Pernahkah terlintas di fikiran untuk bersiar-siar di pusat ibu kota dan tidak pulang ke rumah tapi bermalam di salah sebuah hotel berbintang di Kuala Lumpur? Andai jawapan anda ‘ya’, cubalah ke Parkroyal Hotel Kuala Lumpur.
Hotel yang sudah lama bertapak di ibu negara kita ini sentiasa menjadi pilihan mereka yang ingin berada di tengah-tengah segala aktiviti menarik di sekitarnya. Hotel yang menjadi salah satu mercu tanda setiap kali tiba di persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Imbi ini mempunyai kedudukan yang sangat strategik kerana berada benar-benar sebaris dengan stesen monorel Bukit Bintang. Ini memudahkan para tetamu yang bermalam di hotel ini untuk mengunjungi tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai di Kuala Lumpur.
Dari Parkroyal KL jarak ke tempat-tempat seperti Jalan Bukit Bintang yang terkenal dengan pusat membeli-belah Pavillion tidak sampai beberapa minit sahaja dengan berjalan kaki. Menara Berkembar KLCC juga hanyalah beberapa minit perjalanan dari hotel ini.
Menyediakan 426 bilik yang dihias indah, hotel ini menjanjikan kemudahan-kemudahan bertaraf antarabangsa buat pengunjungnya. Baru sahaja menjalani proses pengubahsuaian serta renovasi tidak berapa lama dahulu, seni reka dalaman hotel ini kelihatan lebih cantik dan kontemporari bersesuaian dengan peredaran gaya serta zaman.
Seperti hotel-hotel lain, Parkroyal KL juga mempunyai kemudahan-kemudahan seperti dewan serbaguna dan juga bilik-bilik mesyuarat bagi penganjuran pelbagai aktiviti. Ia juga terkenal dengan tempat-tempat makan, khasnya Chatz Brasserie, yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung buat menjamu selera tanpa mengira waktu (pilihan hidangannya sangat hebat) serta Si Chuan Dou Hua yang menyediakan menu Sichuan Cina yang enak. Terdapat juga Hot Gossip untuk sandwic dan roti serta teh dan aiskrim.
Hotel ini juga sangat terkenal kerana jenama spa St Gregory yang terletak di dalam hotel. Ini memudahkan para pengunjung untuk mendapat rawatan spa profesional sambil dimanjakan oleh para petugas mereka.Jangan lupa juga untuk mencuba kolam renang serta gimnasium kalau mahu beriadah!
Pendek kata semuanya ada di Parkroyal KL dan semua ini ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan.
Jika anda punya peluang serta masa, singgahlah ke sini. Anda pasti tidak akan menyesal dan mahu datang lagi!
Bersantai dalam keselesaan di Parkroyal Kuala Lumpur
oleh Kuala Lumpur