in

OPPO Malaysia Melancarkan R15 Pro

OPPO Malaysia Melancarkan R15 Pro, yang mempunyai Dwi-Kamera belakang A.I.

OPPO bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi tempatan memasarkan R15 Pro, telefon pintar yang menonjolkan paparan skrin terluas serta kamera AI yang ditambah-baik dengan reka bentuk tercanggih.

OPPO Malaysia Melancarkan R15 Pro

24 Mei 2018, Kuala Lumpur- OPPO, salah sebuah jenama telefon pintar terkemuka dunia telah membuat kemunculan semula OPPO R15 Pro, jenama yang diiktiraf di peringkat antarabangsa,dengan menawarkan pelbagai pilihan kepada O-fans di Malaysia. Bersama Celcom, OPPO telah melancarkan penampilan sulung R15 Pro baru yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada 24 Mei 2018 bagi menandakan peristiwa bersejarah ini.

OPPO Malaysia Melancarkan R15 Pro

William Fang, Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Malaysia berkata, “Selama ini kami tahu ada permintaan tinggi terhadap ciri dan spesifikasi tertentu seperti kamera belakang yang berkualiti tinggi dan reka bentuk telefon yang lebih menarik dan bergaya, oleh itu kami bawakan R15 Pro, kombinasi kedua-duanya ke pasaran ini bagi memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai. OPPO Malaysia sentiasa memberi tumpuan kepada apa yang dikehendaki oleh golongan muda dan terus mengikuti trend terbaru yang muncul di seluruh dunia,selain menawarkan peningkatan yang hebat bagi memenuhi dan melangkaui jangkaan serta pengalaman pengguna. ”

Beliau menambah, “Syarikat telekomunikasi adalah platform yang semakin berkembang dan berdayasaing bagi pembelian telefon pintar pada tahun-tahun kebelakangan ini, di mana ramai pengguna telah memilih kaedah pembelian dengan mengambil pakej telekomunikasi. Kami dan rakan telekomunikasi kami bekerjasama menawarkan pilihan pembelian alternatif kepada pengguna. Bersama-sama, kami akan membangun dan berkembang untuk menawarkan inovasi telefon pintar terkini dan akan sentiasa meningkatkan pengalaman pengguna ke pasaran, ”

Hadir bersama OPPO Malaysia semasa majlis pelancaran R15 Pro, ketua khidmat dan pengalaman pelanggan Celcom, Rene Werner mengulas, “Misteri, Megah dan Mengagumkan adalah apa yang saya dapat gambarkan mengenai pelancaran terbaru OPPO R15 Pro dan kami berasa bangga dan terharu dapat bekerjasama dengan OPPO R15 Pro bagi berkongsi sebahagian daripada usaha mencapai kecemerlangan ini dengan semua pelanggan setia kami. Kami kagum dengan ciri kamera yang hebat ini dan kami pasti R15 Pro akan melangkah jangkaan pengguna. Kami telah bekerjasama dengan OPPO sejak OPPO masuk ke pasaran Malaysia dan OPPO telah Berjaya menjadi jenama yang sangat hebat dan popular di Malaysia. Mereka telah membuat pencapaian yang luar biasa seperti pelancaran F7 baru-baru ini dengan mengungguli jualan telefon terbaik di kedai Celcom semasa minggu pertama jualan. Selain itu, Celcom juga komited untuk menyediakan pelbagai platform bagi pengguna memiliki telefon pintar berteknologi terkini serta membawakan pengalaman digital yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Oleh itu, kerjasama ini amat bermakna kepada Celcom kerana kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama bagi memenuhi permintaan komuniti pengguna dan meneroka teknologi generasi baru. ”

