OPPO memperkenalkan OPPO Pad 3 Matte Display Edition, tablet generasi baharu yang menggabungkan teknologi AI canggih, paparan anti-reflektif unggul, dan rekaan tahan lasak yang memukau. Direka khas untuk memenuhi keperluan pengguna yang mengutamakan produktiviti dan hiburan, OPPO Pad 3 Matte Display Edition menetapkan penanda aras baharu dalam dunia teknologi tablet.
Paparan Anti-Reflektif dengan Pengalaman Seperti Kertas
Salah satu keistimewaan OPPO Pad 3 Matte Display Edition ialah paparan anti-reflektif bertekstur nano yang memberikan pengalaman seakan membaca di atas kertas. Dengan ketebalan hanya 6.29mm, ia merupakan tablet paling nipis yang pernah dikeluarkan oleh OPPO. Teknologi nano-level anti-reflective etching yang digunakan mampu mengurangkan silau sehingga 97%, menjadikan tablet ini ideal untuk digunakan di bawah cahaya terang seperti di luar rumah.
Lebih daripada itu, paparan ini mesra mata kerana dilengkapi teknologi penapis cahaya biru dan kawalan malap seperti DC dimming bagi mengurangkan ketegangan mata. Keunggulan teknologi ini membolehkan OPPO Pad 3 Matte Display Edition memperoleh pensijilan TÜV Rheinland Intelligent Eye Care 3.0 dan Reflection Free Certification, menandakan keupayaannya melindungi mata pengguna sambil memberikan pengalaman visual yang mengagumkan.
Kuasa AI Hebat dengan MediaTek Dimensity 8350
Tablet ini dikuasakan oleh platform MediaTek Dimensity 8350 4nm, menawarkan prestasi yang mantap untuk keperluan kerja, permainan, dan hiburan. Cip ini dilengkapi dengan APU 780 yang direka khas untuk operasi generatif AI. Dibangunkan hasil kerjasama OPPO dan MediaTek, ia mampu memberikan prestasi AI 3.3 kali ganda lebih tinggi dan menyokong operasi generatif AI sehingga 8 kali lebih pantas, membolehkan ciri pintar dijalankan dengan cekap tanpa memerlukan sambungan awan.
Produktiviti Diperkasa dengan Ciri AI Pintar
Dengan kuasa MediaTek Dimensity 8350, OPPO Pad 3 Matte Display Edition dilengkapi pelbagai ciri produktiviti berasaskan AI seperti AI Intelligent Document:
- Document Summary: Meringkaskan dokumen panjang kepada gambaran keseluruhan atau poin utama dengan satu klik sahaja.
- AI Rewrite: Membantu mengedit teks dengan enam pilihan seperti penambahbaikan gaya, pengembangan, pemendekan, dan penukaran gaya (santai atau formal).
- Document Translation: Menterjemah teks dalam dokumen dengan tepat tanpa mengubah format asal untuk rujukan mudah.
Selain itu, AI Toolbox 2.0 menyediakan sokongan AI untuk ringkasan kandungan masa nyata, terjemahan segera, dan balasan mesej khusus bagi memudahkan tugasan harian di media sosial dan aplikasi kerja.
Pengalaman Multitasking yang Lebih Lancar
Ciri Boundless View membolehkan sehingga tiga aplikasi dijalankan serentak dalam mod skrin belah. Pengguna boleh memilih susunan skrin seperti belahan menegak tiga bahagian atau dua bahagian di atas dan satu di bawah. Dengan fungsi seret dan lepas yang lancar, pengguna boleh memindahkan fail antara aplikasi, menyemak maklumat silang, dan bertukar aplikasi hanya dengan satu sapuan.
Kesalinghubungan Antara Peranti Tanpa Gangguan
OPPO Pad 3 Matte Display Edition menawarkan ekosistem yang lebih bersatu dengan keupayaan perkongsian rentas platform. Tablet ini merupakan tablet Android pertama yang menyokong perkongsian fail lancar dengan peranti iPhone dan iPad. Melalui O+ Connect, pengguna boleh memindahkan imej, video, dan dokumen dengan mudah seperti ciri asli peranti tersebut.
Pengguna juga boleh menggunakan akaun OPPO yang sama untuk menyegerakkan panggilan, mesej, dan fail secara automatik antara telefon pintar dan tablet. Ciri Auto Connect dan Content Sync membolehkan foto, video, dan notifikasi diselaraskan secara automatik, memberi pengalaman lebih efisien.
