in ,

PAGARI BULAN Ditayangkan di World Premier Eurasia International Film Festival di Kazakhstan

Filem Pendek, Pagari Bulan arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin yang sebelum ini pernah memenangi Pengarah Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia 27 telah ditayangkan menerusi segmen World Premiere Eurasia International Film Festival Edisi Ke-12 (EURASIAIFF), di Almaty Kazakhstan yang telah pun berlangsung dari 24 hingga 30 September 2016.

Filem pendek Pagari Bulan juga adalah satu-satunya wakil dari Malaysia yang terpilih untuk bertanding dalam kategori filem pendek yang julung kali pertama diwujudkan dalam festival yang diiktiraf badan International Federation of Film Producers Associations (FIAPF) tersebut.

PAGARI BULAN

Filem PAGARI BULAN Ditayangkan Di World Premier Eurasia International Film Festival di Kazakhstan

[dropcap]D[/dropcap]iterbitkan aktor Pekin Ibrahim di bawah syarikat produksinya Centro Pictures dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM), Pagari Bulan bagaimanapun terpaksa berdepan dengan saingan sengit daripada 14 filem pendek lain daripada pelbagai negara seperti China, Greece, Rusia Perancis, Israel, termasuklah Kazakhstan sendiri.

Raja Mukhriz berkata, dia tidak menyangka bahawa Pagari Bulan akan ‘terbang’ sejauh itu di festival luar seperti Eurasia International Film Festival.

“Sebetulnya Pagari Bulan dicetuskan untuk mewakili UUM untuk bertanding di dalam Asia Youth International Film Festival yang akan berlangsung pada 5 hingga 7 Oktober depan di Sintok, Kedah.

“Sebagai salah seorang pelajar yang mengikuti pengajian ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif di UUM, saya dan beberapa rakan lain termasuklah Pekin Ibrahim berasakan kami perlu menghasilkan sebuah karya filem pendek yang mampu membuka mata pihak luar terhadap kemampuan kita.

“Pada masa yang sama ia juga diharap mampu menyuntik semangat serta daya saingan di kalangan pelajar-pelajar muda UUM lain terutama yang mengikuti jurusan filem atau industri kreatif sendiri untuk sama-sama menghasilkan karya filem yang baik,” katanya.





Sementara Pekin Ibrahim pula berkata, pemilihan Pagari Bulan untuk bertanding di Eurasia International Film Festival serta ditayangkan dalam segmen World Premier mampu membantu dunia melihat cerita kita menerusi filem yang kita hasilkan sendiri.

“Pagari Bulan memaparkan tentang isu budaya kaum Bajau Laut yang jarang didengar oleh orang kita sendiri mahu pun pihak luar dan secara kebetulan pula ia bertepatan dengan motto yang cuba diangkat di dalam festival tersebut iaitu, “Love as the basis of human life and a path of harmonisation of cultures.”

“Kehidupan kaum Bajau Laut atau Sea Gypsie itu kami rakamkan sendiri di kawasan yang mereka diami iaitu Pulau Semporna sewaktu menghasilkan dokumentari filem Madness Of Borne.

“Secara tidak langsung, pihak luar dapat melihat sendiri keindahan Pulau Semporna menerusi sinematografi yang dipaparkan dengan cukup cantik di dalam filem pendek ini,” katanya.

PAGARI BULAN

PAGARI BULAN

PAGARI BULAN

PAGARI BULAN

Sinopsis Pagari Bulan
Pagari Bulan memaparkan kisah mengenai kepulangan seseorang di tempat kelahirannya , namun dia tidak lagi dikenali. Tiada apa yang berubah di dalam komuniti masyarakatnya. Mereka masih menjalani kehidupan yang sederhana dan masih mengekalkan adat budaya mereka. Namun, mampukah mereka terus mempertahankannya? Bulan bersinar dengan penuh cantik dan begitulah cantiknya budaya dan kehidupan mereka. Namun, cahaya bulan itu juga perlu dipagari ia iterus bercahaya dengan cantiknya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Song Ji Hyo di Pembukaan SHOOPEN MALAYSIA

Siapakah 12 Orang Peserta Gegar Vaganza Musim Ke-3