in

Pakar Teh Tarik Berusia 18 Tahun Memenangi Takhta Raja Tarik F&N

PAKAR TEH TARIK BERUSIA 18 TAHUN MEMENANGI TAKHTA RAJA TARIK F&N
Pendatang baru ke arena teh tarik membawa pulang RM15,000

Amirul Fadhli Bin Shamsudin yang berumur 18 tahun telah ditabalkan “Raja Tarik F&N” yang terbaru dalam “Cabaran Raja Tarik F&N” 2011. Amirul, pemenang termuda “Cabaran Raja Tarik F&N”, memperoleh RM15,000 dan sebuah trofi selepas hadirin kagum dengan persembahannya yang mempamerkan pelbagai kemahiran teh tarik yang menarik dan teknik-teknik mengendalian kole yang luar biasa. Pemuda dari Johor ini berterima kasih kepada bapa saudaranya; juara “Cabaran Tariking F&N” 2004 atas kemenangannya.

IMG_3723

 

18-YEAR-OLD CROWNED “RAJA TARIK F&N”….Johorian; Amirul Fadhli Bin Shamsudin blew the judges away with his brilliant teh tariktechniques and exciting performance.

“Bapa saudara saya telah menjadi inspirasi bagi saya dan sejak berumur tujuh tahun, saya telah cuba memahiri kemahiran tarik. Dengan bimbingan dan nasihat daripada bapa saudara saya, saya bersyukur kerana berjaya memenangi pertandingan berprestij ini,” kata Amirul.

Amirul merancang untuk menggunakan wang kemenangannya bagi melanjutkan pendidikannya tetapi akan meneruskan minatnya untuk menyertai pertandingan-pertandingan teh tarik yang lain.

Sementara Itu, Star Jump; kumpulan berempat dari Kuala Lumpur, mengunakan kemahiran sorakan mereka untuk membawa pulang RM8,000 sebagai naib juara manakala Tharik Ahmed B. Jamal Mohamed dari Alor Setar berjaya memenangi RM5,000 sebagai naib johan kedua.

Lima peserta akhir yang lain dihadiahkan hadiah saguhati bernilai RM1,000 setiap seorang. Kesemua peserta akhir turut memenangi kontrak dua tahun untuk beraksi di pelbagai acara yang dianjurkan oleh F&N Dairies.

“Bang, teh tarik satu!”. Ayat ringkas ini sering kali menjadi permulaan semua benda menarik dan mengagumkan. Maka, tidak hairanlah seni teh tarik telah menarik perhatian rakyat Malaysia sekali lagi dalam menyahut seruan “Cabaran Raja Tarik F&N” yang dianjurkan oleh F&N Dairies.

Seramai lapan orang peserta atau pasukan telah dipilih untuk beradu kemahiran mereka bagi menjuarai Raja Tarik F&N. Mereka mempamerkan pelbagai aksi, teknik dan kreativiti menarik di depan para hakim dan para penonton untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai RM15,000.

IMG_3720

Teh tarik yang bermula dari warung dan kopitiam telah menjadi satu minuman kebangsaan yang begitu digemari oleh rakyat Malaysia, merentasi generasi. Menerusi pertandingan ini dan kempen “Teh Tarik Ori”, F&N Dairies berharap untuk menjelaskan asas-asas dalam menyediakan segelas teh tarik yang sempurna; ia sebenarnya adalah tentang kombinasi daun teh yang betul, F&N krimer manis, air panas dan teknik-teknik tarik yang sesuai.

Show Awi Rafael di Cabaran Raja Tarik 2011

Krimer manis F&N sememangnya pilihan pengguna-pengguna dalam menyediakan segelas teh tarik sempurna yang lebih lazat, enak, berkrim dan berbuih.

Menurut Eileen Chan, Ketua Bahagian Susu Pakej, F&N Dairies (M) Sdn Bhd, teh tarik telahpun menjadi sebahagian daripada budaya Malaysia yang dibanggakan dan sering dipaparkan ke seluruh dunia.

“Selaku jenama yang amat sinonim dengan teh tarik di Malaysia, F&N Dairies sememangnya sesuai untuk menganjurkan “Cabaran Raja Tarik F&N”, satu pertandingan yang menampilkan ramai pakar teh tarik.”

Sejak permulaannya dalam tahun 1999, “Cabaran Raja Tarik F&N” telah memperkenalkan format yang berbeza-beza bagi menyedar dan mendekatkan rakyat Malaysia kepada minuman enak ini. Syarikat F&N Dairies tetap berpegang teguh kepada intipati kempen ini iaitu untuk mempromosi dan mencintai minuman teh tarik di samping menampilkan ramai bakat terpendam di negara ini.

