Semenjak 13 Mei lalu, semua platform sosial media dibanjiri dengan foto dan video Aidilfitri masing-masing tak kira tua atau muda. Dikesempatan itu, anak sulung kepada pasangan suami isteri Jinggo dan Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy turut tidak ketinggalan kongsikan foto bersama dengan tunangnya, Elisya Sandha.
Namun foto tersebut telah mengundang kecaman daripada warganet kerana mereka kelihatan seperti berpelukan saling tak tumpah seperti pasangan suami isteri.
Ruangan komen foto tersebut telah dibanjiri dengan kata-kata nasihat daripada warganet.
Dalam masa yang sama, ada juga yang mengatakan bahawa kemungkinan Sheila dan Jinggo tidak kisah melihat anaknya berkelakuan seperti itu.
Tak salah nak tegur sesuatu perkara tapi seeloknya jangan lah salahkan ibu bapa pula ya.
Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Uzair dan Elisya okay, semoga urusan mereka mendirikan rumah tangga dipermudakan.