Usahawan kosmetik popular, Safiey Illias mengalami masalah pembengkakan pada bahagian muka selepas dipercayai mendapatkan rawatan estetik daripada individu tidak bertauliah.
“Pembedahan yang saya nak buat ini sangat terkenal dalam kalangan selebriti Hollywood. Jadi, saya nak buat macam mereka. Tambahan pula, prosedur pemindahan lemak di dahi daripada doktor tidak bertauliah sebelum ini membuatkan kening saya tidak berada pada postur tulang kening seorang manusia normal.
Menurut Safiey, keadaan wajahnya itu semakin membimbangkan apabila bahagian pipinya sudah mula bernanah selain menjejaskan kesihatannya.
“Akibat kegagalan itu, lemak berpindah ke kening dan kening jatuh menyebabkan kelopak mata saya turut kelihatan berat dan sayu akibat lemak berlebihan di kelopak mata. Disebabkan itu saya perlu melakukan proses ini bagi menaikkan semula kening,”
– Safiey Illias
Ekoran situasi itu, katanya, dia kemudian terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah klinik estetik.
“Doktor cakap ada nanah. Dia marah buat apa dulu dekat muka. Biasalah masa tu bulan 11 tahun lepas gatal nak buat di rumah dan macam-macam lagi.
“Ke sebab buat lesung pipit hari itu? Entahlah pening nak ingat, Jangan buat sembarangan dengan orang yang buat rawatan estetik lagi-lagi rumah ke rumah,” katanya menerusi satu entri di Instagram.
– Safiey Illias
Safiey yang juga penyanyi lagu Syinta Gila berkata, dia tidak serik melakukan pembedahan kosmetik pada wajah.
“Tidak ada istilah serik dalam diri saya termasuk juga dalam soal kecantikan. Lagipun apa saya buat ini adalah untuk membetulkan kesilapan prosedur sebelum ini.
“Kali ini pembedahan akan dibuat oleh doktor pakar mata bukan doktor estetik. Masyarakat kena jelas perkara ini dan jangan buat kesilapan seperti saya,”
– Safiey Illias
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Safiey menjalani proses pembedahan kosmetik pada wajah, payudara dan punggung dengan kos mencecah RM1 juta hingga RM2 juta.
Dalam laporan sama, Safiey mendedahkan pada bahagian wajah saja dia sudah membelanjakan hampir RM300,000 bersamaan dengan harga sebuah kereta mewah jenis Ford Mustang.
Dalam posting tersebut, Safiey turut berkongsi keadaan wajahnya yang baru selesai menjalani satu prosedur pembuangan nanah pada bahagian pipinya.
“Muka ada satu, tak ada duit kumpul. Ada duit mahal pun tak apa janji kita buat dengan doktor pakar bukan doktor segera tak ada sijil LCP (Letter of Credentialing and Privileging)
“Ini hampir berapa milimeter nanah disedut guna jarum besar dekat pipi ratu yang bengkak tu. Ada lagi nanah, jadi tiga hari lagi akan sedut buang lagi guna jarum dan picagari,”
– Safiey Illias
Terdahulu, dalam satu posting berasingan, Safiey turut menjelaskan keadaan tersebut sudah berlarutan selama tiga hari sebelum dirinya pergi mendapatkan rawatan.
“Pipi ratu bengkak dah tiga hari. Apa yang terjadi?! Ni mesti kes doktor tak bertauliah punya prosedur haritu. Bantu saya. Badan nak demam.
“Kalau surut tak turun esok, ratu kena bedah sebab takut bengkak di muka tu bernanah dan serang saraf otak,”
– Safiey Illias
Begitupun, entri tersebut menerima banyak kecaman dalam kalangan netizen yang menyifatkan ia akibat yang perlu ditanggung atas perbuatan mengubah ciptaan-Nya.
“Pulanglah ke pangkal jalan. Itu teguran dari Allah. Itu baru sikit.
“Lesung pipit tu tanam benang kan. Barangkali jangkitan di benang, buatlah lagi.
“Ubah sana ubah sini, hujung-hujung muka jahanam. Tak jadi ratu, jadi kutu,” komen sebahagian warganet.
Sebelum ini, usahawan tersebut juga pernah mencuri tumpuan umum apabila menjalani prosedur mengecilkan pipi.
“Bertaubatlah Saudaraku,” – Syed Bakri Al-Yahya
PERBUATAN usahawan kosmetik, Safiey Ilias membelanjakan RM30,000 untuk pembedahan menaikkan kening ibarat melakukan dosa dalam dosa.
Juara Pencetus Ummah musim 2015 Syed Bakri Al-Yahya berkata, perbuatan Safiey jelas haram di sisi syarak kerana mengubah ciptaan Allah tanpa sebab yang dibenarkan agama.
Katanya, lebih-lebih lagi pembedahan dibuat semata-mata untuk memenuhi keinginan songsang menjadi seorang wanita sedangkan jantina sebenarnya adalah lelaki.
“Safiey melakukan dosa di dalam dosa, semoga dia bertaubat kepada Allah apatah lagi dia sangat berbangga dengan apa yang sedang dilakukan sekarang.
“Ia sangat berbahaya kerana boleh menjadi ikutan kepada orang lain, bertaubatlah kepada Allah wahai saudaraku,”
– Syed Bakri Al-Yahya
Muka depan Metro Ahad hari ini melaporkan mengenai pengakuan Safiey yang membelanjakan RM30,000 untuk melakukan pembedahan menaikkan kening.
Julai lalu Safiey turut membuat pendedahan sama di akhbar ini dia menjalani beberapa pembedahan kosmetik antaranya menebuk dahi, hidung dan tulang rusuk dengan membelanjakan RM300,000 bersamaan sebuah kereta mewah Ford Mustang.
Safiey membuat pendedahan itu selepas mendakwa akibat kegagalan prosedur pemindahan lemak di dahi yang dibuat sebelum ini oleh doktor tidak bertauliah menyebabkan keningnya jatuh.
Syed Bakri berkata, Safiey perlu berazam meninggalkan segala perbuatan dosa yang pernah dilakukan dulu dan tidak akan mengulanginya.
“Dalam kes Safiey, dia perlu benar-benar kuat untuk berubah dan bukannya berubah untuk mendapat ‘mileage’ kepada perniagaannya semata-mata, kena benar-benar ikhlas untuk bertaubat,”
– Syed Bakri Al-Yahya
Ditanya, adakah dia berhasrat untuk berjumpa dengan Safiey untuk berbincang dari hati ke hati, Syed Bakri berkata, sebelum ini dia pernah mempelawa Safiey bertemu tetapi ditolak usahawan itu.
“Sebelum ini saya pernah mempelawa dia (Safiey) hadir bertemu dengan kami, bersama Sajat (Muhammad Sajad Kamaruzzaman) namun ditolak kerana katanya lebih selesa dengan Ustaz Ebit (Lew), pelawaan dibuat sebulan dua ini.
“Bagaimanapun, tawaran ini dibuka bila-bila masa untuk mereka berjumpa pihak kami bagi menjernihkan suasana terutama berhubung hukum agama yang kita tidak boleh kompromi,”
– Syed Bakri Al-Yahya