in , ,

P.Radhi Jelmaan Aura P.Ramlee Dalam Lagu Hari Raya SALAM HARI RAYA

Setelah popular dengan lagu ‘cover’ Tiara dan Suatu Masa, kini penyanyi yang dikatakan mirip suara seniman agung kita, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu P.RADHI muncul dengan lagu hari raya ciptaan baru berjudul SALAM HARI RAYA.

Lagu ciptaan oleh komposer dan pemuzik AR Wanz dan lirik ditulis oleh Keon, menampakkan P.RADHI semakin menghampiri kesamaan dengung suaranya dengan seniman agung tanahair ini. 

P.RADHI yang merupakan penyanyi eksklusif di bawah syarikat rakaman Luncai Emas amat teruja mendapat lagu hari raya ciptaan baru. Sesuatu yang amat ditunggu olehnya kerana sebelum ini beliau menyanyikan lagu-lagu ‘cover’ sahaja.

Menurut P.RADHI, Alhamdulillah syukur, akhirnya release lagu original pertama saya dari Luncai Emas, iaitu lagu raya bertajuk “Salam Hari Raya” 

P.Radhi Jelmaan Aura P.Ramlee Dalam Lagu Hari Raya SALAM HARI RAYA

“Saya ingin mengucapkan terima kasih pada syarikat Luncai Emas kerana percaya pada saya membawa lagu tersebut dan juga terima kasih pada team yg menjayakan lagu raya ini. Tidak lupa juga, saya ingin berterima kasih kepada semua yang tidak henti-henti menyokong saya dan juga sentiasa di belakang saya. Lagu ini untuk anda, Terima kasih, Alhamdulillah.”

– P.RADHI

Setiap orang pasti ada makna Aidilfitri tersendiri. bagi P.RADHI, “Kisah raya masing-masing sememangnya berbeza. Ada yang sudah kurang teruja dengan raya selepas terbiasa dengan kehidupan pandemik, ada yang mula menyedari nikmat pulang ke kampung halaman, ada juga yang sudah kehilangan saudara terdekat,termasuk saya sebelum ini. Bagi saya raya tak seindah dulu, sebab ibu bapa sudah tiada.” Ujar P.RADHI.

“Tapi setelah menyanyikan lirik yang ditulis oleh abang Keon dan abang Wan tersebut, saya tersentap, kita perlu akur sebenarnya bahawa Aidilfitri ialah hari kemenangan dan hari kebesaran untuk umat Islam yang berjaya mengharungi dugaan Ramadan. Bagi saya aidilfitri juga dilihat sebagai cermin untuk kita menilai, ada kemajuankah dari segi kehidupan dan amalan sepanjang Ramadan. Jadi kita perlu meraikan aidilfitri dengan gembira. In shaa Allah”. – Tambah P.Radhi lagi.

Sementara itu, komposer AR Wanz atau nama sebenarnya Mohd Ridzuan Taib, idea lagu ini terhasil dari mimpi beliau kepada seniman agung P.Ramlee yang sedang mengalunkan sebuah irama sambil memetik gitar. Namun apabila AR Wanz tersedar, beliau tidak berapa dapat mengingatkan secara keseluruhan melodi di dalam mimpinya. Cuma beliau dipandu oleh sedikit saki baki ingatan dan terus melengkapkan melodi tersebut.

Mungkin atas kebiasaannya memainkan lagu-lagu allahyarham dalam banyak persembahan di luar membuatkannya bermimpi akan seniman agung kita ini. Wallahuallam. 

Menurut Keon pula, gaya lirik Salam Hari Raya ini lebih kepada gaya penulisan dan sebutan cara lama manakala inti maksudnya mengagungkan kebesaran Yang Maha Esa dan kemenangan kita melawan nafsu diri. 

“Itu yang lebih saya tekankan terhadap makna hari raya ini”, ujar Keon yang telah banyak menghasilkan lagu-lagu bercorak sebegini seperti Pertama Ramadhan Ini (Fotograf), Menyantun Kasih (Siti Nordiana) dan Kejoraku Bersatu (Search).

Lagu SALAM HARI RAYA sudah boleh distrim mulai 14 April ini di semua peranti seperti Apple Music, Joox, Spotify dan Itunes Store manakala sebuah video juga akan dilancarkan juga pada 14 April ini di youtube Luncai Emas.

Luncai Emas Sdn Bhd selaku syarikat yang mengedarkan single raya ini ke pasaran digital berharap karya ini dapat didedikasikan kepada orang ramai bersempena sambutan hari raya yang bakal menjelang dan juga dapat menarik minat para media diluar sana.

P.Radhi Jelmaan Aura P.Ramlee Dalam Lagu Hari Raya SALAM HARI RAYA

Luncai Emas Sdn Bhd

SALAM HARI RAYA

P. Radhi 

Bergema Takbir

Di Hening Pagi Syawal

Sayu Menyentuh Hati

Mendengarnya

Ku Lihat Langit

Semakin Bersinar Cahaya

Ku Rasa Bersyukur

Dapat Nikmat Hari Raya

Hari Mulia

Hari Menang Kita

Tertewas Nafsu Diri

Kita Rai Di Aidilfitri

Salam Hari Raya

Segala Puji Maha Esa

Ampun Dipinta

Hari Mulia

Bersihkan Lah Diri

Zahir Dan Batin Terpuji

Semoga Kita Di Dalam

Restu Illahi

Artis : P.Radhi

Lagu : AR Wanz

Lirik : Keon

Hakcipta lagu/ Lirik : Luncai Emas Sdn Bhd

P2023 LUNCAI EMAS SDN BHD

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HONOR Lancar Anugerah Magic Moments 2023, Hadiah Bernilai USD110,000 

HAFIDZ ROSHDI

Isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Dedah Sedang Hamil Anak Ketiga