PENGHUJUNG KASIH AYAH
9 DISEMBER 2008
JAM 3.05 PETANG
RTM1
PELAKON : OZLYNN WATI, FAIZAL YUSUF, AH CONG (FAUZI MANAT) DAN ADDY ASHRAFF
SINOPSIS
BUDRI berkerja untuk membantu keluarganya telah berkahwin atas kehendak keluarga dengan sepupunya (Zaleha) yang lebih tua darinya dan mengalami kecacatan anggota kerana kemalangan jalanraya. Perkahwinan atas pintaan keluarga, tambahan pula mengenangkan jasa ayah Zaleha yang mencarikan pekerjaan baik untuk Budri sebagai kerani di sebuah pejabat syarikat rakan ayah Zaleha. Walaupun pada ketika itu Budri mempunyai seorang kekasih sejak di bangku sekolah menengah bernama Rahmah.
Rahmah meneruskan pembelajaran. Sementara Budri hidup bersama Zaleha mendapat dua orang anak (Shahrul dan Rosiah) yang diharapkan oleh keluarganya berjaya dalam pelajaran dan mendapat kehidupan yang baik di masa akan datang.
Dalam waktu mendidik anak-anaknya Budri kehilangan Zaleha yang meninggalkannya. Meninggal dunia kerana penyakit kanser. Budri menjadi bapa tunggal yang sibuk dengan pekerjaanya di pejabat dan menguruskan keluarga.
Ketika anak-anaknya bersekolah menengah Budri telah bertemu dengan Rahmah yang menjadi pengetua baru tempat anak-anaknya belajar. Jalinan dua orang kekasih ini kembali mesra kerana Rahmah mengharapkan dulu supaya cinta mereka tidak putus walaupun Budri tidak melanjutkan pelajaran sepertinya.
Rahmah melayan anak-anak Budri dengan mesra. Hajat Rahmah dengan Budri untuk mendirikan rumahtangga tidak direstui oleh anak-anak mereka kerana takut dengan beribu tiri seperti ditonjolkan oleh cerita-cerita rakyat dan media umum tentang kejahatan ibu tiri dan penderitaan anak-anak tiri.
Walaupun Budri dengan Zaleha tidak berkahwin tetapi mereka tetap rapat dan sentiasa ambil tahu hal masing-masing hingga ke usia yang tua dimana anak-anak Budri sudah berkahwin kedua-duanya dan mempunyai anak dengan pekerjaan yang baik disamping masih mahu meneruskan pelajaran untuk mendapat kedudukan lebih tinggi.
Dalam usia yang tua dan uzur, Budri tinggal di kampung seorang diri. Dia tidak mahu meninggalkan kampung dan rumahnya untuk tinggal bersama anak-anaknya di Kuala Lumpur.
Rahmah yang selalu mengunjungi Budri diminta oleh anak menantu Budri supaya berkahwin dengan Budri. Bagaimana pun Budri menolak kerana usia yang telah tua ditambah dengan keuzuran tidak ada ertinya lagi dan tidak mahu membebankan sesiapa.
Akhirnya Budri meninggal dunia di atas pangkuan Rahmah yang tidak dikahwininya tetapi menjadi teman berbual masa-masa tertentu. Rahmah menyatakan kepada anak-anak Budri bahawa ayah mereka tidak pernah menyentuh tubuh bandannya walaupun mereka berkawan rapat. Rahmah juga bersedia menjadi tempat anak-anak Budri meminta nasihat.