Berikutan dengan itu, ramai netizen malah selebriti tempatan tampil meluahkan rasa tidak puas hati dan menganggap perkara itu tidak sepatutnya disiarkan kepada umum.
Penyanyi rap terkemuka negara, Joe Flizzow turut terpanggil untuk memberi respon di mana dia menganggap golongan selebriti sepatutnya menjadi contoh dan ikutan yang baik kepada masyarakat.
Perkara tersebut dikongsikan Joe Flizzow menerusi Instagram Story miliknya.
Joe dalam pada itu berkata bahawa isu sensitif seperti itu tidak sepatutnya menjadi budaya dalam kalangan rakyat Malaysia.
Tambahnya lagi, artis yang menganggap perkara tersebut seperti suatu perkara main-main boleh dilabel sebagai seorang yang tidak matang dan profesional sama sekali.
Terdahulu, media sosial terutamanya laman Twitter kecoh apabila sebuah klip video pendek daripada aplikasi TikTok yang memaparkan aktor Fauzi Nawawi berkongsi pengalamannya membawakan watak sebagai perogol yang memerlukan dia beraksi bersama aktres Raja Farah.
Walau bagaimanapun, Fauzi kemudiannya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Raja Farah dan keluarga setelah dikritik hebat oleh netizen.