Sinopsis: Selama 9 hari (16 -24 March 2013) , Kru Majalah 3 (Mohd Said Abdullah Thani & juru kamera Jebat Rosli) mendekati pasukan keselamatan PDRM dan ATM di Ground Zero Felda Sahabat dalam OP DAULAT dalam menangani pencerobohan pengganas Kiram. Selain semangat perjuangan dan moral yang tinggi di kalangan mereka, pasukan-pasukan bantuan seperti JPAM, Bulan Sabit Malaysia dan agensi-agensi lain turut menjadi tulang belakang di dalam menjayakan OP Daulat dari pelbagai sudut bantuan dan logistik. Malajalah 3 juga meninjau kehidupan penduduk beberapa buah perkampungan seperti Tg. Labian, Tg. Batu, Sg. Bilis, Tanduo dan Sg. Nyamuk yang ditempatkan di penempatan sementara. Ia melibatkan penempatan Embara Budi, Chenderawasih dan beberapa lagi. Tinjauan Majalah 3 juga berkunjung ke perkampungan Felda Sahabat 16 bagi melihat kehidupan masyarakat kampung yang kembali pulih ke ladang-ladang dan sekolah. Di samping kejadian menyayat hati gugurnya beberapa wira negara, Majalah 3 memaparkan pengorbanan pasukan keselamatan dan kecekalan penduduk kampung yang terlibat dalam mendepani cabaran dalam mempertahankan semangat perjuangan dan patriotik di kalangan seluruh rakyat demi Malaysia tercinta. Saksikan Majalah 3 pada 13 April 2013 jam 9.00 malam di TV3!