Berikutan sambutan hangat Program Siri Pameran Lukisan@Premiera 2018 daripada pelukis tempatan yang berpengalaman dan barisan pelukis muda dari pelajar Aswara dan UiTM Perak Sri Manjung, MAC TRAINING CENTRE SDN. BHD. dengan kerjasama rakan penganjur, PREMIERA HOTEL KUALA LUMPUR mengambil inisiatif untuk meneruskan lagi kesinambungan program ini pada tahun 2019.
Program SIRI PAMERAN LUKISAN@PREMIERA 2 – 2019 yang bermula dari Januari hingga Disember 2019 memberi ruang kepada pelukis berpengalaman dan juga pelukis generasi baru tempatan untuk berkarya, mempamer dan mempromosikan hasil seni karya lukisan mereka serta meningkatkan ‘standard’ dan kualiti lukisan.
Pameran ini juga memberi peluang kepada golongan profesional yang mempunyai minat berkarya dalam lukisan. Ruang-ruang kosong di ’Coffee House’, Aras 5, Premiera Hotel Kuala Lumpur dan ’Cafe@Premiera’, Aras 1, BUSANA Menara MARA dihiasi dengan karya-karya pelukis dengan nilai artistik tersendiri akan mendekatkan masyarakat untuk berada lebih dekat dengan hasil seni dan sekaligus dapat mengetengahkan Premiera Hotel Kuala Lumpur sebagai salah satu pusat kesenian di Kuala Lumpur pada masa akan datang.
Program Siri Pameran ini turut merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) antara MAC Training Centre Sdn. Bhd. dengan rakan penganjur, Premiera Hotel Kuala Lumpur dalam usaha membantu pelukis golongan professional, pelukis lama dan baru bagi mendedahkan hasil karya mereka serta usaha murni merakyatkan seni dan budaya dengan Warisan Melayu dan pembangunan negara.
Pameran ini juga diharap mendapat sambutan hangat daripadapeminat, pengumpul hasil seni didalam dan luar negara, badan-badan korporat dan terutamanya masyarakat umum.
Program Siri Pameran@Lukisan 2 – 2019 ini dibahagikan kepada 4 segmen dimana pelukis akan mempamerkan karya lukisan mereka selama 3 bulan berturut-turut sepanjang tahun 2019. Pelukis juga digalakkan menjalankan aktiviti-aktiviti mereka sendiri di “Coffee House”, Aras 5, Premiera Hotel Kuala Lumpur dan di lobi hotel dalam mempromosikan karya seni lukisan memandangkan setiap karya yang dihasilkan adalah berbeza dan mempunyai nilai artistik yang tersendiri.
SEGMEN 1
Tarikh :Januari hingga Mac 2019
Konsep :THE JOURNEY
Pelukis :Hudry Hayat (Arts Entrepreneur)
Hayati Rashid (Peguam di Messrs.Hayati Rashid & Partners)
Aishah Ali (Mantan Jurutera)
Roslen Fadzil (Mantan Editor Hiburan Harian Metro)
Segmen 1 yang berkonsep THE JOURNEYmenampilkan perjalanan pelukis dari golongan professional yang mempunyai minat berkarya dalam lukisan.
HUDRY HAYAT
Hudry Hayat menjadikan kerjaya melukis ini sepenuh masa bermula dari tahun 1990 dengan menggunakan media cat minyak, acrili. Karya beliau lebih cenderung pada pemandangan kampung dengan memaparkan rumah-rumah Melayu, budaya-budaya melayu di Nusantara untuk menjadi tatapan generasi muda yg lahir didunia moden agar sejarah dan budaya Melayu tetap kekal, segar dalam dunia yg serba moden ini. Hudry Hayat bermula melukis di Pasar Seni (Central Market) pada tahun 1992 dan pada tahun 2007 pernah menjadi ‘Resident artist’ di Gajah-Gajah Galeri. Disinilah beliau mendapat ilham untuk mencuba menghasilkan karya berunsur Naive Art berkat didikan Mentor terkenal pelukis Yusof Gajah. Selain itu beliau pernah mengadakan pameran dari tahun 2008 hingga 2018 bersama pelukis tempatan dan luar negara seperti Indonesia, Malaysia, Singapura dan Italy. Kini Hudry Hayat telah mempunyai galeri sendiri iaitu HUDRY HAYAT ART GALERIdi Pasar Seni (Annexe Central Market) Kuala Lumpur bermula dari tahun 2010 hingga sekarang.
