OREO, biskut kegemaran dunia keluaran Mondelēz International, bekerjasama dengan kumpulan penyanyi wanita mega Korea Selatan iaitu BLACKPINK untuk satu kolaborasi kreatif OREO x BLACKPINK.
Peminat biskut Oreo sandwic yang ikonik dan peminat BLACKPINK (BLINKs) boleh menantikan produk yang ditempah khas serta rangkaian aktiviti dan penglibatan merentas platform di Indonesia, Filipina, Thailand, Malaysia, Singapura, Vietnam, dan Korea Selatan pada tahun 2023.
“Kami sangat teruja untuk mengumumkan kerjasama terbesar Oreo dan BLACKPINK di Asia. Muzik merupakan titik keseronokan utama dan platform yang hebat untuk mencetuskan hubungan erat dengan pengguna kami.
Sepanjang dekad lalu, kita telah melihat peningkatan besar K-pop dan pengaruhnya yang meluas terhadap budaya Asia. BLACKPINK berada di barisan hadapan dan merupakan salah satu ikon terbesar generasi ini.
Kami tidak sabar untuk membawa jutaan peminat Oreo dan BLINK bersama-sama mencipta detik yang berharga ini. Kami berharap semangat Oreo x BLACKPINK akan memberi inspirasi kepada pengguna untuk Kekal Bergembira.
Sertai aktiviti menarik dan teruskan menonton ruang ini kerana ada lebih banyak lagi yang menanti!†kata Vikram Chandratrey, Ketua Pemasaran, Oreo SEA & Indonesia, MondelÄ“z International.Â
Kerjasama OREO x BLACKPINK akan dilancarkan di seluruh pasaran utama secara berturut-turut dan menampilkan dua varian tersendiri yang diinspirasikan oleh BLACKPINK.
Produk ini akan memasuki rak peruncitan utama serta saluran e-dagang mulai awal 2023 untuk masa yang terhad sahaja.Â
Butiran aktiviti dan peraduan khas OREO x BLACKPINK untuk peminat akan diumumkan tidak lama lagi. Pengumpul memorabilia BLACKPINK boleh menantikan koleksi baharu untuk menambah koleksi mereka.
Dengan gabungan peminat ini, OREO x BLACKPINK bersedia untuk menyertai balai kemasyhuran kolaborasi.
Kejayaan OREO sebelum ini yang pernah bekerjasama dengan bintang-bintang terkemuka dalam bidang hiburan termasuk OREO x Lady Gaga, kempen yang dijalankan di A.S., Kanada dan Eropah pada tahun 2021. OREO x BLACKPINK adalah eksklusif untuk pasaran Asia.