Siri drama dari empat bahagian yang diilhamkan oleh buku kedua dan ketiga dalam trilogi buku terlaris Fauziah Ashari, iaitu Cinta… Tiada Akhirnya dan Rindu Cintaku, telah menampilkan pelakon bintang-bintang utama termasuk Izara Aishah, Remy Ishak, Datin Diana Danielle dan Hanna Aqeela. Ia mengisahkan pasangan watak Hariz dan Izzah yang sudah berkahwin terpaksa menanggung pelbagai kesusahan dalam percintaan mereka yang dicetuskan oleh rahsia silam masing-masing.
Siri baru ini adalah sambungan daripada filem 2011 yang diadaptasi dari buku pertama, yang berjaya menjadi filem drama romantik buat julung kalinya mendapat kutipan pecah panggung filem tempatan melebihi RM10 juta serta telah diiktiraf sebagai filem drama romantik ikonik Malaysia yang terbesar.
Sejak tayangannya mulai 5 Disember 2019 di Malaysia dan kemudiannya ditayangkan di Indonesia mulai 26 Disember 2019, siri ini telah berjaya menarik minat di kalangan peminat filem asal dan penonton baru dimana sambutan hangat itu telah menjadikan ia sebagai siri tempatan terbaik iflix (berdasarkan minit penstriman) di samping siri terbitan asli lain seperti Nur Series 2 dan KL Gangster Underworld, malah mendahului banyak filem Hollywood yang terkenal dan filem pecah panggung Malaysia dalam platform tersebut.
Sejak tahun 2017 lagi, iflix telah mendapat kejayaan cemerlang siri-siri sambungan daripada IP filem popular, termasuk Magic Hour di Indonesia, dan KL Gangster di Malaysia. Â
Strategi Creative Disruption iaitu ‘gelaran’ secara dalaman di iflix, bertujuan untuk merapatkan jurang kualiti dan kreatif antara penerbitan drama TV arus perdana dan filem di layar lebar.
Pendekatan siri premium tempatan ini diinspirasikan untuk setanding dengan penceritaan filem dimana ia telah berjaya mengangkat kualiti penceritaan TV ke tahap yang lebih tinggi.
Ia juga berhasrat untuk meningkatkan kualiti produksi drama TV tempatan dengan harapan dapat menarik demografik penonton lebih muda.
Dengan mempraktikkan proses penerbitan yang terbaik, serta gabungan barisan pelakon A-list yang biasanya membintangi filem, ia membuahkan hasil Ombak Rindu The Series yang cemerlang dan berbaloi.
Gayatri Su-lin Pillai, penerbit dari Infinitus Productions, berkata,
“Ombak Rindu The Series merupakan projek yang amat mengujakan kerana cabarannya untuk mengadaptasi siri novel yang sangat popular kepada sesuatu yang relevan kepada penonton atas talian yang baru dan muda, serta peminat tegar yang setia kepada novel-novel itu.
Kami sangat gembira kerana sambutannya begitu menggalakkan dan daripada maklum balas yang diterima telah menunjukkan bahawa penonton kini bersedia untuk kandungan cerita yang segar dan mencabar penontonan daripada kisah yang sedia ada.Â
– Gayatri Su-lin Pillai
“Kejayaan Ombak Rindu The Series merupakan siri untuk penonton moden yang mempunyai selera terhadap cerita tempatan yang tulen dan diterbitkan dengan pendekatan baru yang mengejutkan.
Siri ini merupakan siri yang menjadi 10% siri teratas yang ditonton berdasarkan minit penstriman dalam kiraan minit, di platform iflix sepanjang tahun 2019 di Malaysia – satu kejayaan yang luar biasa kerana ia dilancarkan di penghujung tahun iaitu bulan Disember,”
“Kami mempunyai kelebihan, bekerjasama dengan penerbit berbakat seperti Infinitus untuk menghasilkan satu siri dengan piawaian yang biasanya hanya disediakan untuk filem untuk kepuasan penonton kami.
Kami mahu menerbitkan lebih banyak usaha sama seperti ini kerana saya juga percaya para penonton inginkan cerita yang menjadi kebiasaan bagi mereka, namun dihasilkan secara lebih besar dan berani – berskala mega – walaupun penonton mungkin menonton di skrin yang lebih kecil. “
– Mark Francis, Ketua Pegawai Kandungan iflix.
“Kami berterima kasih kepada iflix dan menghargai kewujudan platform ini di Malaysia sebagai penyedia kandungan moden yang menarik dan berharap dapat menghasilkan pelbagai kandungan untuk penonton kami dalam masa hadapan.
Ia juga menggalakkan penerbit program tempatan dimana kandungan premium ini disediakan secara percuma di platform iflix yang bermaksud aksesibiliti kandungan kita akan menjadi lebih meluas,”
– – Gayatri Su-lin Pillai
Bagi peminat dan penonton yang berminat untuk mendapatkan sebarang maklumat dan berita terkini mengenai filem dan produk terbaru Infinitus, sila lawati laman media sosial kami di Facebook dan Instagram @InfinitusFilmsMY, Twitter @InfinitusFilms dan laman web kami www.infinitusfilms.com