Setelah dikurniakan cahaya mata sulung empat tahun lalu, pasangan pelakon Yana Samsudin dan Fadzil Zahari bakal dikurniakan cahaya mata kedua tidak lama lagi.Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh Fadzil menerusi Instagram miliknya dengan memberitahu isterinya itu kini sedang hamil lapan bulan.
“Alhamdulillah… sempena hari Jumaat yang mulia ni abang nak share & ucapkan happy birthday to my lovely wife @yanasamsudin terima kasih terima I seadanya sama-sama berkongsi hidup kurang lebih dah 5tahun.. + 3tahun sebelum kahwin dah 8tahun berkenalan.
“Alhamdulillah sekali lagi, nak maklumkan pada kawan-kawan dan sedara semua yang isteri abang dah pregnant 8 bulan setelah lebih 3 tahun menunggu dan usaha, terima kasih pada semua yang doakan… hanya Allah SWT yang dapat balas jasa hangpa semua,” tulisnya.
Dalam pada itu, Fadzil juga sempat mengucapkan terima kasih kepada isteri tersayang kerana sanggup berkongsi kasih dengannya sepanjang perkenalan dan juga perkahwinan mereka yang sudah menjangkau lebih 5 tahun.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015 dan kemudian dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Aisy Mateen yang lahir pada 21 Julai 2016.
Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut yang bakal menimang cahaya mata baharu dalam masa 2 bulan lagi.
Mereka juga sempat berseloroh dengan mendakwa pasangan ini pandai menyimpan rahsia kehamilan dan sudah tentu mengejutkan mereka walaupun turut tumpang gembira diatas perkhabaran tersebut.
Anak kedua pasangan itu dijanga akan dilahirkan pada awal November ini.