajipan yang harus dimainkan sama ada seseorang tersebut baru ingin melangkah ke alam kerjaya, menjadi seorang ketua keluarga, mahupun seorang romeo yang setia kepada isteri, kaum lelaki masa kini sememangnya sentiasa sibuk mengejar masa dalam kehidupan. Mereka sememangnya perlukan tenaga yang berkekalan.

Caya

15 Mac 2017
Pagi ini, setelah sebelum mengambil sarapan, Budiey telan sebotol Ca’ya™. Sekarang dah menjadi rutin harian. Bangun pagi je ingat nak minum Ca’ya™. Kalau dulu Budiey minum kopi untuk menyegarkan minda dari mengantuk dan keletihan tapi sekarang tak lagi dah. Kopi dah lama tak ambik sebab orang kata tak elok untuk kesihatan juga.

Tinggal 10 hari lagi untuk event Party Budiey 1 Dekad. Hari ini, Budiey dah sibuk ke sana sini untuk mengambil barang tajaan. Bukan main lagi berkotak-kotak barang yang perlu diangkut. Itu semua memerlukan tenaga yang bukan sikit. Silap haribulan boleh sakit badan. Tapi dengan minum Ca’ya™ setiap hari, Budiey dah boleh mengekalkan badan dengan tenaga yang cukup.

Esok, Budiey akan terbang ke Jakarta untuk buat liputan dan melawat lokasi pengambaran drama DIA anjuran TV3. Jadi, Budiey tak lupa untuk membawa bersama Ca’ya™ sebagai bekalan semasa di Jakarta. Pek yang kemas dan menarik dan botol yang kedap udara ini membuatkan kita dapat bawa Ca’ya ni kemana sahaja.

Selesai packing Budiey sempat mengemaskini blog. Walaupun agak letih juga dengan ke sana sini ambil barang tajaan, tapi Budiey masih gagah untuk menulis blog. Wah, sangat menakjubkan rasa kesan dari minum Ca’ya™ setiap hari. Jadi, korang patut cubalah.

21 Mac 2017
Semalam, Budiey dalam perjalanan balik dari Jakarta, Budiey sempat berbual bersama pemandu Uber. Dia kata, dia mengantuk semasa membawa Uber terutama menghantar penumpang dengan jarak yang sangat jauh. Kalau Budiey pun, memang akan rasa mengantuk semasa memandu lama-lama. Lebih-lebih lagi kalau balik Kelantan. Fuh, memang dua tiga kali jugaklah Budiey akan berhenti di R&R tu. Jadi, Budiey ada menyarankan supaya pemandu Uber tu minum Ca’ya™ sebotol setiap hari. Budiey sempat kasi sebotol untuk beliau cuba rasa. Ternyata, dia pun suka. Rasanya sangat sedap dan takdelah manis sangat katanya.

Sepanjang hari di rumah la nampaknya sebab nak tunggu kurier dan juga produk Ca’ya™ sampai di rumah. Nasib baik produk di hantar di depan pintu rumah. Takdelah Budiey bersusah nak turun angkut semua. Terima kasih kepada BRAND’S® yang menyumbangkan lebih 160 botol Ca’ya™ untuk semua yang hadir di Party Budiey 1 Dekad nanti.

24 Mac 2017
Tiada yang lebih penting sekarang ini, Budiey fokus kepada proses wraping segala goodie dan hadiah ke dalam goodie bag. Nasib baik ada kawan-kawan yang datang menolong.

Lebih kurang jam 2 pagi, baru segala proses wrapping goodie bag selesai. Sekarang ni, tinggal nak punggah ke Red Box je pagi esok. Tak tahan mengantuk, Budiey kena tidur seawal mungkin agar esoknya bertenaga semula.

25 Mac 2017
Maka tibalah saat dan masa yang dinantikan. Tanggal hari ini, satu hari yang sangat penting untuk tahun 2017 rasanya. Syukur alhamdulilah, kesihatan badan semakin baik. Kalau semalam suhu badan meningkat secara mendadak. Hari ini, rasa segar dan sihat. Yang penting sekali, hari ini Budiey kena ada tenaga. Ya, tenaga yang diperlukan bukan sedikit ya. Dari awal pagi sampai lewat malam, Budiey perlukan tenaga berganda. Jadi, pagi-pagi lagi Budiey ambil sarapan dengan nasi lemak dan juga sebotol Ca’ya™

Jam 10 pagi, segala barang termasuklah goodie bag dan semua barang hadiah cabutan bertuah berjaya diangkut sampai ke Red Box The Gardens.

Jam 2 petang, acara Party Budiey 1 Dekad bermula. Segalanya berjalan lancar. Budiey sangat gembira dengan penerimaan dan sambutan selebriti dan pengikut setia yang hadir. Semua selebriti yang hadir menerima hadiah memasing termasuklah sekotak Ca’ya™. Budiey tak sabar nak mendengar feedback mereka tentang produk ini. Harap-harap mereka akan terus mengamalkan Ca’ya™ sampai bila-bila la ya. Maklumlah, gaya hidup sebagai seorang selebriti pun sangat sibuk dan kekadang lupa untuk menjaga kesihatan sendiri.

Akhir kata, Budiey nak ucapkan terima kasih kepada BRAND’S® yang sudi menaja produk Ca’ya™ untuk Party Budiey 1 Dekad.

Dijual dalam pek 6-botol (RM34.80) di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi, Ca’ya™ juga akan dikeluarkan dalam pek individu di beberapa kedai serbaneka terpilih di Semenanjung Malaysia dengan harga RM5.80 sebotol. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk paling baru ini, layari laman web www.caya.com.my atau hubungi Talian Khidmat Prihatin Pelanggan di 1 300 228 300.

Jom tengok gambar-gambar yang sempat Budiey rakamkan di acara ini:

Party Budiey 1 Dekad

Party Budiey 1 Dekad

Party Budiey 1 Dekad

Party Budiey 1 Dekad

Party Budiey 1 Dekad

Party Budiey 1 Dekad

Party Budiey 1 Dekad

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Anda Perlu Jadi Ahli RED BOX & GREEN BOX KARAOKE!

Pereka Fesyen Razman Razmi Taja Suit Budiey di AIFFA2017