Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Ajak Peminat Bercuti Atas Kapal Mewah Superstar Libra Dengan Harga Paling Murah RM1999
Pada Khamis lalu, 11 Oktober 2012, Budiey telah hadir di Majlis Pelancaran dan Sidang Media Pakej Belayar Bersama Angkasawan Negara di Hotel Corus. Untuk pengetahuan semua, pakej belayar bersama peminat ke Penang-Phuket-Krabi-Penang menaiki kapal mewah Superstar Libra Cruise, Dr. Sheikh berkata program sebegini sangat menarik kerana inilah masanya beliau mengenal lebih dekat lagi dengan para peminatnya.
VIDEO:
“Selama ini saya berhubung dengan peminat melalui Facebook fanpage saya yang kini mencecah seramai 65 ribu ‘like’. Ramai yang mahukan saya berkongsi pengalaman saya dan mereka juga nak kenal lebih dekat dengan saya. Jadi saya akan luangkan masa dengan sesiapa yang mengikuti percutian ini lagipun ni pertama kali saya naik cruise.
Dr. Sheikh Muszaphar dan Pengarah Urusan Bagus Holidays Sdn Bhd (Johor), Anton Tey di sidang media.
“Sepanjang masa peminat akan berada dengan saya. Mereka boleh bertanya apa saja pada saya. Mereka tentu akan tahu saya duduk bilik mana. Bila-bila masa saja kami boleh hangout. Kita akan berborak, makan bersama, membeli belah bersama. Dan satu yang best, cuti atas cruise ni saya memang takkan dapat mengelak dari peminat. Saya tak boleh terjun laut (gelak). Jadi tiada halangan antara saya dan peminat.
“Saya akan bawa isteri dan Bella bersama. Saya berharap, kepada sesiapa yang mengikuti juga akan turut membawa keluarga mereka. Saya akan bawa outfit angkasawan saya. Jadi anak-anak mereka boleh bergambar dengan saya, juga boleh dapatkan cenderamata dan poster. Ia bukan sekadar cuti kosong tapi juga menyuntik inspirasi dan memupuk minat terutamanya kalangan kanak-kanak untuk menjadi saintis, jurutera dan doktor “, ujarnya lagi yang juga merancang untuk mengajak sesiapa yang berminat melancong ke China, Eropah dan menunaikan umrah pada masa hadapan.
Pakej percutian berharga RM1999 selama 4 hari 3 malam ni dikendalikan oleh Cuti Bagus Holiday Sdn Bhd, bermula 2-5 Desember 2012. Para peserta akan belayar dari jeti pelabuhan Pulau Pinang dengan kapal mewah sepanjang 216 meter dan 33 meter lebar dengan berat 42,276 tan itu pelbagai aktiviti santai yang dilalui mampu meninggalkan kenangan manis terutama bagi yang pertama kali melalui pengalaman tersebut.
Kepada pembaca yang nak join pelayaran bersama Angkasawan Negara ini, Budiey rasa korang kena mohon cepat-cepat sebab tempat hanya terhad kepada 100 orang peminat yang terawal. Budiey juga insyaallah akan turut menyertai pelayaran ini walaupun pernah ke sana bersama dengan krew 8TV.
Antara tempat yang dilawati semasa di Phuket dan Krabi ialah Tiger Cave Temple, Khao Khanap Nam, Jeeatau Prodok Otop dan berkelah di Ao Nang Beach.
Maklumat lanjut mengenai pakej percutian ini boleh hubungi Bagus Holidays Sdn Bhd di talian 03-2166 555 atau 017-242 5855.