in , ,

OH MY NETIZEN Kongsi Realiti Kes Laporan Polis di TV2

Kisah sebenar berdasarkan 26 laporan polis yang diterima, dikongsikan Radio Televisyen Malaysia (RTM)dalam program diberi tajuk “Oh My Netizen” yang sedang bersiaran setiap Sabtu dan Ahad, pukul 5.30 petang di TV2.

Banyak lagi kisah-kisah yang boleh dijadikan pengajaran dalam program ini antaranya berkaitan stigma masyarakat tentang remaja austisme yang dianggap gila, peminta sedekah jalanan yang telah dipergunakan oleh individu jahat yang mengaut keuntungan daripada hasil sedekah orang ramai, pengabaian ibu tunggal terhadap anak-anaknya, penyelewang duit, tekanan emosi mangsa buli siber, pembuli  jalan dan ajaran sesat.         

Realitinya kisah-kisah yang dipaparkan diambil berdasarkan laporan yang pernah diambil oleh pegawai polis dan menjadikan kisah ini dekat dengan masyarakat, dan seterusnya boleh menjadi pengajaran kepada ‘netizen’.

Antara episod “Samun Mak” yang memberikan pengajaran bila mana remaja kita terus rosak disebabkan ibu bapa yang tidak mahu anak mereka berdepan hukuman dan membuat alasan bagi mereka. Dalam tajuk “Kembalikan Mia” pula membawakan kisah pergolakan rumah tangga menyebabkan si ayah membuat laporan anaknya hilang sebaliknya anak tersebut telah dibawa pergi oleh ibunya sendiri.

OHMYNETIZEN_POSTER (1)

Episod “Scam Seleb” seterusnya tentang artis baru suka menunjuk kekayaannya telah terjebak dengan Scam, dan scammer itu yang telah mengambil semua wangnya. Dalam tajuk “Oh Jiranku” mengisahkan laporan polis dibuat oleh seorang wanita terhadap jirannya atas dasar menganggu kententeraman awam, namun kesudahannya laporan polis itu ditarik semula kerana mereka bakal berbesan. Kes ini membuktikan bahawa polis terpaksa mengambil pelbagai jenis laporan polis, antaranya yang sangat mengarut seperti kes ini.

Menerusi episod “Teman Tular” tentang laporan polis oleh netizen yang geram dengan adanya satu video yang ditularkan oleh satu akaun. Perakam video memang seorang individu merakam yang suka ambil video kerana mahu kejar populariti namun akhirnya sedar akan kekhilafannya dan dia dapat pengajaran.

Dalam “Rumah Alam Kasih 12” penonton menyelak cerita sebuah rumah kebajikan yang menjaga orang kurang upaya dan orang tua rupa-rupanya menjadi mangsa pengabaian pemiliknya yang menggunakan duit diterima untuk kesenangan dirinya sendiri. Kes itu menjadi tular dan membuka mata banyak pihak dalam membongkar kebenaran.

Seterusnya tajuk “Jus Suci” membawa kepada laporan polis terhadap penyelewengan usahawan telah dibuat menyebabkan seluruh media sosial gempar dengan kisah keupayaan ‘mengubat’ menggunakan jus dianggap suci dan telah caj ratusan ringgit untuk setiap rawatannya. Hakikatnya dia adalah penunggang agama.

Sementara itu episod “Hantar-Hantar” pula tentang kisah wanita tular kerana  mengamalkan bomoh selebriti untuk berjaya dan dia dikategorikan menyimpang dari agama. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Unplugged Search 40 Years Menampilkan Akim Ahmad Sebagai Vokalis

FRIENDS: THE REUNION To Premiere May 27 Exclusively On HBO Go & HBO