Paradigm Mall Petaling Jaya sedang bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi, bersama dengan siri komik paling lama dan sangat popular, ‘Gila-Gila’.
Kempen ‘Raya Ria Bersama Gila-Gila’ anjuran Paradigm Mall PJ bermula dari 26 Mei 2017 hingga 2 Julai 2017. Sepanjang tempoh ini, orang ramai yang datang untuk membeli-belah dapat menyelami dunia Gila-Gila kerana Paradigm Mall PJ akan menghidupkan dunia Gila-Gila menerusi hiasan dan persekitarannya.
Tan Boon Leong, Pegurus Paradigm Mall Petaling Jaya, berkata, “Sewaktu kami memikirkan tema perayaan Hari Raya tahun ini, kami mencari cara untuk mengembalikan nostalgia dalam kalangan pengunjung kami. Dari situ timbul idea untuk menggunakan tema Gila-Gila kerana kami rasa kami boleh menghidupkan kenangan, pengalaman dan keseronokan yang boleh dikongsi bersama.”
Untuk memulakan seluruh kempen, Paradigm Mall Petaling Jaya telah menganjurkan beberapa aktiviti yang menyeronokkan berdasarkan watak, senario atau jalan cerita daripada majalah terkenal Gila-Gila yang pasti menjadikan seisi keluarga teruja.
“Selain aktiviti yang menarik, pengunjung pusat beli-belah kami juga boleh menggunakan kesempatan ini untuk membeli baju Raya daripada gerai-gerai di sekitar Upper Atrium di Aras UG yang menawarkan banyak pilihan pakaian dan aksesori daripada peruncit terkenal seperti Jannahnoe, Minaz, Leeyanarahman dan MC Vogue kerana mereka akan mengadakan tawaran dan promosi hebat sepanjang tempoh kempen. Selain itu, terdapat juga gerai-gerai yang tertumpu kepada makanan tempatan, termasuk Cookie Bytes dan produk perabot dan hiasan seperti Astana Furniture & Sunday’s yang membolehkan orang ramai melengkapkan rumah sebagai persediaan untuk menyambut hari lebaran.”
“Secara keseluruhannya, Paradigm Mall PJ akan menjadi pusat beli-belah sehenti untuk mendapatkan segala keperluan Raya,” tambah Tan.
Sambil membeli-belah, orang ramai dapat menyelami dunia Gila-Gila menerusi watak-watak utama majalah komik itu yang “dihidupkan” di Upper Atrium Aras UG. Seluruh ruang legar ini akan kelihatan seperti sebahagian daripada majalah Gila-Gila dengan gerai-gerai yang meminjam nama watak-watak komik, termasuk A Mamud Salon, Tauke dan Tiga Dara Pingitan.
Di samping itu, ruang pertunjukan akan dimeriahkan dengan persembahan teater oleh sekumpulan penari berbakat yang akan memperlihatkan sorotan daripada komik dan pemuzik jalanan yang menjadikan ruang legar bergema dengan lagu-lagu Raya. Pada hujung minggu dan Hari Cuti Umum, keluarga yang membawa anak-anak boleh berhibur dengan permainan interaktif seperti bermain guli, batu seremban, lompat tali dan banyak lagi. Kanak-kanak pasti seronok kerana mereka juga boleh menyertai bengkel untuk memperlihatkan atau mengasah bakat seni masing-masing.
Lebih menarik lagi, Paradigm Mall PJ akan juga menjemput pengasas majalah, Encik Jaafar Taib, bersama barisan pelukis kartun utama, untuk mengendalikan sesi karikatur secara ‘langsung’ berdasarkan siapa dahulu didahulukan. Memandangkan slot yang disediakan terhad, orang ramai dinasihatkan supaya beratur awal. Sepanjang kempen ini, lukisan yang dihasilkan oleh para pelukis kartun berbakat di belakang tabir sidang pengarang Gila-Gila juga akan dipamerkan.
Sepanjang kempen perayaan Hari Raya Aidilfitri Paradigm Mall PJ, pengunjung yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 (RM50 untuk pemegang kad UOB) dalam dua resit pada hari yang sama (kecuali pembelian yang dibuat di Tesco, tambah nilai prabayar, tukaran mata wang dan pembayaran bil) boleh menebus paket duit Raya dan kad ucapan Raya eksklusif yang bertemakan Gila-Gila.
Orang ramai juga boleh berbuka puasa bersama dengan keluarga mereka atau kawan-kawan di Paradigm Mall PJ. Ada banyak tempat untuk menjamu selera, seperti Heritage Village, Nando’s, Plan B, Satay-Satay, Serai, Seoul Garden, The Chicken Rice Shop dan banyak lagi yang menjanjikan pelbagai pilihan lazat.
“Kami benar-benar berharap pelanggan kami akan terhibur dan seronok apabila mereka datang untuk menjamu selera atau membeli-belah untuk Hari Raya di Paradigm Mall PJ disamping berhibur dengan watak dan personaliti Gila-Gila. Kata orang ‘ketawa itu pengubat duka’. Oleh itu, datanglah beramai-ramai ke Paradigm Mall PJ untuk menyatukan keluarga atau mengisi masa lapang bersama dengan kawan-kawan pada musim perayaan ini,” kata Tan.
Tambahan lagi, orang ramai berpeluang untuk memenangi dan membawa pulang sebuah kereta Nissan X-Trail baharu dan juga menebus tiket Air Asia secara PERCUMA, kerana Paradigm Mall akan menawarkan 3X mata AirAsia BIG sehingga 7hb Julai sempena The BIG Giveaway untuk merayakan Ulang Tahunnya yang Ke-5. Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Untuk maklumat lanjut, sila ke laman www.paradigmmall.com.my atau kunjungi Kaunter Concierge di Aras CC, Paradigm Mall.