in ,

OJA & TUNABLE BAND Muncul Dengan Single CUKUP SEKALI

Menyebut nama Oja, para peminat sekitar tahun 90 ‘an pasti masih mengenali nama ini. Oja yang pernah tampil dengan beberapa album termasuk Anak Jalanan (1992), Oja & Mastura (Ceneke) (1994) serta Oja & Mastura (Apo Salah Eh) pada tahun 1995 pernah mewarnai dunia seni hiburan tanah air.

Kini Oja kembali dengan barisan tulang belakang yang merupakan para pemuzik dan menamakan diri mereka sebagai Oja and Tunable Band. Kumpulan ini adalah satu karya intensif bersifat opera muzikal yang diusahakan bermula dari awal tahun 2015 hingga 2016.

OJA & TUNABLE BAND

OJA & TUNABLE BAND Muncul Dengan Single CUKUP SEKALI

Projek yang bermula daripada reunion kumpulan Spoon yang akhirnya bergabung dengan Oja, membawa satu nafas baru dalam seni muzik dalam mengetengahkan idea-idea lagu yang berkonsepkan balada dan slow rock serta disulami oleh susunan orkestra yang dinamik.

Terdahulu kumpulan Spoon pernah muncul dengan album Rindu Serindu-rindunya (1998), Kembali Merindu (1999) danKini (2001).

Album yang berjudul Cukup Sekali ini mengambil masa lebih kurang setahun dan direkod sepenuhnya di Tunable Record Sdn. Bhd. Setiap anggota The Tunable juga tidak melepaskan peluang berkarya untuk projek ini. Pemilihan lagu dibuat atas dasar kualiti yang diharapkan bakal memenuhi citarasa para peminat dengan berbekalkan lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang seni muzik.

Setelah lama menghilang dari radar dunia seni hiburan mainstream, Oja melangkah terus dalam arena seni muzik dengan bermain gitar di kelab malam seluruh Malaysia selama lebih kurang 20 tahun. Oja kini menzahirkan komitmen beliau terhadap muzik dengan “home recording studio” dan beberapa projek album.

Pertemuan beliau bersama Norul beberapa tahun sebelum ini mencetuskan ilham untuk bekerjasama bagi melahirkan Oja and The Tunable.

Oja menggunakan keseluruhan pengalaman yang beliau bagi membentuk satu susunan komposisi muzik yang amat berlainan dimana penekanan diberikan kepada strings orkestra dan susunan susunan muzik yang agak progresif.

Oja atau nama sebenarnya Daninas Huza bin Daud merasakan pertemuannya dengan Norule (gitaris Spoon) beberapa tahun lalu telah mengilhamkan satu “comeback” yang “daring” untuk menghasilkan album ini.

Untuk album ini, Boy atau Saiful Nizam Jelani selaku gitaris mengubah sedikit konsep permainan beliau dimana komposisi solo bagi album ini adalah lebih berorientasikan muzik dan agak sedikit progresif untuk mendapatkan keseimbangan berserta dengan instrument orkestra yang lain.

Beliau juga telah menghasilkan sebuah lagu yang dijangka akan menambat hati peminat dalam album ini. Pernah melahirkan 3 buah album bersama kumpulan Spoon telah mematangkan Boy dalam permainan gitar secara live dan studio.

Pertemuan Norule dan Oja beberapa tahun lalu telah mengilhamkan satu idea bernas yang baru untuk menghasilkan album melo-dramatik opera ini. Norule atau nama sebenarnya Norul Fikri Abdul Samad pernah melahirkan tiga buah album bersama kumpulan Spoon.

Norule mengekalkan konsep analog bagi album ini untuk mendapatkan mood zaman dahulu. Beliau juga terlibat dalam susunan orkestra bersama Oja dan menitik beratkan orientasi muzikal dalam album yang serba baru ini dan turut menyumbangkan sebuah lagu.

Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Botak yang merupakan pemain bass projek ini telah dilamar oleh Norule untuk menjayakan projek ini kerana Yahya, pemain bass asal kumpulan Spoon tidak dapat memberikan komitmen beliau untuk album projek ini.

Shahnaz mendapat inspirasi bermain dram ketika sering pulang ke kampung di Rasah, Negeri Sembilan dan bermain dram milik bapa saudaranya. Shahnaz adalah antara anggota Spoon yang terawal bersama dengan Norule untuk mengilhamkan “the comeback” setelah lebih 17 tahun menyepikan diri.

Beliau juga telah menghasilkan sebuah lagu yang berkonsepkan ‘motivational spirit’ dalam album ini.

Single perdana Oja & Tunable Band yang berjudul Cukup Sekali ini dihasilkan oleh Norule dn lirik oleh Shahrizan Ayob (Putera Remy Merindu) serta diterbitkan oleh Tunable Record Sdn Bhd.

OJA & TUNABLE BAND

OJA & TUNABLE BAND

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Asia Islamic Fashion Week 2017 #AIFW2017

Versatiliti Jadi Taruhan Tomok Cari Peserta MENTOR MILENIA