in

Panggilan Percuma untuk Pelan Hotlink Kelantan Terengganu

PELAN HOTLINK TERBARU MENAWARKAN PELANGGAN DI KELANTAN DAN TERENGGANU PANGGILAN PERCUMA

• Hotlink menawarkan pelanggan di Kelantan dan Terengganu pelan prabayar semua-dalam-satu yang menawarkan panggilan suara percuma dan akses kepada kadar paling rendah dalam semua lima kategori – Panggilan Suara, SMS, Internet, IDD (Panggilan Terus Antarbangsa) dan Perantauan

• Hotlink komited untuk menyediakan produk dan perkhidmatan berharga patut yang memberi nilai yang hebat kepada pelanggan, dan memenuhi keperluan pasaran tempatan melalui tawaran bersepadu yang unik

Hotlink, perkhidmatan prabayar No.1 Malaysia dari Maxis Berhad (“Maxis”), telah melancarkan tawaran terkini untuk pelanggan di Kelantan dan Terengganu, iaitu Pelan Hotlink Kelantan dan Pelan Hotlink Terengganu. Pelan prabayar inovatif semua-dalam-satu ini memberi pelanggan di Kelantan dan Terengganu panggilan percuma dan akses kepada kadar yang paling rendah dalam semua lima kategori – Panggilan Suara, SMS, Internet, IDD (Panggilan Terus Antarbangsa) dan Perantauan.

MAXIS

Untuk menikmati panggilan percuma ke semua talian Hotlink dan Maxis, pelanggan hanya perlu menambah nilai serendah RM5, dan akan terus menikmati panggilan percuma selama 25 minit, dan sehingga 100 minit jika mereka menambah nilai sebanyak RM30 ke atas. Dengan komitmen tambahan sebanyak RM5 (Pas Hotlink5 Kelantan atau Pas Hotlink5 Terengganu), pelanggan akan menikmati kadar rata terendah sebanyak 12 sen seminit ke semua rangkaian serta data percuma sebanyak 10MB.

Jeff Chong, Ketua Produk Mobiliti dan Perkhidmatan Antarabangsa Maxis, berkata, “Sebagai pembekal perkhidmatan terkemuka prabayar di negara ini, kami memahami kepentingan mempunyai penyelesaian komunikasi mudah alih setempat yang mencerminkan penggunaan serta keperluan khusus pelanggan serantau kami. Pelan Hotlink Kelantan dan Pelan Hotlink Terengganu, iaitu pelan prabayar bersepadu yang unik, melambangkan komitmen kami untuk memberikan produk yang berpatutan dan perkhidmatan yang bukan sahaja memberikan nilai yang besar kepada pelanggan, tetapi juga memenuhi pasaran tempatan.

“Dengan Pelan Hotlink Kelantan dan Pelan Hotlink Terengganu yang inovatif, Hotlink dengan sukacitanya membawa khabar gembira kepada komuniti di Kelantan dan Terengganu untuk menikmati lebih kemudahan dan penjimatan yang besar, melalui penyelesaian yang sesuai kepada semua pengguna perkhidmatan prabayar mudah alih di dua negeri ini. Semua ini telah direka khas untuk pengalaman pelanggan yang lebih bernilai dan bermakna,” katanya.

Bagi pelanggan yang ingin melanggan Pelan ini, mereka hanya perlu membeli sama ada pek permulaan Pelan Hotlink Kelantan RM5 atau Pelan Hotlink Terengganu RM5, bergantung kepada negeri masing-masing.

