in , ,

Pamungkas Pukau Peminat di Konsert Jelajah Birdy Asia Tenggara

Persembahan Hebat Pamungkas Di Kuala Lumpur Sempena Konsert Jelajah ‘Birdy’ Asia Tenggara Memukau 3,000 Penonton

Tanggal 3 September yang lepas mungkin satu tarikh yang amat bersejarah buat Rizki Rahmahadian Pamungkas, atau lebih dikenali dengan nama, PAMUNGKAS.

Hampir 3,000 orang peminat artis dari Jakarta, Indonesia tersebut membanjiri Megastar Arena di Viva Mall untuk menyaksikan persembahan Pamungkas dalam siri konsert jelajah ‘Birdy’ Asia Tenggara. 

Malaysia merupakan negara ketika disenaraikan di dalam destinasi konsert selepas Thailand dan Filipina. Sejak Pamungkas mula sampai ke Kuala Lumpur, ternyata jadualnya begitu ketat sekali.

Pamungkas Pukau Peminat di Konsert Jelajah Birdy Asia Tenggara

Bermula dengan Sidang Media di Swee Lee, Lot 10 pada petang 2 September selepas usai solat Jumaat dan kemudiannya bergegas pula ke The Bee di Publika untuk sesi bertemu peminat dan sebuah ‘mini showcase’ yang dianjurkan khas buat peminat tegar penyanyi, komposer dan juga pelakon berusia 29 tahun itu.

Ternyata, walaupun boleh dianggap baru di dalam dunia muzik dan juga selepas dua tahun tidak membuat sebarang persembahan berskala besar, Pamungkas kekal profesional.

Pamungkas Pukau Peminat di Konsert Jelajah Birdy Asia Tenggara

Dia ramah melayan pertanyaan para Media dan amat senang berbual dan bergambar dengan peminat yang menghampirinya. Segalanya tentang Pamungkas bagaikan mudah. 

Konsert yang dibawa dan dianjurkan oleh Tala Records Asia, SoundScape and Maspam tersebut dianggap sangat berjaya. Menurut Aryn Sharnaz Rashdi, Ketua Pegawai Operasi, Tala Records Asia, “Pamungkas bukan sahaja seorang komposer yang berbakat malah memiliki aura yang kuat di atas pentas.

Dengan teknik vokal yang tersendiri ditambah pula dengan gayanya yang ‘stylish’, Pamungkas punyai pakej lengkap yang amat istimewa. Walaupun saya agak terkejut dengan sambutan hebat yang diberikan, setelah saya fikirkan semula, ia agak ‘natural’. Sebagai penganjur, kami sangat berpuas hati”.

Selama satu setengah jam, Pamungkas dan kumpulan pemuziknya tidak henti-henti mengalunkan lagu-lagu yang menjadi pujaan peminatnya, terutama sekali lagu-lagu ‘viral’ yang telah menaikkan namanya.

Pamungkas Pukau Peminat di Konsert Jelajah Birdy Asia Tenggara

Kadangkala dia berseloroh dan ternyata Pamungkas juga turut terhibur dengan gelagat audiens Malaysia yang amat ‘sporting’. 

“Nama saya menjadi bualan ramai kerana lagu ‘To The Bone’ dan kemudian, peminat muzik mula mendengar lagu-lagu saya yang lain. Album ‘Birdy’ saya tulis ketika dunia bermurung akibat pandemik.

Saya juga ketika itu melalui satu fasa dalaman yang begitu sukar. Saya luahkan semuanya dalam album ini dan menamakannya ‘Birdy’.

Ia mungkin agak keanak-anakan namun perkataan ‘Birdy’ itu melambangkan kebebasan dan satu perasaan yang saya definisikan sebagai ‘Day 1 attitude’.

Walaupun sudah menghasilkan 3 album sebelum ini, ‘Birdy’ memberikan saya satu perasaan yang saya tidak tahu apa-apa dan masih banyak yang perlu saya belajar. Ianya mungkin album saya yang paling peribadi dan ‘raw'”.