Dengan harga RM2,399, Pra-pesanan OPPO R15 Pro boleh dibuat antara haribulan 25 Mei 2018 hingga 31 Mei 2018. Pra-pesanan boleh dibuat di setiap OPPO Concept Store, di platform rakan kongsi telekomunikasi, Celcom atau di kedai rantaian rakan kongsi OPPO, SengHeng dan SenQ. Pengguna juga boleh membuat tempahan atas talian di laman rasmi OPPO serta e-dagang rasmi seperti Shopee, Lazada dan 11Street Malaysia. Sebagai tanda penghargaan kepada O-fans, setiap pra-pesanan yang dibuat akan diberi hadiah percuma. Hadiah pra-pesanan hanya boleh ditebus pada hari pertama jualan sahaja. Tarikh pembuka-jualan di seluruh Malaysia akan bermula pada 1 Jun 2018, kecuali KLCC Flagship Store di mana pengguna boleh mendapatkan OPPO R15 Pro mereka lebih awal iaitu dari haribulan 29 Mei 2018 serta hadiah percuma juga boleh ditebus pada tarikh 29 Mei 2018 tersebut.

OPPO Malaysia Melancarkan R15 Pro

Sebagai jenama telefon pintar yang semakin popular dalam kalangan generasi muda, OPPO mengambil kira citarasa mereka dalam fesyen dan stail untuk menghasilkan reka bentuk produk dengan tarikan yang menakjubkan dan kali ini OPPO bekerjasama dengan pereka terkenal di antarabangsa Karim Rashid untuk mencipta dua warna bergaya bagi OPPO R15 Pro iaitu Cosmic Purple dan Ruby Red. Warna Cosmic Purple dan Ruby Red dicipta menggunakan bingkai aluminium dengan kaca yang lebih telus dalam reka bentuk kecerunan baru, yang membolehkan cahaya dan bayangan memainkan warna sambil mencipta idea kreatif yang tidak terbatas kepada pengguna. Reka bentuk warna ethereal OPPO R15 Pro ini mencerminkan kedua-dua rekaan dan pandangan OPPO mengenai apakah yang menjadi tarikan estetika kepada pengguna generasi muda di seluruh dunia.

OPPO Malaysia Melancarkan R15 Pro

Satu lagi peningkatan ciri reka bentuk yang menonjol dalam model ini ialah Super Full Screen. OPPO R15 Pro menawarkan skrin bezeless 6.28 inci dengan resolusi 2280×1080 dan nisbah aspek 19:9, nisbah skrin-ke-badan yang sangat tinggi. Super Full Skrin OPPO bukan sahaja berpaparan takuk tetapi dengan peningkatan fungsi pelbagai tugasan siap sedia yang disesuaikan dan pengoptimuman sistem yang mendalam berdasarkan ColorOS 5.0. Bingkai kiri dan kanan yang sempit boleh memberikan pintasan notifikasi mudah kepada pelbagai fungsi dan aplikasi pihak ketiga. Dengan operasi gerak isyarat dan pelbagai tugasan skrin penuh, OPPO R15 Pro menawarkan pengalaman skrin yang tiada tolok bandingnya.

Ray Wong, Pakar Produk OPPO R15 Pro berkata, “Prestasi dan ciri-ciri kamera telefon pintar serta penampilannya yang baik adalah salah satu pertimbangan utama bagi seseorang individu sebelum membeli sesebuah telefon baru. OPPO R15 Pro direka khusus dengan bukan hanya kamera depan dan belakang yang berkuasa tetapi penampilan yang bergaya dan estetik yang akan menjadi perhiasan peribadi. Warna misteri dan canggih ini bergabung bagi menghasilkan reka bentuk yang lebih menarik perhatian daripada kebanyakan telefon lain di pasaran hari ini “.

OPPO Malaysia Melancarkan R15 Pro

Legasi fotografi OPPO yang hebat juga dipertingkatkan lagi dalam OPPO R15 Pro. OPPO R15 Pro terus meningkatkan had kelestarian fotografinya, dengan memaparkan bukan sahaja dwi kamera belakang 16MP+20MP, bersama-sama dengan pengenalan senario yang dinaiktaraf berdasarkan teknologi AI yang dipertingkatkan, tetapi ia juga menjadi telefon pintar pertama untuk mengadopsi sensor SONY IMX519 bagi menghasilkan kesan medan kedalaman yang luar biasa. Sementara itu, OPPO R15 Pro kini boleh mengumpulkan 296 titik ciri wajah manusia dengan tepat dan menyokong pelbagai ciri kamera seperti Teknologi Kecantikan AI dan Pelekat AR. Di samping itu, teknologi ‘Sensor-HDR’ yang dicipta semula secara dramatik meningkatkan cahaya belakang Swafoto selain membolehkan pengguna menyemak kesan langsung pendedahan dinamik yang tinggi dengan masa-sebenar.