Pelanggan akan menerima kadar yang menarik dengan Pelan Hotlink Kelantan dan Pelan Hotlink Terengganu yang merangkumi LIMA nilai penawaran berikut:

1. Panggilan Suara
Dengan Pelan Hotlink Kelantan dan Pelan Hotlink Terengganu, pelanggan boleh menikmati panggilan percuma ke nombor Hotlink dan Maxis, dengan hanya menambah nilai. Dengan tambah nilai serendah RM5, pelanggan akan mendapat panggilan percuma selama 25 minit, dan sehingga 100 minit dengan tambah nilai sebanyak RM30 ke atas. Dengan Hotlink5 Kelantan dan Hotlink5 Terengganu, pelanggan akan menikmati kadar yang lebih rendah sebanyak 12 sen/min ke semua rangkaian, dan ini diterjemahkan kepada penjimatan sehingga 70%.

2. SMS
Di bawah Pelan Hotlink Kelantan dan Pelan Hotlink Terengganu, pelanggan akan menikmati penjimatan sehingga 50% untuk semua SMS ke nombor Hotlink dan Maxis dengan serta merta. Dengan Hotlink5 Kelantan dan Hotlink5 Terengganu, pelanggan akan menikmati hanya 1 sen/SMS (rangkaian yang sama), dan ini diterjemahkan kepada penjimatan sehingga 80%.

3. Internet
Pelan Hotlink Kelantan dan Pelan Hotlink Terengganu menawarkan pelanggan pas-pas bersaiz kecil pada kadar yang berpatutan. Pelan ini pada dasarnya membenarkan kelonggaran dalam menguruskan keperluan pelayaran internet para pelanggan. Di bawah kategori ini, Pelan Hotlink Kelantan dan Pelan Hotlink Terengganu menawarkan Pas Internet Mudah Alih Harian yang terendah sebanyak RM2 untuk 100MB, atau Pas Internet Mudah Alih Mingguan sebanyak RM8 untuk 100MB (bersamaan 500 laman web 1,000 e-mel).

4. IDD
Pada Disember 2011, Maxis melancarkan IDD132 ke 10 negara (Indonesia, Filipina, Bangladesh, Nepal, Cina, India, Myanmar, Kemboja, Pakistan, Vietnam) dan sejak itu, terdapat lonjakan dalam minit penggunaan (minutes of use – MOU) kepada negara-negara ini, terutamanya Bangladesh, Indonesia, Pakistan dan India. Dengan permintaan yang sedemikian, pada Februari 2012, Hot IDD132 telah dilanjutkan kepada 50 buah negara. Pada hari ini, IDD di bawah Pelan Hotlink Kelantan dan Pelan Hotlink Terengganu menawarkan kadar panggilan terendah (blok pembayaran untuk setiap 30 saat) dan penjimatan sehingga 70% kepada seluruh dunia, sepanjang hari, tujuh hari seminggu, dan kadar yang lebih rendah bagi negara-negara asing yang terpilih termasuk Nepal, Cina, India, Myanmar dan Pakistan.

5. Perantauan
Dengan Pelan Hotlink Kelantan dan Pelan Hotlink Terengganu, pelanggan di Kelantan dan Terengganu boleh menikmati kadar Perantauan Data Prabayar yang terendah sebanyak RM5/MB (penjimatan sehingga 50%) ke 16 negara (semua pengendali) untuk keperluan pelayaran antarabangsa. 16 negara tersebut termasuk Australia, Hong Kong, India, Indonesia, Korea Selatan, Macau, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, Cina, Kuwait, Arab Saudi, Turki, United Kingdom dan Vietnam.

Maxis juga kini menawarkan pakej khas perantauan yang membolehkan pelanggan melayari internet sepanjang hari dengan melanggan pas harian data tanpa had untuk hanya RM38 sehari untuk 10 negara (pengendali terpilih), yang termasuk Australia, Cina, Hong Kong, India, Indonesia, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Thailand.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pelan Hotlink Kelantan dan Pelan Hotlink Terengganu, para pelanggan boleh melawati peniaga Hotlink yang terdekat atau layari www.hotlink.com.my/kelantan atau www.hotlink.com.my/terengganu.

MAXIS

MAXIS

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Erra Fazira di Majlis Berbuka Puasa Astro

IZ Lahirkan Semula Lagu Suara Takbir Allahyarham P.Ramlee