HAYATI RASHID
Berbeza dengan seorang lagi pelukis wanita ini, Puan Hayati Rashidmerupakan seorang peguam di Messrs. Hayati Rashid & Partners. Kesibukkan tidak menjadi penghalang bagi beliau untuk terus berkarya. Menyatakan bahawa melakar dan dan mencoret-coret warna-warna di atas kanvas adalah seperti luahan rasa dan melempiaskan ketegangan otak kiri kepada otak kanan ke arah kreativiti. Sesuai sekali dengan dua ijazah yang diperolehinya, Seni Reka dan Senilukis (Seni Fesyen) dan Undang-undang.
Kini sedang memulakan pembelajaran pascasiswazah(LLM) masa adalah amat berharga dan ketat ”Namun pohon-pohon dan warna-warna mewangi adalah landasan perjalanan amat mengasyikkan dan amat ghairah. Begitulah kehidupan yang berwarna warni adaah lebih bermakna dari hidup menanti usia. Pohon dan mekar seperti kata-kata yang dilakar di atas kanvas bersuara tanpa suara menceritakan perjalanan kehidupan.” Seorang yang mengemarkan stail idealis, warna-warna terang dan mengaitkan alam sebagai inspirasi. Menyenangkan dan dan nyaman ….
Kesemua karya seni ini boleh diperolehi di ISHQ HAYATI ART GALERY di Shah Alam.
AISHAH ALLI
Nor Aishah binti Alli atau lebih dikenali sebagai Aishah berasal dari Ipoh, Perakmerupakan seorang graduan kejuteraan awam dan struktur. Selepas tamat pengajian beliau menghabiskan lebih satu dekad bekerja dengan syarikat kejuruteraan terkemuka di Malaysia dan Qatar. Mempunyai pengalaman selama 13 tahun sebagai pembantu teknikal kejuruteraan awam dan struktur. Berani menepis segala stigma, pada Disember 2016, Aishah membuat keputusan untuk mengubah cara kehidupan mengikut bakat dan kreativitinya didalam seni lukis dan juga menubuhkan ISYAH ART GALLERY. Begitu meminati dan menjiwai alam semulajadi, Aishah memilih konsep “LANTAI HIJAU” yang bermaksud air dan hutan kerana jiwanya yang begitu mencintai keindahan alam semulajadi.
Pada 24 November 2018, Aishah telah mengadakan pameran lukisan solonya yang pertama dengan mempamerkan 56 buah lukisan cat minyak di Pameran Lukisan Solo Aishah di WK Bungalow, Petaling Jaya. Meskipun perlu mengambil masa yang panjang untuk menghasilkan sesebuah lukisan cat minyak, namun ia memberi kepuasan jiwa kepadanya. Di samping itu, beliau juga merupakan tenaga pengajar kepada mereka yang ingin mendalami ilmu cat minyak dan setakat ini telah mempunyai 20 orang pelajar yang terdiri dari golongan kanak-kanak hingga dewasa.
ROSLEN FADZIL @ SLENFADZIL
Slen Fadzil atau nama sebenarnya Roslen Fadzil adalah anak jati kelahiran Alor Setar, Kedah. Graduan dalam jurusan Pentadbiran & Undang-Undang dari UiTM Arau ini mula melukis pada usia belasan tahun lagi dan pernah menjadi pelukis iklan disebuah syarikat pengiklanan terkenal di Alor Setarselepas menduduki SPM. SlenFadzil juga pernah mengemudi projek lukisan mural di Sekolah Tunku Abdul Rahman Alor Setar dan kemudian menyertai pameran lukisan anjuran Angkatan Pelukis Kedah (APK) di Balai Seni Alor Setar pada lewat 1980-an. Apabila beliau menjadi wartawan dan Editor Hiburan Harian Metro di NSTP dan Astro selama 27 tahun, SlenFadzil telah menjadikan lukisan sebagai hobinya. Beliau mula kembali aktif semenjak 2 tahun lalu dengan menjual lukisan secara online. Disamping itu, beliau juga merupakan seorang penulis lirik dalam industri muzik di Malaysia. Seperkara menarik, aplikasi produk seni beliau dalam platform digital iaitu ZIP memenangi anugerah terbaik dalam Asian Media Awards 2016 yang berlangsung di Singapura.
“Tiada ulu tiada parang. Tiada dahulu tiada sekarang”. Harapan Puan Samirah Hambali, Pengarah Urusan MAC Training Centre Sdn Bhd dan Encik Kamarudin Kassim, Pengurus Besar Hotel Premiera Kuala Lumpur, pameran ini juga akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat umum, peminat, pengumpul hasil seni dan badan-badan korporat.