Seong Wu, 23, berkata dia juga tidak sabar untuk memberikan kejutan yang disediakannya pada acara Ong Seong Wu First Fan Meeting in Malaysia itu.
Kali terakhir Seong Wu bertandang ke Malaysia adalah pada tahun lalu sewaktu masih menganggotai WANNA ONE. bagaimanapun kumpulan itu kemudian dibubarkan Disember tahun lalu.
“Saya sangat gembira akhirnya dapat dipersatukan semula dengan peminat di sini selepas lama tidak bertandang.
“Disebabkan ini kali pertama saya hadir secara solo, kerisauan utama adalah tidak lain jika tidak mampu menghiburkan peminat. Saya benar-benar berharap dapat penuhi harapan mereka.
“Saya juga akan tampil dengan kejutan khas yang sudah disediakan buat peminat di sini. Tapi nantikan dan jangan lupa ketahuinya di acara itu nanti,”
– Ong Seong Wu
Dia tidak menunggu lama untuk memacu kerjaya solo selepas itu. Seong Wu memilih menjadi pelakon dan disenaraikan sebagai watak utama drama 18 Moments.
Dalam acara dianjurkan agensi hiburan berpusat di Bangkok iaitu Hatchery itu, dia akan meluangkan masa bersama peminat bercerita perkembangan terbarunya serta menghiburkan mereka.
Seramai 5,000 peminat dijangka hadir dan terdahulu penjualan tiket acara berkenaan habis terjual.