Juri tetap All Stars gegar Vaganza (GV10), Datuk Syafinaz Selamat ketika memberikan komen berkata, dia berasa tidak gembira dengan persembahan yang dipamerkan oleh penyanyi asal sabah itu.
“Nikki, saya risau sebab awak cuba menjadi orang lain. Kalau saya tutup mata, saya tidak tahu awak yang sedang menyanyi.
– Nikki Palikat
“Ini bukan yang menarik dalam pertandingan,†ujarnya.
Dalam pada itu, Syafinaz turut menegur pakaian yang digayakan Nikki kerana dianggap terlalu ketat sehingga mengganggu nyanyiannya.
“Baju awak ketat ke? Jangan pakai terlalu ketat sebab boleh ganggu pernafasan awak ketika menyanyi,”
– Nikki Palikat
Sementara itu, Datuk Ramli MS pula menegur nyanyian Nikki yang disifatkan sumbang.
Walaupun agak kecewa, Ramli atau Tok Ram faham bahawa Nikki menyanyikan lagu yang bukan ‘fortenya’.