Menerusi perkongsian di Insta Story, Aini berkata dia tidak berpuas hati apabila adik Shila iaitu Amir Shafiq memanggilnya dengan gelaran balaci ketika live semalam.
Kata Aini lagi, dia mengajak Shafiq untuk berjumpa namun lelaki itu hanya duduk di dalam rumah dan tidak keluar untuk berbincang.
Tambah Aini lagi, pada awalnya dia hanya diam namun tidak dapat menahan sabar apabila ibu mereka iaitu Fauziah Sarman menyebut nama ibunya.
Terdahulu, hangt diperkatakan kemelut adik-beradik itu apabila Shila mengakui mahu menjual rumah banglo yang didiami keluarga mereka untuk membeli rumah lebih selesa.
Namun, Shafiq mendakwa kakaknya itu mahu menjual rumah berkenaan kerana duit. Malah, Syada mendakwa telah dihalau keluar serta dilayan seperti haiwan jalanan.