Memetik Utusan Online, Ifa Raziah turut meluahkan rasa dengan sikap segelintir netizen yang suka menghukum seseorang dari segi luaran.
“Bab ini susah mahu jawab. Mungkin belum sampai waktu. Saya tahu, memakai tudung adalah wajib. Tetapi itu antara saya dengan Tuhan. Doakan saya.
– Ifa Raziah
“Tetapi segelintir netizen kita memang suka menghuÂkum. Yang seksi, tak pakai tudung, semua jahat bagi segelintir mereka.
“Siapa kita nak hukum manusia lain? Kenapa kita mahu buat kerja Tuhan? Belum tentu yang bertudung itu baik, begitu juga sebaliknya. Soal keikhlasan hati, hanya Tuhan sahaja tahu,â€
Bagaimanapun, Ifa berkata dia tidak berkecil hati dengan sikap netizen yang suka menghukum malah sudah lali dengan kata-kata negatif.
“Sampai masa nanti, bila saya pakai tudung, jangankan setakat dada, mata pun saya akan tutup. Saya akan berubah drastik itu. Tetapi hanya Tuhan sahaja yang akan menggerakkan hati saya,†katanya.
– Ifa Raziah
Dalam pada itu, Ifa berkata sebagai manusia biasa sudah pasti tidak terlepas melakukan kesilapan. Ujarnya dia terbuka menerima terguran namun jangan sampai menghina.
“Tetapi kalau tegur sehingga seolah-olah ada cop mohor masuk syurga, itu tak boleh. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku kelak. Doakan sahaja yang baik-baik untuk orang lain,â€
– Ifa Raziah