Menerusi perkongsian Instagram Nora Danish, pelakon itu sudah pun selamat tiba di Pulau Langkawi hari ini bersama suami, Nedim Nazri dan anak bongsunya, Ney Ney.
Nora turut berkongsikan foto berangkat ke Langkawi menaiki kapal terbang serta foto bersama suami tiba di sebuah hotel di sana.
Sementara itu, dalam satu perkongsian di Instagram, Nedim mengakui berdebar dan paranoid selepas sekian lama tidak melancong menaiki kapal terbang.

Perkongsian Nora itu sekaligus menjadikannya sebagai selebriti tanah air yang terawal bercuti ke Langkawi selepas dibenarkan oleh kerajaan.
“Pertama kali melancong dengan menaiki pesawat selepas sekian lama. Tidak boleh menipu bahawa saya juga berasa gemuruh dan paranoid,â€
– Nora Danish
Dalam pada itu, Nedim turut memberikan nasihat kepada mereka yang ingin bercuti supaya melakukan ujian calitan sehari sebelum bagi memudahkan perjalanan.
“Buatlah Ujian Pantas (RTK) Antigen Covid-19 sehari sebelum, lebih senang,”
“Kakitangan di lapangan terbang banyak membantu walaupun mereka kelihatan penat. Terima kasih semua di Lapangan Terbang Subang,â€
– Nora Danish

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan nasihat agar Nora dan keluarga sentiasa menjaga diri dan tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh percutian.
Namun, terdapat juga segelintir netizen yang masih tidak mengetahui mengenai Gelembung Pergerakan Pelancongan Bersasar Domestik yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.
Perkara tersebut susulan ramai yang masih mempersoalkan mengapa Nora sekeluarga dibenarkan merentas negeri untuk bercuti ke Pulau Langkawi.
Sumber: Kosmo!