in , ,

Panggung Wayang Pandu Masuk NESCAFÉ® M-Junction Kini di Kuala Lumpur

Penantian orang ramai akhirnya berakhir apabila Panggung Wayang Pandu Masuk NESCAFÉ® M-Junction kini berada di Kuala Lumpur. Bertempat di bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), buat julung kalinya panggung wayang tersebut akan membuka tirai dengan tayangan Hollywood Legacy Of Lies

Pelancaran panggung wayang ini telah disempurnakan pada 29 Julai 2020, turut dihadiri tetamu kehormat dan pengamal media serta diserikan dengan kehadiran barisan hadapan dari pelbagai klinik di sekitar Lembah Klang sebagai tanda penghormatan dalam usaha memerangi wabak COVID-19. Langkah penjarakan sosial yang ketat juga dilaksanakan mengikut saranan kerajaan.

Panggung Wayang Pandu Masuk NESCAFÉ® M-Junction Kini di Kuala Lumpur

NESCAFÉ® merupakan penaja utama bagi Panggung Wayang Pandu Masuk NESCAFÉ® M-Junction, sementara MAGGI® adalah penaja makanan rasmi dan KITKAT® adalah penaja makanan ringan rasmi untuk acara tersebut. NESCAFÉ® M-Junction akan menjadi tarikan sementara selama 3 bulan yang pastinya akan menarik penonton filem dari seluruh negara.

Kapasiti panggung wayang ini boleh memuatkan maksimum 50 buah kereta dalam satu masa, dan tayangan filem tempatan dan antarabangsa pada layar LED 4 meter x 9 meter.

Panggung Wayang Pandu Masuk NESCAFÉ® M-Junction Kini di Kuala Lumpur

Hanya dua penonton dibenarkan berada dalam setiap kereta dan suhu badan akan diperiksa terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk. Pembesar suara mudah alih juga akan disediakan oleh pihak pengurusan demi keselesaan dan keselamatan kereta penonton.

Untuk mengurangkan risiko kontak dan kesesakan laluan, pembayaran tanpa tunai melalui sistem dalam talian turut disediakan, dimana makanan dan minuman akan dihantar terus ke kereta penonton.

Panggung Wayang Pandu Masuk NESCAFÉ® M-Junction Kini di Kuala Lumpur

Usaha sama di antara pakar pengurusan acara tempatan TwoSpicy Entertainment Live dan MD Events Asia ini telah mendapat banyak tarikan di media sosial sejak beberapa minggu yang lalu. 

“Pengurusan acara, industri hiburan dan pelancongan sangat terjejas berikutan wabak koronavirus. Demi menyelamatkan pekerjaan dan juga menjana ekonomi, maka kami memutuskan untuk mencipta semula produk kami agar bersesuaian dengan norma baharu,”

Arvin Randahwa, Pengarah TwoSpicy Entertainment Live

“Kami telah menetapkan langkah-langkah kebersihan dan peraturan keselamatan yang ketat.

Sebagai penganjur acara yang bertanggungjawab, fokus kami adalah untuk memastikan pelanggan kami selamat, dan juga memastikan mereka mempunyai pengalaman yang baik semasa menonton filem di tempat kami,”

Jack Gill, Pengarah MD Events Asia.

Othman Chraibi, Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Perniagaan Minuman, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata,

“Ramai orang tidak berkesempatan duduk dan menikmati perkara-perkara sederhana dalam hidup – seperti menonton filem kerana keadaan yang terjadi baru-baru ini.

Di NESCAFÉ® kami ingin membawa semua orang untuk menghargai saat-saat bersama, tidak kira besar atau kecil.

