in

OREO Lancar Kempen Ucapkan Untuk Ayah

OREO MEMBERI PENGHARGAAN KEPADA PARA BAPA
Biskut Kegemaran Dunia Menyelami Pelbagai Aspek Kebapaan

Tukang serba-boleh, pelindung, pencari rezeki, penghibur, wira – peranan dan tanggungjawab bapa zaman kini semakin mencabar. Demi menghargai golongan bapa dan peranan penting yang dimainkan oleh mereka dalam keluarga serta masyarakat, Oreo memberi penghargaan kepada para bapa di Malaysia dengan kempen Oreo ‘Ucapkan untuk Ayah’ untuk menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua bapa, bapa saudara, datuk, abang dan semua kaum lelaki yang menjalankan tanggungjawab sebagai bapa.

Harith Iskandar

Sebagai persiapan sempena sambutan Hari Bapa serta pelancaran kempen ini, Oreo menganjurkan suatu sesi bual-bicara bersama panel para bapa Malaysia yang terkemuka termasuk Harith Iskandar, pelakon dan pelawak; Seelan Paul, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Radio Networks; Dr. Richard Ong, pakar pendidikan awal dan Ketua Pegawai Eksekutif serta pengasas Smart Reader® Sdn Bhd; dan Sunil Sethi, Pengarah Urusan Kraft Foods Malaysia.

Pada sesi bual bicara yang dipengerusi oleh Dr. Goh Chee Leong, pakar psikologi terkemuka di Asia, panel bapa tersebut berkongsi pengalaman peribadi mereka sebagai bapa dan membincangkan bagaimana peranan mereka telah berubah sejak bergelar ayah. Melalui perbincangan mengenai cara mengimbangi waktu kerja dengan masa untuk keluarga dan aktiviti kegemaran anak-anak, para bapa turut berkongsi betapa pentingnya menghabiskan masa bersama anak tersayang. Menurut keputusan “Global Spirit of Childhood Report” Oreo dan Ipsos yang diumumkan pada Februari 2012, 48% ibubapa Malaysia masa kini berasa bahawa mereka kurang menghabiskan masa bersama anak-anak berbanding zaman ibubapa mereka. Fakta ini dikenalpasti sebagai kebimbangan utama para bapa zaman moden ini.

Harith Iskandar

Sunil Sethi, Pengarah Urusan, Kraft Foods Malaysia, berkata, “Para bapa memainkan peranan yang semakin meluas dalam perkembangan dan pembesaran anak-anak berbanding zaman dahulu. Justeru itu, para bapa harus dihargai kerana menjadi pemimpin dan punca harapan serta kebijaksanaan untuk keluarga. Oreo berbesar hati kerana berjaya menjadi punca inspirasi saat-saat seronok antara ibubapa dan anak-anak. 92% daripada ibubapa Malaysia yang disoal selidik dalam ‘Global Spirit of Childhood Report’ Oreo dan Ipsos bersetuju bahawa inilah perkara yang paling penting untuk mereka. Untuk menyambut acara istimewa ini, Oreo ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa dan terima kasih atas segala pengorbanan bapa.”

Untuk menghargai para bapa, Oreo ingin mengajak semua rakyat Malaysia melafazkan kasih sayang kepada bapa mereka dengan menyatakan ucapan untuk bapa mereka dalam kempen Oreo ‘Ucapkan untuk Ayah’ dari Jun 4 ke Julai 31, 2012. 100 ucapan yang paling menyentuh hati akan memenangi hadiah menarik bersama keluarga termasuk percutian istimewa ke Disney World Amerika Syarikat dan New York, Disneyland Hong Kong, Pulau Pinang dan lain-lain lagi!

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan Oreo ‘Ucapkan untuk Ayah’ dan cara penyertaan, sila layari www.oreo.com.my hari ini.

Harith Iskandar

Harith Iskandar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jadual Rakaman Konsert ROOFTOP NTV7

Senarai Pemenang DiGi WWWoW 2012 Awards