Selain hadiah-hadiah wang tunai bernilai lebih RM30,000 untuk dimenangi, semua pusingan permulaan dan pertandingan akhir akan dipertontonkan di TV3 menerusi enam episod bermula pada 19 Jun 2011.

Teh Tarik King

Awi Rafael

Teh Tarik King

KarlShafek

“Pada mulanya kami bercadang untuk mengadakan lima peserta akhir saja. Ekoran sambutan yang menggalakkan dan kualiti persembahan para peserta, kami telah menambahkannya kepada lapan peserta akhir. Kami berharap melalui pertandingan ini kami dapat menyerikan lagi pelbagai budaya menarik Malaysia kerana teh tarik adalah sejenis minuman Malaysia yang unik dan tersendiri yang harus dikekalkan untuk generasi-generasi akan datang,” jelas Puan Chan.

“Sebenarnya bukan mudah untuk menjadi pakar dalam seni tarik. Ia memerlukan kesenian, latihan dan perancangan yang agak tepat. Peserta-peserta akhir ini perlu menggabungkan unsur-unsur tambahan supaya persembahan mereka lebih menonjol,” tambah Chan.

Pertandingan “Cabaran Raja Tarik F&N” bermula dengan sesi ujibakat di lima lokasi di seluruh Malaysia. Ia bermula di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada 21 Mei 2011, disusuli di Melaka, Johor Bharu, Kelantan dan Pulau Pinang untuk mencungkil bakat-bakat baru dengan persembahan dan gaya teh tarik yang unik.

Di peringkat akhir, para peserta dinilai dari tiga aspek utama. Koreografi dan stail, tema serta kemahiran menarik teh tarik dan akhir sekali kreativiti. Para peserta akhir telah menggayakan pelbagai aksi dan cara terbaru untuk menarik teh tarik sehinggakan para hakim hampir sukar untuk menobatkan Raja Tarik F&N terbaru. Panel hakim juga termasuk bekas juara teh tarik F&N.

Para penonton yang menyaksikan pertandingan akhir begitu terpukau dengan persembahan yang ditampilkan oleh lapan peserta akhir yang terdiri daripada dua kumpulan dan enam individu.

En. Tony Lee, Ketua Pegawai Operasi, Bahagian Tenusu, F&N Dairies (M) Sdn Bhd, telah menyampaikan hadiah-hadiah tersebut kepada kesemua lapan peserta peringkat akhir. Pertandingan akhir itu diserikan oleh persembahan Awi Rafael dan kumpulan tarian hip hop.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan menyaksikan pertandingan akhir secara langsung di e@Curve, Damanasara, anda masih berpeluang menontonnya di TV3 pada setiap hari Ahad, jam 5.30 ptg selama lima minggu. Anda masih dapat menonton keseronokan dan kemeriahan pertandingan itu, dari sesi-sesi ujibakat hinggalah ke peringkat pertandingan akhir.

F&N merupakan jenama susu pekat manis terkemuka di Malaysia yang merangkumi Susu Isian Pekat Manis F&N, Susu Isian Pekat Manis F&N, Krimer Manis Bervitamin F&N, Krimer Manis F&N dan Krimer Manis Teh Tarik F&N. Ia amat sesuai untuk digunakan bagi membuat teh tarik dan pelbagai minuman lain.

BERKENAAN F&N DAIRIES (M) SDN BHD
F&N Dairies (M) Sdn Bhd adalah anak syarikat milik penuh Fraser & Neave Holdings Berhad, dan merupakan pengilang dan pemasar utama susu pekat manis, susu sejat, jus pasteur dan susu di Malaysia.

Teh Tarik King

Teh Tarik King

Teh Tarik King

F&N Cabaran Raja Tarik_3

F&N Cabaran Raja Tarik_Awi Rafael

F&N Cabaran Raja Tarik_1

F&N BRINGS TOGETHER THE NATION’S TEH TARIK EXPERTS…(from left, top row: Wakaka Crew, Mohd Suffian Bin Md Ali, Ms. Eileen Chan, Head of Packaged Milk, F&N Dairies, “Cabaran Raja Tarik F&N” winner; Amirul Fadhli Bin Shamsudin, Mr. Tony Lee; COO, F&N Dairies Division, Nooryati Bt Abd Rasid and Haialim Bin Sabtu) (from left, bottom row: Star Jump, Raja Mohamad Hazeeq Bin Raja Petera and Tharik Ahmed B. Jamal Mohamed).

F&N Cabaran Raja Tarik_2

Teh Tarik King

Teh Tarik King

Teh Tarik King

Teh Tarik King

Teh Tarik King

IMG_3717

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Movie Day Out Sensasi Selebriti Tolong Awek Aku Pontianak

Drama Wasiat Lakonan Beto Kusyairy & Sara Ali