Muzik video ini juga bukan seperti muzik video yang biasa kita tonton, kerana lagi sekali, loQue menyajikan sebuah cerita pendek di dalamnya. Muzik video ini telah dihidupkan oleh seorang pelakon legenda, terkenal sejak awal 90-an dan amat disegani sehingga kini, tak lain dan tak bukan, beliau adalah Azhar Sulaiman!
Di mana muzik video kali ini, sarat dengan “tarian Nusa yang santai lagi bersahaja, di tengah tengah ibu kota” dipersembahkan oleh Azhar Sulaiman sendiri.
Pada tarikh yang sama, Pancasona dan monoloQue juga tampil dengan karya visual Muzik Video berkonsepkan ‘futuristik’ atau “Sains Khayalan”.
Lagu Cinta, single terbaru dari monoloQue, dilancarkan pada Januari (2023)tahun ini, diterjemahkan monoloQue sebagai kembali ke pangkal jalan, kembali meraikan irama dan melodi (merujuk siaran akhbar Lagu Cinta). Namun, itu cerita lagunya, sekarang cerita visualnya pula!
‘Cerpen’ Lagu Cinta dilancarkan berdasarkan konsep cerita pendek (short film) bersama penghasilan naratif visual ‘hybrid’ berkonsepkan ‘distopia’ diharapkan dapat membawa penonton bersama-sama mengembara ke alam runut bunyi audio visual Lagu Cinta, mengalaminya secara 360 darjah yang lari dari muzik-muzik video biasa yang lazimnya lebih berbentuk persembahan.