in

Persembahan OLABOLA di Dewan Filharmonik PETRONAS, KLCC Sempena Hari Malaysia

Nikmati muzik dari filem ‘OlaBola’ secara langsung bersama Orkestra Filharmonik Malaysia bersempena sambutan Hari Malaysia ini

Bersempena dengan sambutan ‘Hari Malaysia’ yang akan datang ini, kembalikan keunggulan bola sepak Malaysia dengan filem Malaysia yang paling popular dan menjadi sebutan ramai, OlaBola, yang buat julung kalinya bakal mengadakan persembahan secara langsung di pentas penuh berprestij, di Dewan Filharmonik PETRONAS, KLCC.

OLA BOLA - POSTER

Persembahan OLABOLA di Dewan Filharmonik PETRONAS, KLCC Sempena Hari Malaysia

Persembahan yang bakal diiringi oleh kumpulan pemuzik hebat dari Orkestra Filharmonik Malaysia ini akan diadakan secara eksklusif selama dua malam, pada 15 and 16 September ini bermula pada jam 8.30 malam.

Pada malam tersebut, penonton akan dihiburkan dengan lagu-lagu yang diangkat dari filem OlaBola sebelum ini dan dari runut bunyi (soundtrack) baharu yang disusun oleh komposer terkenal Malaysia, Onn San, termasuk muzik baharu yang ditulis khusus untuk konsert ini.

Dalam pada itu, penyanyi jemputan, Stephanie Van Driesen dan Juwita Suwito diberi penghormatan untuk mendendangkan lagu-lagu baharu ini yang pasti akan memikat hati para hadirin.

Tiket boleh didapati di laman web Malaysian Philharmonic Orchestra dengan harga di antara RM120.00 ke RM240.00.
Untuk maklumat lanjut, layari www.mpo.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Muzik Shaa PERTAMA KALI Trending Nombor Satu di Youtube Malaysia

Jom Datang Meriahkan KARNIVAL BANGKIT Sokong Team Malaysia