Bercakap mengenai perkakasan, OPPO R15 Pro telah memberikan tumpuan kepada peningkatan memori dan ruang simpanannya. Telefon pintar prestasi berkuasa ini dilengkapi dengan 6GB RAM dan 128GB ROM, di mana pengguna boleh menyimpan lebih daripada 20,000 foto saiz standard dan menggunakan apa-apa aplikasi dengan lancar tanpa gangguan kelajuan, Di samping itu, R15 Pro mempunyai kapasiti bateri 3,430 mAh yang disokong dengan teknologi Pengecas Flash VOOC yang terkenal. R15 Pro kini dilengkapi dengan cip NFC yang mampu membuat pembayaran lebih mudah alih dan tanpa sebarang kerumitan, sama ada pembayaran menggunakan Android Pay, kad bank, atau kad pengangkutan.

OPPO Malaysia Melancarkan R15 Pro

Dalam tempoh 2 tahun yang lepas, siri OPPO R telah memecahkan rekod jualan dalam pelbagai pasaran. Menurut IDC, jualan 2017 OPPO telah meningkat sebanyak 12% berbanding tahun 2016, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai pembuat telefon pintar No.4 di seluruh dunia. Seperti yang diberitahu kepada pihak media semasa taklimat media di Beijing, OPPO menyifatkan pertumbuhan berterusan ini disebabkan pematuhan matlamat awal jenama; menjadikannya produk terbaik untuk pengguna generasi muda.

Semasa taklimat media, Pengurus Produk OPPO berkongsi pandangan syarikat mengenai pengalaman masa depan teknologi telefon pintar

Bermula dengan pembangunan OPPO pada tahun 2018, OPPO sentiasa berusaha untuk menempa kejayaan berterusan yang merangkumi empat bidang; inovasi teknologi, menaik taraf jenama, pengedaran pasaran, dan produk. Untuk menguatkan lagi komitmennya terhadap R&D, OPPO akan terus menubuhkan sebuah institut penyelidikan yang akan mempunyai enam pusat penyelidikan, bagi mempercepatkan pembangunan teknologi-teknologi utama. OPPO akan terus menyelam lebih mendalam ke pasaran matang dan baru, dari pengoptimuman untuk pengalaman pengguna tempatan sehingga ke daya saing global penciptaan produk.

OPPO Malaysia Melancarkan R15 Pro

Pada awal tahun ini, OPPO mengumumkan pusat R&D globalnya dimajlis pelancaran di Jepun.

Dalam era perubahan pesat industri telefon mudah alih, perjalanan transformasi OPPO telah bermula. Berikutan taklimat media tema Gradien dan Transformasi, pelepasan siri R15 bukan sahaja merupakan lebaran terkini strategi inovasi produk OPPO, tetapi juga permulaan perubahan sebagai pembuat telefon pintar keempat terbesar dunia menggambarkan semula jenamanya sebagai zaman ‘pasca telefon pintar ‘.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
OPPO Official Website: http://www.oppo.com/
OPPO Official Online Store: http://www.oppostore.com.my/
OPPO Official Facebook Page: https://www.facebook.com/malaysiaoppo/

OPPO Malaysia Melancarkan R15 Pro

OPPO Malaysia Melancarkan R15 Pro

OPPO Malaysia Melancarkan R15 Pro

OPPO Malaysia Melancarkan R15 Pro

OPPO Malaysia Melancarkan R15 Pro

OPPO Malaysia Melancarkan R15 Pro

OPPO Malaysia Melancarkan R15 Pro

OPPO Malaysia Melancarkan R15 Pro

OPPO Malaysia Melancarkan R15 Pro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Difitnah Punca Nazim & Bella Cerai, Ini Jawapan Elfira Loy

Shopee Perkenal Skuad Selebriti Shopee Yang Baharu