Hiburan Imersif dengan Teknologi AI dan Audio Berkualiti Tinggi
Bagi peminat permainan video dan hiburan, OPPO Pad 3 Matte Display Edition dilengkapi AI HyperBoost yang memastikan permainan berjalan lancar tanpa gangguan. Teknologi MediaTek Adaptive Gaming pula mengesan beban prestasi tinggi dan mengagihkan sumber dengan cekap untuk mengekalkan kadar bingkai yang stabil sambil mengoptimumkan penggunaan tenaga.
Untuk peminat fotografi, ciri AI Photo Remaster mampu meningkatkan kualiti gambar dengan membetulkan kekaburan, memperbaiki kejelasan, dan menghapuskan pantulan atau gangguan secara automatik.
Dari segi audio, tablet ini menyokong Holo Audio 2.0 yang menghasilkan sehingga 12 objek bunyi yang dimainkan secara bebas, mencipta pengalaman audio setaraf konsert. Pensijilan Hi-Res Audio untuk penggunaan berwayar dan tanpa wayar memastikan audio yang mantap dan memuaskan.
Prestasi Lancar dan Ketahanan Luar Biasa
OPPO Pad 3 Matte Display Edition adalah tablet pertama di dunia yang lulus Pensijilan Kelas A Fluency TÜV SÜD untuk 60 bulan, menjamin kelancaran penggunaan walaupun selepas lima tahun penggunaan intensif. Sistem ColorOS 15 pada tablet ini menggabungkan Dual-Engine Fluency Technology yang terdiri daripada Trinity Engine dan Luminous Rendering Engine, memastikan animasi kekal lancar dan operasi pantas.
Tablet ini juga dilengkapi bateri besar 9520mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W SUPERVOOC™ Flash Charge. Dengan sekali cas, pengguna boleh menikmati penggunaan sepanjang hari dan kembali bertenaga dalam masa yang singkat.
Aksesori Canggih untuk Produktiviti Lebih Tinggi
Bagi meningkatkan produktiviti, OPPO menawarkan OPPO Pencil 2 dan OPPO Pad 3 Smart Keyboard. OPPO Pencil 2 memberikan pengalaman menulis bebas lag seperti menggunakan pen di atas kertas. OPPO Pad 3 Smart Keyboard pula dilengkapi kekunci multifungsi setaraf PC dan kekunci AI khas untuk memudahkan multitasking. Aksesori ini turut menyokong ciri Touch to Share yang membolehkan perkongsian fail dan pencerminan skrin dilakukan dengan mudah.
Harga dan Ketersediaan
OPPO Pad 3 Matte Display Edition (8GB+256GB) kini dijual pada harga RM1,999. Aksesori tambahan seperti OPPO Pad 3 Smart Case berharga RM149, OPPO Pencil 2 pada RM399, dan OPPO Pad 3 Smart Keyboard pada RM499.
Sempena promosi khas, pembelian OPPO Pad 3 Matte Display Edition akan disertakan OPPO Pad 3 Smart Keyboard secara percuma, bersama diskaun RM200 untuk pembelian OPPO Pencil 2 apabila dibeli sekali. Promosi sah dari 7 Januari hingga 28 Februari 2025, selagi stok masih ada.
Produk ini boleh didapati di OPPO Brand Stores, My OPPO Space, pengedar sah OPPO, dan platform e-dagang rasmi seperti Lazada, Shopee, TikTok Shop, serta OPPO E-store.
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.oppo.com/my/accessories/oppo-pad-3-matte-display-edition/.
Apa Kata Budiey?
OPPO Pad 3 Matte Display Edition membuktikan bahawa tablet bukan sekadar alat hiburan, tetapi juga alat produktiviti yang mampu memudahkan kerja harian. Dengan gabungan paparan mesra mata, prestasi AI pintar, dan daya tahan tinggi, ia sesuai untuk pelajar, profesional, dan peminat teknologi. Sekiranya anda mencari tablet serba boleh dengan prestasi cemerlang, OPPO Pad 3 Matte Display Edition sememangnya pilihan yang patut dipertimbangkan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memiliki tablet pintar yang memenuhi keperluan gaya hidup moden ini!