Kesan putih pada tekstil berona gelap yang kelihatan sejurus selepas deodoran diaplikasikan adalah akibat sisa garam anti-peluh yang terdapat dalam deodoran. Kesan kuning yang ketara pada fabrik berwarna cerah di bahagian bawah lengan pula berpunca dari tindak balas kimia antara bahan anti-peluh, peluh dan juga detergen. Malangnya, kesan kuning yang terhasil mustahil untuk dibersihkan, malah akan bertambah ketara dari semasa ke semasa.
NIVEA memandang serius masalah kesan putih dan kuning pada bahagian bawah lengan yang disebabkan penggunaan deodoran kerana ia tidak hanya merosakkan pakaian, namun turut menjejaskan gaya, sikap dan keyakinan seseorang.
Bagi mengatasi masalah ini, NIVEA membawa deodoran ke satu tahap baharu menerusi pelancaran deodoran anti-kesan pertama di dunia pada tahun 2012 iaitu NIVEA Deodorant Invisible for Black & White.
Selain menyediakan deodoran dengan tiga perlindungan dari peluh, bakteria dan bau, pengguna juga gembira dan berterima kasih dengan teknologi anti-kesan yang unik pada NIVEA Deodorant Invisible for Black & White. Deodoran generasi baharu NIVEA ini dengan serta-merta menyahkan masalah kesan putih pada pakaian gelap yang dialami oleh para wanita. Kemeja putih para lelaki pula kekal putih berseri, bebas dari sebarang kesan kuning yang tidak menarik.
Gaya yang ditonjolkan mencerminkan para pengguna NIVEA yang bijak bergaya, aktif dan berkeyakinan. Para model melangkah yakin di atas pentas peragaan dalam persalinan hitam dan putih, dan semestinya dilengkapi dengan penggunaan NIVEA Deodorant Invisible for Black & White agar setiap helaian tampak berseri dan bebas dari kesan deodoran.
“Prestasi jualan barisan deodoran NIVEA dalam pasaran amat memberangsangkan, ia berkembang tiga kali lebih pantas dari perkembangan pasaran, menjadikan NIVEA jenama deodoran nombor satu di negara ini! Pelancaran NIVEA Deodorant Invisible for Black & White telah melonjakkan jenama ini ke tahap yang lebih tinggi dan kami sangat bangga untuk berkongsi dengan anda bahawa NIVEA Deodorant Invisible for Black & White merupakan deodoran paling laris di kebanyakan peruncit dan saluran utama. Sebagai pakar anti-kesan deodoran, NIVEA amat berbesar hati kerana berjaya membantu orang ramai meningkatkan keyakinan diri, juga kekal segar dan kering sambil memastikan pakaian kegemaran bebas dari kesan deodoran,” ujar Encik Ng Hock Guan, Pengurus Tempatan bagi Beiersdorf Malaysia dan Singapura pada majlis yang diadakan di Petaling Jaya hari ini.
Pada majlis hari ini juga, sebuah demonstrasi unik telah dipersembahkan untuk menunjukkan kesan semburan deodoran pada fabrik. Seorang pelukis grafiti telah melakarkan sebuah karya grafiti yang kreatif menggunakan deodoran (bukan dari jenama NIVEA) secara langsung di hadapan hadirin yang cukup teruja. NIVEA ingin membuktikan bahawa sepertimana grafiti deodoran ini berjaya mencuri perhatian para tetamu, begitu juga kesan deodoran pada bahagian bawah lengan baju, cuma perhatian sebegini harus dielakkam kerana ianya memalukan!
Sempena kolaborasi fesyen eksklusif NIVEA dengan ZALORA dan juga sebagai tanda penghargaan, pengguna setia NIVEA akan menerima baucar diskaun 20% di kedai-kedai terpilih apabila membeli sebarang deodoran NIVEA, untuk dibelanjakan di http://www.zalora.com.my bermula hari ini sehingga 13 April 2014. Para pengguna juga berpeluang memenangi hadiah menarik apabila melayari laman rasmi FACEBOOK Nivea Malaysia (www.facebook.com/mynivea) dan menyertai cabaran online Stay Stain Free with NIVEA Black & White.
Dengan adanya NIVEA Deodorant Invisible for Black & White, berakhirlah masalah kesan pada bahagian bawah lengan. Jika anda tercari-cari deodoran efektif yang menawarkan tiga perlindungan dari peluh, bakteria dan bau serta dalam masa yang sama ingin pakaian putih kekal putih dan pakaian gelap kekal gelap, pilihlah NIVEA Deodorant Invisible for Black & White!
Terdapat dalam bentuk penyembur dan sapuan berbuli (roll-on), NIVEA Deodorant Invisible for Black & White mempunyai haruman menyegarkan yang memberikan anda kesegaran dan kekeringan selesa sepanjang hari. NIVEA Deodorant Invisible for Black & White didapati untuk lelaki dan wanita serta dijual masing-masing pada harga RM4.50 (25ml roll-on), RM9.50 (50ml roll-on) dan RM14.90 (penyembur 150ml). Ia boleh didapati di semua farmasi dan kedai runcit utama di seluruh negara.