in , ,

OPPO Pad Air 2 Dilancar, Helio G99 & Skrin LCD 11.35 Bermula RM857

Tablet itu telah diperkenalkan bersama telefon pintar OPPO Reno 11 dan Reno 11 Pro dan telah pun dikeluarkan secara global sebagai OnePlus Pad Go.

OPPO Pad Air 2 menampilkan paparan LCD 11.35 inci dengan resolusi 2408 x 1720 piksel (2.4K) dan 260 PPI. Skrin ini menawarkan sehingga kadar penyegaran 90Hz, kadar pensampelan sentuhan 180Hz dan tahap kecerahan puncak 400 nits.

OPPO Pad Air 2 Dilancar, Helio G99 dan skrin LCD 11.35 bermula RM857

Ia dikuasakan oleh cipset MediaTek Helio G99 yang dipasangkan dengan RAM LPDDR4x, storan UFS 2.2 dan menggunakan sistem operasi ColorOS 13.2 berdasarkan Android 13. Kamera belakang dan hadapannya membawa sensor 8MP, dilengkapi empat pembesar suara stereo dengan sokongan Dolby Atmos. Baterinya berkapasiti 8,000mAh dan membawa sokongan pengecasan SuperVOOC 33W.

OPPO Pad Air 2 Dilancar, Helio G99 & Skrin LCD 11.35 Bermula RM857

Pilihan sambungan pada tablet termasuk WiFi dwi-jalur, Bluetooth 5.2 dan USB Type-C. Terdapat dua warna pilihan iaitu Space Grey dan Streamer Silver.

OPPO Pad Air 2 Dilancar, Helio G99 dan skrin LCD 11.35 bermula RM857

Berikut adalah varian memori dan harganya:

6GB + 128GB – CNY1,299 (~RM857)

8GB + 128GB – CNY1,499 (~RM989)

8GB + 256GB – CNY1,699 (~RM1121)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

19 Usahawan Desa Capai Jualan Lebih RM1 Juta Dalam Tempoh 12 Bulan

DOLLA

DOLLA Lancar Album New Classic Gabung Muzik Dance-Pop & R&B