in

OM SHANTI OM LAKONAN SHAH RUKH KHAN, AMITABH BACHCHAN

DEEPAVALI PRIME TIME SPECIAL : OM SHANTI OM PADA 26 OKTOBER 2008 (AHAD), JAM 10.00 MALAM DI RTM2

Khas Deepavali ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghidangkan sebuah filem hebat dibintangi nama-nama besar dalam industri perfileman termasuklah Shah Rukh Khan, Amitabh Bachchan, Shabana Azmi, Sanjay Dutt, Subhash Ghai, Karisma Kapoor, Salman Khan, Arjun Rampal, Rekha, Hrithik Roshan dan Shilpa Shetty menerusi Om Shanti Om menghiasi slot Deepavali Prime Time Special disiarkan pada 26 Oktober 2008 (Ahad), jam 10.00 malam di RTM2.

Om Shanti Om arahan Farah Khan ini membawa tontonan anda menghayati kisah  yang berlaku pada tahun 1977 dimana seorang artis junior, Om Prakash Makhija lakonan aktor hebat Shah Rukh Khan mula jatuh cinta kepada kecantikan Shantipriya dilakonkan wataknya oleh Deepika Padukone, juga seorang artis terkenal.

Pada mulanya Om begitu senang hati mahu menyatakan rasa cintanya terhadap Shantipriya. Namun apabila mengetahui perkara sebenar bahawa Shantipriya jatuh cinta pada lelaki lain, dia mula patah hati. Hakikatnya, Shantipriya tidak mengetahui bahawa lelaki impiannya itu adalah pemuda yang jahat.

Kemuncaknya suatu hari, pemuda yang tidak bertanggungjawab itu membunuh Santipriya. Om melihat saat-saat terakhir Santipriya. Dia yang ternyata tidak kuat berdepan dengan kenyataan itu kemudiannya turut meninggal dunia.

Tiga puluh tahun kemudian, Om Kapoor, seorang aktor yang sukses, adalah jelmaan semula Om Prakash, bertemu Sandy, wanita yang jelmaan semula Santipriya.

Saat ini, hanya Om yang mengetahui pembunuh Santipriya. Mereka kemudiannya bersama-sama cuba menjejak pembunuh sebenar Santipriya.

Untuk mengetahui kesudahannya usah ketinggalan mengikuti Om Shanti Om pada 26 Oktober 2008 (Ahad), jam 10.00 malam di RTM2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Rumah Terbuka Media Prima

DRAMA HELLO RAJU LAKONAN SASIKUMAR, A.R.BADUL, VIJAYA SHANTI