in ,

Jom Berkunjung ke Pameran Artifak Rasulullah SAW & Para Sahabat RA di PWTC

Pada jam 11 pagi ini, Budiey berada di Sidang Media Pameran Artifak Rasulullah SAW & Para Sahabat RA yang diadakan di Hotel Grand Dorsett Subang. Jom ketahui apakah yang menariknya pameran ini. Korang baca sampai habis, okay?

Untuk info pembaca, pameran ini bakal berlangsung di Dewan Tun Razak 4, Tingkat 4, PWTC pada 22 Julai hingga 4 Ogos 2019 dari jam 10 pagi hingga jam 10 malam. Pameran ini mensasarkan kira-kira 150,000 pengunjung dijangka hadir.

Kehebatan tamadun Islam tidak boleh dinafikan kerana sejarah telah membuktikan memiliki kegemilangan yang panjang bukan sahaja menyinari dunia Islam tetapi menyumbang kepada kebangkitan peradaban dan kemajuan di barat sehingga hari ini.

VIDEO: Pameran Artifak Rasulullah SAW & Para Sahabat RA di PWTC:

Banyak artifak dan peninggalan berkaitan sumbangan Islam terhadap dunia masih boleh dilihat sehingga kini dantidak lain adalah bertitik-tolak daripada peranan dan amanah besar yang dimainkan Rasulullah SAW.

Pameran Artifak

Justeru, penganjuran di Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Sahabat RA di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) amat bertepatan sekali dalam mengenang jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW.

Festival anjuran Manhajj Brothers Sdn. Bhd.  yang dianjurkan bermula 22 Julai ini hingga 4 Ogos depan dijangka mendapat sambutan yang menggalakkan dari segi kehadi­ran pengunjung selain menjadi platform dapat melihat sendiri artifak peninggalan Nabi Muhammad SAW seperti Antara artifak yang boleh dilihat ialah rambut, janggut, darah bekam, serban, tongkat, bekas air zam zam, pasir makam Rasulullah dan kunci makam tersebut.

Selain Sebanyak 70% artifak adalah artifak asli dipamerkan di sini, pameran ini dikunjungi pelawat datang dari seluruh negara termasuklah UK, Eropah dan banyak lagi.

Kira-kira 150,000 pengunjung dijangka hadir menyaksikan Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Sahabat RA di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang akan bermula 22 Julai ini hingga 4 Ogos depan.

Pameran anjuran sepenuhnya Manhajj Brothers Sdn. Bhd. (Manhajj Brothers) ini akan menampilkan lebih 40 artifak Rasululllah SWA, artifak Sahabat RA serta artifak kerajaan Uthmaniah.

Artifak
Pameran Artifak Rasulullah Sasar 150,000 Pengunjung

Pengarah Urusan Manhajj Brothers, Datuk Anuar Hassan berkata, pameran ini akan memberi peluang kepada masyarakat untuk melihat sendiri artifak yang turut menjadi rakaman sejarah kehidupan dan perjuangan Baginda.

Beliau berkata, pameran ini juga bermatlamat untuk memberi pendidikan, sumber inspirasi  dan pengetahuan kepada pengunjung mengenaià kegemilangan tamadun Islam.

“Antara artifak yang boleh dilihat ialah rambut, janggut, darah bekam, serban, tongkat, bekas air zam zam, pasir makam Rasulullah dan kunci makam tersebut.

“Artifak lain adalah pedang Muaz bin Jabal, pedang Sultan Al-Fatih, Kiswah Kaabah Merah, KIswah Kaabah Hijau dan kunci Makam Saiditina Fatimah.

“Turut dipamerkan artifak peninggalan Kerajaan Uthmaniah seperti kunci, baju perang, tandu, al-Quran Emas kiswah Kaabah, Kiswah Pintu Taubat di mana semua artifak ini merupakan koleksi dari Tanah Arabah seperti Mekah dan Madinah serta negara Yemen dan Turki,”

– Pengarah Projek, Haji Razali Bachik
Artifak

Anuar berkata, pameran tersebut mendapat sokongan penuh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Sementara itu, Anuar berkata, Kuala Lumpur menjadi lokasi pertama pameran tersebut yang bakal menjelajah di seluruh negara pada tahun ini.

“Tiket masuk hanya RM20 untuk dewasa, RM10 untuk mahasiswa dan RM5 untuk kanak-kanak serta pameran dibuka setiap hari mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam.

“Lebih menarik pameran ini menawarkan cabutan bertuah apabila pengunjung boleh membawa pulang hadiah utama iaitu motosikal Yamaha Y15.

“Cabutan itu diadakan menerusi peraduan ‘Ride To Y-Suku’ di mana pengunjung hanya perlu mengambil gambar di Manhajj Photobooth Rasmi berharga RM15 yang melayakkan mereka mendapat satu nombor bertuah,”

– Pengarah Projek, Haji Razali Bachik
Artifak

Menurut Pengarah Urusan Manhajj Brothers, Datuk Anuar Hassan, penganjuran pameran itu adalah satu langkah yang positif dalam memberi pendedahan serta menambah pengetahuan mereka tentang Islam dalam golongan muda termasuk pelajar sekolah.

“Ini merupakan satu usaha yang baik dalam menarik minat pe­ngunjung lebih mengenali sejarah Rasulullah SAW serta Islam menerusi pameran artifak yang sarat dengan info berkaitan. 

“Kami merancang agar pameran ini dapat diteruskan pada masa akan datang di seluruh negara dan lebih ba­nyak artifak dipamerkan,” katanya.

“Pengunjung pasti merasa teruja dapat melihat sendiri artifak ini di depan mata. Hanya dengan melihat pameran ini dapat meningkatkan rasa cinta dan merasa dekat dengan Rasulullah SAW.

“Malah pengisian pameran berkenaan sedikit- sebanyak menerbitkan rasa rendah diri dan keinsafan dirinya untuk lebih mengenali Islam,”

– Pengarah Projek, Haji Razali Bachik

Anuar berharap, peluang menjejakkan kaki ke ruang pameran berkenaan dapat mendekatkan diri dengan bagin­da serta meningkatkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW.

Pameran Artifak
Pameran Artifak
Pameran Artifak
Pameran Artifak
Pameran Artifak
Pameran Artifak
Pameran Artifak
Pameran Artifak
Pameran Artifak
Pameran Artifak
Pameran Artifak
Pameran Artifak
Pameran Artifak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Savour The Quintessential Mooncakes By Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Jomlah Menjamu Selera di FOOD CARNIVAL di Setia City Mall