Menerusi satu perkongsian, pelakon dan pengarah, Fauziah Ahmad Daud memaklumkan akan melangsungkan majlis istimewa, minggu depan.
Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy berkata dia sedang menghitung hari bahagia dan sudah menerima pinangan daripada pihak berkenaan.
“Pada mulanya dirisik, kemudiannya masuk meminang. Pinangan diterima.
“Majlis minggu depan, tak sabarnya kita,” tulisnya.
Perkongsian Ogy itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mendoakan agar setiap apa yang dirancang dipermudahkan.
“Alhamdulillah, tahniah. Semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya,” kata Asry Azizan.
“Kami bersyukur sangat. Semoga Kak Ogy mendapat kebahagiaan dan kekal hingga akhir hayat,” kata Sharifah Meryam Al-Attas.
“Alhamdulillah, tahniah guru kesayangan saya. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk anda. Saya sangat gembira,” kata Eleen Arisha.
Sehingga sekarang, Ogy masih tidak memberitahu siapa gerangan bakal suaminya itu dan masih dirahsiakan.
Terdahulu, Ogy pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Eman Manan pada 23 Disember 1990 namun pasangan itu memfailkan penceraian pada 2 Julai 2003 selepas 13 tahun hidup bersama.