[dropcap]B[/dropcap]erita gembira bagi peminat program One in A Million (OIAM) yang pernah disiarkan di 8TV di mana OIAM akan kembali menemui penonton setelah lebih kurang empat tahun tidak bersiaran. Dikhabarkan program yang mulai diterbitkan pada tahun 2006 itu telah mendapat maklum balas yang positif dan permintaan yang menggalakkan dari penonton. Tarikh sebenar OIAM berlangsung belum lagi diputuskan. Cuma sekarang ini, pihak penerbit sedang memerah otak untuk konsep dan idea baru.
[pullquote align=”right”]Dengarnya, OIAM akan kembali dengan konsep yang baru, yang lebih fresh dengan suntikan beberapa elemen yang ada dalam American Idol dan The Voice agar dilihat seiring dengan rancangan popular itu.[/pullquote]
Program realiti nyanyian ini pernah melahirkan tiga orang juara sebelum ini iaitu Suki di musim pertama, Ayu Damit di musim kedua dan Tomok di musim ketiga. Program ini juga dilihat menarik kerana program ini adalah program realiti nyanyian pertama dalam Malaysia yang menawarkan hadiah bernilai RM1,000,000 kepada pemenangnya.
Berita ini diumumkan Pengurus Besar Kumpulan ntv7 dan 8TV, Media Prima Berhad, Airin Zainul semasa The Final Showdown 2013, Stadium Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini. Beliau menjelaskan OIAM bakal kembali bersiaran dengan suntikan baharu dan pendekatan yang lebih segar sesuai dengan peredaran masa kini.
“Pihak produksi kini sedang menjalankan kajian bagi rancangan OIAM ini. Kajian dilakukan bagi memberi input yang baharu dan segar demi penambahbaikan OIAM. Elemen baharu yang bakal ditampilkan ini bakal menjadikan OIAM selaras dengan perkembangan masa kini. Kita bukan meniru, sebaliknya cuba melihat konsep diketengahkan dua program antarabangsa yang diperkenalkan pada musim baru OIAM. Memang setiap musim pasti ada pembaharuan. Jadi, kita tak mahu ketinggalan dalam program ini juga.”
Mengulas mengenai adakah OIAM masih relevan pada masa kini setelah lebih kurang empat tahun tidak bersiaran, Airin menjelaskan yang OIAM masih lagi relevan kepada penonton.
“OIAM masih lagi relevan pada masa kini kerana kita boleh lihat penonton dan penggemar rancangan realiti masih menantikan dan menggemari rancangan realiti yang berunsurkan nyanyian. Tetapi konsepnya harus diubah supaya selaras dengan peredaran masa dan selari dengan selera penonton. Pihak produksi masih lagi berbincang untuk mendapatkan formula baru yang harus disuntik dalam OIAM.”
Sesi ujibakat OIAM akan diadakan pada pertengahan tahun 2014. Namun, kepada anda yang dah jadi artis dah tak boleh nak join OIAM. Sebab OIAM hanya menerima bakat-bakat baru. Kepada anda yang ada pakej lengkap sebagai penghibur bolehlah datang ke sesi ujibakat.
OIAM bakal kembali mencari bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian dan dijangkakan akan menemui para penonton dalam masa 18 bulan ini. Untuk tiga musim sebelum ini, OIAM menampilkan Awal Ashaari dan Marion Counter selaku pengacara manakala Paul Moss dan Syafinaz Selamat selaku juri tetap.
OIAM musim baru tak perlu nak bersaing dengan Akademi Fantasia kerana OIAM perlu diperkenalkan semula kerana sambutan dan permintaan penonton terhadap jenama sendiri yang sekian lama dihentikan.
Budiey yakin kepada mangsa-mangsa yang kena reject dari ujibakat Akademi Fantasia 2013, bolehlah datang cuba bakat untuk masuk OIAM terbaru ini. Jadi, adakah anda mahu join OIAM ini? Pendapat anda?
Airin Zainul