Selepas 17 tahun, perkahwinan pelakon dan pengarah Opie Zami dan isterinya menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini sebentar tadi. Opie atau nama sebenarnya Mohamad Soupi Zami yang melafazkan perceraian itu di Lafaz cerai itu dibuat, Opie, atau nama sebenarnya Mohamad Saufi Zami, 46, terhadap Zamzarina Mohamed,43, di hadapan Hakim Syarie Ahmad Mahir Zanial mengakui redha dan memenuhi permintaan Zamzarina yang menuntut cerai.
“Saya hormat dengan permintaan isteri dan reda terhadap ketentuan ini. Isteri saya tak salah, saya yang gagal membentuknya menjadi isteri mithali.
“Isteri saya bagus dan seorang ibu yang baik. Bagaimanapun, punca perceraian terlalu peribadi untuk saya kongsikan,”
– Opie Zami
Ketika lafaz cerai dibuat pada pukul 10.47 pagi, Opie dilihat mengalir air mata kerana terlalu sebak.
Sementara itu, Zamzarina selaku plaintif yang diwakili peguam Azmanira Ismail @ Zanudin mendedahkan dia sudah memfailkan cerai terhadap Opie selaku defendan pada 16 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
“Kemelut rumah tangga kami sebenarnya sudah bermasalah sejak 10 tahun yang lalu. Ini bukan pertama kali saya pergi ke mahkamah.
“Sebenarnya sudah tiga kali saya turun naik mahkamah. Selepas ini, saya akan uruskan hak penjagaan anak-anak dan tuntutan nafkah.
– Opie Zami
Selepas mendengar lafaz cerai itu, Ahmad Mahir kemudian merekodkan berlaku perceraian talak satu dan memerintahkan Zamzarina menjalani tempoh edah selama tiga bulan. Opie juga diperintah perlu mendaftarkan perceraian mereka dan sijil nikah dibatalkan.
Sementara itu Opie, yang ditemui diluar mahkamah selepas prosiding berkata masalah rumah tangga dia dan isterinya sudah lama berlaku.
Namun menurut Opie terlalu peribadi untuk dikongsi dan hanya mengharapkan agar penceraian ini merupakan keputusan yang baik antara kedua-dua belah pihak.
“Dalam situasi ini (penceraian) isteri saya tidak salah tapi saya yang salah kerana gagal membentuk isteri menjadi mithali. Lepas ini saya akan uruskan hak penjagaan anak-anak dan tuntutan nafkah,” katanya.
Dalam pada itu, Zamzarina ketika ditemui berkata, dia mengakui yang kemelut rumah tanggannya sudah berlaku sejak 10 tahun yang lalu.
“Selepas ini saya akan menguruskan tuntutan nafkah anak-anak,” katanya.
Zamzarina selaku plaintif memfailkan penceraian terhadap Opie selaku defendan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada 16 Mac lalu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2003 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Ammar Shah Saidi,15, Aliff Shah Syedi,13, dan Arrif Shah Saidi, 8,.
Dalam prosiding itu, Zamzarina diwakili peguam syarie Azmanira Ismail @ Zanudin manakala Opie tidak diwakili peguam.