Panggung Wayang Pandu Masuk NESCAFÉ® M-Junction adalah peluang terbaik bagi orang ramai untuk menikmati filem hebat bersama rakan-rakan dan ditemani secawan NESCAFÉ® sambil mengamalkan penjarakan sosial”

Othman Chraibi
Panggung Wayang Pandu Masuk NESCAFÉ® M-Junction Kini di Kuala Lumpur

Mengambil peluang untuk menggabungkan pengalaman baharu ini dengan rasa baru yang segar, variasi terkini NESCAFÉ® Latte Milk Tea juga disediakan untuk dipesan oleh para penonton filem dan dinikmati bersama di NESCAFÉ® M-Junction.

“Panggung wayang ini memberikan satu perubahan yang tidak dijangka dalam amalan kebiasaan menonton filem di pawagam, seperti Teh Susu Latte NESCAFÉ® baru kami – gabungan terbaik dari kedua-dua dunia: kopi dan teh di dalam satu cawan; sesuatu yang tidak disangka-sangka dan lazat!

Penonton filem di NESCAFÉ® M-Junction akan menjadi kumpulan pertama di Malaysia yang mencuba inovasi NESCAFÉ® terbaru ini,” tambah Othman.

Othman Chraibi
Panggung Wayang Pandu Masuk NESCAFÉ® M-Junction Kini di Kuala Lumpur

NESCAFÉ® M-Junction berbangga mengangkat sebagai acara pengalaman pertama yang menyokong pengurangan pelepasan karbon dioksida.

Dengan membekalkan setiap kereta pembesar suara dan kipas mudah alih yang boleh dicas semula, pihak penganjur mendorong para penonton untuk mematikan radio kereta dan sistem penyaman udara mereka sepanjang tayangan filem berlangsung, sebagai simbol komitmen kepada bumi.

Fakta dan angka berkaitan dengan Pemanasan Global juga ditayangkan sebelum tayangan filem bermula untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu tersebut.

Panggung Wayang Pandu Masuk NESCAFÉ® M-Junction Kini di Kuala Lumpur

Penaja bersama acara ini termasuk Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), MAGGI®, KIT KAT®, Absolute Popcorn, Mobile Food Truck and Street Food Association (MSA) dan Avante.

Panggung Wayang Pandu Masuk NESCAFÉ® M-Junction Kini di Kuala Lumpur

Penjualan tiket kini dibuka dan bermula pada harga RM99.00 setiap kereta (maksimum 2 orang) untuk pakej standard dan RM159.00 setiap kereta (maksimum 2 orang) untuk Pakej VIP. 2 hidangan setiap kereta turut disertakan bersama tiket.

Beroperasi setiap hari, berikut adalah masa tayangan dan para tetamu diminta tiba 30 minit sebelum tayangan filem bermula bagi proses daftar masuk / tayangan:

• Sesi Pertama: 6:00 PM

• Sesi Kedua: 9:00 PM

NESCAFÉ® M-Junction juga membenarkan tempahan untuk acara peribadi dan korporat. Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang www.mjunction.my atau hubungi talian 03 – 2282 6413.

Panggung Wayang Pandu Masuk NESCAFÉ® M-Junction Kini di Kuala Lumpur
Panggung Wayang Pandu Masuk NESCAFÉ® M-Junction Kini di Kuala Lumpur

About MD Events ASIA

MD Events is an award-winning full service technical production company, based in Kuala Lumpur that offers audio and live sound production, lighting systems, LED Screens, power distribution, trussing system, and backline rental services all across Asia. They also offer technical consultancy for events where the expertise of engineers is required.

About TwoSpicy Entertainment Live

TwoSpicy Entertainment is a company that specializes in creating unique dining experiences, events and attractions in Asia. Based in Malaysia, it has won many awards and accolades, being the first to introduce new concepts in the region, such as Dinner In The Sky, Plane In The City, The Maze Challenge Asia, Le Petit Chef, Whimsy and many more to come. Its vision is to be the market leader in creating unique experiences and events in Asia..

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Romantik Komedi Dalam Drama Cina MY LITTLE PRINCESS

INNVIRTUAL Platform Digital Yang Memacu Industri Pameran & Acara Secara Virtual