Finalis Top 7 mengembalikan zaman nostalgia
Semakin hangat! Itulah gambaran yang dapat diberikan pada minggu ini apabila tujuh orang finalis yang masih kekal dikehendaki untuk mendendangkan lagu-lagu retro klasik dari zaman 50-an hingga 70-an. Adakah mereka mempunyai aura persembahan pentas yang akan menggegarkan para juri dan penonton?
Sehingga kini, lima orang finalis telah disingkirkan dari pertandingan ini. Pada minggu lepas, para penonton dikejutkan dengan penyingkiran seorang lagi peserta yang sentiasa ditunggu-tunggu corak persembahannya pada setiap minggu, Iz.
Iz tetap berjaya menawan hati para penonton melalui persembahan terakhirnya dari Iklim yang berjudul Suci Dalam Debu dan menerima sorakan gemuruh yang terus memberikannya semangat.
“Selama ini, Iz ialah salah seorang peserta yang mempunyai pengaruh kuat dalam pertandingan ini. Beliau sentiasa mendapat sokongan padu dari para peminatnya di studio mahupun di rumah. Walau bagaimanapun, seseorang yang bergelar bintang bukan sahaja perlu mendapatkan sokongan dari para peminatnya tetapi juga perlu memberikan persembahan yang istimewa dan luar biasa pada setiap kemunculan di atas pentas,” ujar Syafinaz.
Apabila ditanya pendapatnya setelah disingkirkan, dengan tenang Iz menjawab,
“Saya rasa saya berjaya mencapai lebih dari apa yang saya sangkakan. Melalui pertandingan ini, saya berpeluang untuk belajar lebih banyak lagi tentang nyanyian dan industri muzik tanahair. Walaupun saya tidak menjuarai pertandingan ini, saya berbangga kerana diberi platform untuk menyerlahkan kebolehan kepada seluruh rakyat Malaysia dan ini merupakan satu penghormatan buat saya,Perjalanan seni saya tidak akan terhenti di sini kerana saya akan meneruskan impian saya untuk menjadi seorang penyanyi yang diminati ramai. Saya juga senang hati untuk mengekalkan personaliti saya yang ceria ini,”
Paul Moss, selaku salah seorang juri memberikan komennya tentang persembahan pada minggu lepas dan harapan mereka pada minggu ini, “Sesetengah daripada para peserta mula memberikan prestasi yang lebih memberangsangkan dari segi vokal dan kekuatan mereka sebagai seorang penghibur”.
Lagu-lagu klasik 50-an hingga 70-an
Para peserta yang masih kekal akan berjuang mendendangkan lagu-lagu dari zaman retro klasik dari tahun 50-an hinggalah 70-an seperti Ayu (Tari Tualang Tiga oleh Saloma); Shila (I’ll Be There oleh Jackson 5); Shone (Mustang Sally oleh Wilson Ticketp); Intan (The Way You Look Tonight oleh Michael Buble); Joni (Somewhere Over The Rainbow oleh Elvis Presley); Mark (You Make Me Feel Brand New oleh Stylistics); Sarah (You Were Always On My Mind oleh Willie Nelson) and Ab (Crazy Little Thing Called Love oleh Queen).
Suasana suram pasti akan dirasai dalam episod One In A Million pada Jumaat ini apabila seorang lagi finalis akan disingkirkan pada awal rancangan ini.
Hanya tujuh orang finalis akan meneruskan perjuangan mereka dalam membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,000,000.
[tags]iz myspace, top 7 oiam, tersingkir, album duyung, novel kian mawi, pengganti faizal tahir, ajl, siaran rakaman, shone, ratu sabah bf, gossip, intan sarafina, ab, lyric Tari Tualang Tiga[/tags]