– Pamungkas
Pamungkas Pukau Peminat di Konsert Jelajah Birdy Asia Tenggara

Di antara pencapaian hebat Pamungkas dalam dua tahun ini adalah: 

  • Artis Indonesia paling banyak di strim di platform Spotify Wrapped 2020 dan 2021
  • Pemegang rekod tempat pertama carta Top 50 Indonesia selama 10 minggu berturut-turut
  • Pertambahan audiens di platform Spotify dari 200,000 ke 5 juta pendengar
  • Pertambahan pengikut di Spotify dari 100,000 ke 2.8 juta. Jumlah pengikut di Youtube seramai 1.2 juta dan pengikut di Instagram bertambah melebihi 1 juta. 
Pamungkas Pukau Peminat di Konsert Jelajah Birdy Asia Tenggara

Sejak melancarkan album pertama ‘Walk the Talk’ pada tahun 2018, dan melancarkan ‘Birdy’ pada 16 Jun 2022, album keempat ini nampaknya bakal membawa Pamungkas sebagai artis global. 

“Saya bersyukur sekali dengan kejayaan ini dan amat berterima kasih kepada semua peminat-peminat terutamanya di Malaysia.

Saya sama sekali tidak menyangka sambutan yang sebegini hebat.

Teruskan menyokong perjalanan seni saya dan saya berjanji akan kembali semula ke Malaysia untuk menghiburkan semua,”

– Pamungkas
Pamungkas Pukau Peminat di Konsert Jelajah Birdy Asia Tenggara

“Take a little song, and dance along, and make it better,”

– ‘BIRDY’, Pamungkas 
Pamungkas Pukau Peminat di Konsert Jelajah Birdy Asia Tenggara
Pamungkas Pukau Peminat di Konsert Jelajah Birdy Asia Tenggara
Pamungkas Pukau Peminat di Konsert Jelajah Birdy Asia Tenggara
Pamungkas Pukau Peminat di Konsert Jelajah Birdy Asia Tenggara

Tentang Pamungkas

Pamungkas ialah penyanyi-penulis lagu dan juga penerbit muzik dari Jakarta, Indonesia. Pengenalan pertamanya kepada muzik adalah pada usia lapan tahun melalui gendang. Belajar sendiri bermain piano dan gitar selepas itu- sebelum menceburi bidang nyanyian dan penulisan lagu. Muziknya banyak dipengaruhi oleh banyak Muzik British seperti The Beach Boys, Radiohead, The Beatles, The Smiths, Arctic Monkeys.

Gaya penulisan lagunya diilhamkan oleh duo hebat Lennon/McCartney, John Mayer, Sondre Lerche dari Norway dan Bob Dylan. Perpustakaan muziknya juga dibentuk oleh artis elektronik moden seperti Disclosure, FKJ, Maggie Rogers, Jacob Collier, Rex Orange County, Ruby Empress. Pamungkas membentuk gaya muziknya sendiri dengan menggabungkan intipati Folk, kekayaan bunyi Elektronik dan tarikan Pop. Selain itu, suaranya yang terang-berkuasa-menenangkan melengkapkan keseluruhannya dan mencipta dimensi bunyi baharu yang segar ini.

Kemahiran berceritanya benar-benar hanya icing pada kek. Mempunyai itu di tangan, dia sendirian menulis, menghasilkan, menguasai, mengadun, mereka bentuk LP sulungnya, “Walk The Talk” yang dikeluarkan pada Jun 2018. Sebagai remaja dewasa berusia 25 tahun itu, album itu menjalankan pelbagai pemikiran dan perspektif tentang kehidupan, cinta, persahabatan dan pertumbuhan diri melalui liriknya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

THE INVITATION

Peraduan Menang Tiket Malam Premiere Menonton Filem THE INVITATION

Filem MAT KILAU Akan Hadir Secara Rasmi ke Netflix pada Hari Malaysia