in , ,

Pachara Dedah Terpaksa Keluar Bekerja, Afiq Muiz Hanya Main Game di Rumah

Selepas pelakon Afiq Muiz mendedahkan perangai isterinya di media sosial, giliran Pachara Apin pula mendedahkan sepanjang berkahwin dia yang terpaksa keluarga bekerja untuk menampung kehidupa mereka suami isteri.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Pachara mendakwa sementara dia keluar bekerja Afia hanya menghabiskan masa di rumah dengan bermain game.

Pachara mendakwa Afiq akan memberikannya waktu rehat pada hari Ahad kerana pada hari Isnin suaminya itu mahu dia bekerja untuk menanggungnya.

“Banyak idea kau untuk memalukan saya sekarang. Cakap saya bukan siapa-siapa lagi dalam hidup? Jadi apa yang kau sedang buat sekarang ini? Kenapa tak beri kerjasama lepaskan saya?

“Takkan kau masih nak saya kerja bagi kau makan lepas itu kau pukul-pukul lagi setiap Jumaat Sabtu? Ahad kau bagi rehat sebab Isnin kau mahu saya kerja sara kau kan? Isnin hantar kerja kalau ada mood. Balik dari kerja kau complaint sakit badan sebab main game.

“Kau marah saya kau bosan duduk rumah main game sahaja. Kau tak tahu malu ke? Bercakap sekarang macam rempit lagi menjawab netizen,” tulisnya.

Pachara Dedah Terpaksa Keluar Bekerja, Afiq Muiz Hanya Main Game di Rumah

Menurut Pachara lagi, dia menyesal menarik semula laporan polis terhadap Afiq berhubung kes dia dipukul kerana percaya pelakon itu akan berubah.

“Aku yang buang kau jauh-jauh lepas kau pukul aku dengan teruk selama berkahwin dengan kau. Kau memang tidak tahu erti kenang budi? Saya lepaskan kau tarik laporan polis lepas kau pukul saya teruk itu supaya kau boleh berubah. Saya ini bodoh-bodoh boleh terfikir kau akan berubah.

“Lelaki yang memukul perempuan adalah lelaki yang pengecut yang mahu menguasi perempuan. Cuba mana-mana lelaki nak pukul kau, kau lari pengecut!” tulisnya.

Pachara turut menyifatkan Afiq seorang lelaki yang pengecut serta tidak mengenang budi selepas apa yang dilakukannya meskipun dia pernah dipukul dengan suaminya itu.

Malah, Pachara turut mengatakan suaminya seperti iblis serta mempersoalkan turut mengapa Afiq takut untuk ke mahkamah dimana sudah masuk kali keenam pelakon itu tidak hadir.

Dalam pada itu, Pachara mengatakan dia berhak berbuat tuntutan fasakh selepas apa dilaluinya sepanjang berkahwin dengan Afiq.

“Ini hak saya untuk tuntut fasakh, patut dari dulu lagi saya buat. Netizen yang belum pernah mengalami tidak akan faham tapi bagi kaum wanita yang sudah pernah dipukul, dianiaya, dicurangi. Sengaja gantung tak bertali akan faham keadaan fizikal dan mental saya,” katanya.

Semalam, isteri kepada pelakon Afiq Muiz iaitu Pachara Apin membuat permohonan tuntutan fasakh terhadap suaminya selepas digantung tak bertali selama dua tahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dr Say Terkejut Wanita ‘Misteri’ Mengaku Isteri, Kirim Hadiah & Kad Cinta

GOLD

Tentang Filem Berdasarkan Kisah Benar GOLD Lakonan Jack Tan, Farid Kamil