Malangnya, saya tak dapat ke sana kerana kesuntukan masa. Minta maaf kepada penganjur. Kadangkala masa memang tidak mengizinkan. Jadi, telan air liur sahaja.
Tidak mengapa, saya rasa peluang masih ada untuk menonton filem aksi lanun Jack Sparrow lakonan Johnny Depp ini. Saya rasa bertuah sebab dijemput secara eksklusif oleh NuffNang untuk tayangan Malam Pembukaan filem blockbuster itu yang dianjurkan pada 24 Mei ini di Cathay Cineplex Cineleisure Damansara. Sebanyak 250 tiket diedarkan untuk penulis blog yang mengaktifkan iklan dari Nuffnang. Dengar ceritanya, selebriti blogger hiburan dan politik semasa juga ada di sana nanti untuk memeriahkan suasana.
Pembaca yang memakai pakaian tema akan berpeluang memenangi hadiah percutian 3 hari ke Singapura. Wow! Welcome to Singapore kata dia. Yang paling penting event tayangan Malam Pembukaan Pirates of the Caribbean: At World’s End akan mencatatkan satu sejarah di mana ianya akan menjadi satu event bagi penulis blog paling besar pernah diadakan dalam sejarah Malaysian Blogosphere. Tahniah saya ucapkan kepada Timothy Tiah & geng! You all memang rawk habis lah!
Untuk pengetahuan, Nuffnang Ads ialah sebuah komuniti agensi pengiklanan yang dikendalikan oleh Timothy Tiah Ewe Tiam and Cheo Ming Shen. Semua blogger yang mendaftar berpeluang mendapat habuan berupa wang ringgit hasil daripada pengiklanan di blog mereka. Jadi, kepada anda, daftarlah sekarang!