Nyaris Terkucil Suara, Lan Solo Akui Bertarung Dengan Penyakit ‘B’ semasa menyampaikan lagu PAHIT AKAN MANIS AKHIRNYA. Bukan sakit Bisul… tapi…
PERSEMBAHAN Lan Solo pada minggu keenam dalam pertandingan Gegar Vaganza (GV) agak terjejas kerana penyakit buasir yang dialami. Disebabkan itu, malam tadi Lan berada di kedudukan dua tangga terbawah yang tidak pernah diduduki. Lan bagaimanapun bernasib baik apabila Aqasha tersingkir.
Menurut Lan, dia telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada hari Selasa minggu lalu. Doktor ingin menjalankan pembedahan namun Lan ingin mencuba kaedah lain kerana dia terlibat di dalam pertandingan GV.
“Tapi sehingga hari Sabtu keadaan saya masih sama. Walau bagaimanapun, saya yang memohon untuk discharge dari hospital bagi membolehkan saya menyertai pertandingan ini. Hari Sabtu malam saya jalani latihan seperti artis lain. Dan malam ini saya sudah cuba buat yang terbaik untuk para penyokong saya. Saya tak mahu hampakan mereka jadi saya buat juga walaupun sedang menahan kesakitan,” ujar Lan.
Lan turut menjelaskan dia sengaja tidak mahu memberitahu peminat mengenai penyakitnya itu kerana tidak mahu dianggap seperti meraih simpati.
“Malam ini (semalam) apa jua keputusan saya dah reda. Alhamdulillah rezeki masih berpihak kepada saya untuk mara ke peringkat separuh akhir. Untuk minggu hadapan pula, pun saya dah reda juga. Tapi impian tu kalau boleh mestilah nak ke final kan,” ulasnya lagi yang kini terus mendapat rawatan selanjutnya.
Lan juga memohon doa daripada peminat supaya dia diberi kesembuhan dan boleh beraksi seperti sediakala.