Ianya secara tidak langsung tanah terbiar dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk projek pertanian bandar. Bukan itu sahaja, ia turut membuktikan pertanian yang suatu ketika dulu dianggap aktiviti hanya sesuai di kampung kini boleh dilakukan di kawasan bandar.
Dari sisi lain pula amalan berkebun secara komuniti juga membuka peluang kepada golongan muda mempelajari kaedah berkebun seterusnya menyokong usaha untuk menghijaukan kawasan di sekitar kediaman.
Perkongsian ini dibawakan program “Panorama†terbitan unit Dokumentari dan Majalah RTM menerusi tajuk “Kebun Komuniti & Lanskap Akuatik†pada 12 Oktober ini, pukul 10.00 malam di TV1.
Program ini membawa penonton sama-sama menjengah ke Kebun-Kebun Bangsar yang mencetuskan idea dan konsep kebun komuniti yang diusahakan secara suka rela oleh komuniti setempat.
Dalam episod sama juga kru penerbitan Panorama juga memaparkan seni lanskap akuatik yang dihasilkan untuk menghiasi akuarium yang boleh mencecah puluhan ribu ringgit.
Ia merupakan seni mereka lanskap habitat ikan di dalam akuarium dan hasil kerja yang dilakukan amat menakjubkan. Lanskap yang dibina di dalam akuarium ini. Malah tidak keterlaluan dikatakan rata-rata lebih cantik dari kebanyakkan taman rumah di Malaysia. Ikuti perkongsian dua tajuk menarik ini di TV1.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.