in ,

Park Bo Gum Rancang Mahu Bercuti di Malaysia Dengan Keluarga

Pelakon terkenal Korea Selatan, Park Bo Gum, 23, terharu dengan sambutan luar biasa peminat di sini sebaik dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.

Bo Gum yang tiba di KLIA dari Seoul kira-kira jam 11 malam tadi disambut lebih 500 peminat setianya di sini.

Mereka yang hadir dengan pelbagai sepanduk dan poster menjerit gembira sebaik Bo Gum keluar dari balai ketibaan KLIA.

Bo Gum dalam sidang medianya di sini, hari ini, merasakan dia belum layak mendapat layanan sebegitu kerana masih menganggap dia bukannya artis bernama besar.

“Saya sangat tersentuh dan tidak sangka begitu ramai yang hadir menyambut kedatangan saya di lapangan terbang.

“Melihatkan sokongan mereka serta menerima pelbagai hadiah daripada mereka, saya sangat bersyukur. Saya bukannya membesar di sini, tetapi sudah diberi sambutan sedemikian,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Bo Gum yang pertama kali datang ke Malaysia berkata, dia mula sukakan negara dan bercadang membawa keluarganya melancong ke sini satu hari nanti.

Pelakon Reply 1988 dan Love in the Moonlight ini hadir di ibu negara bagi menjayakan sesi bertemu peminat sempena Park Bogum Asia Tour in Kuala Lumpur: Oh Happy Day.

Malaysia adalah negara pertama yang disinggah untuk siri jelajah berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teater Dia Semanis Honey Muzikal Bakal Dipentaskan di Istana Budaya

Sacoor Brothers Dapat Anugerah Superbrands 2016