Nama penyanyi [highlight]Diandra Arjunaid[/highlight]i mungkin belum dikenali ramai namun sejak kebelakangan ini anak didik kepada penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna ni semakin disebut-sebut ramai. Ironinya Diandra diperkatakan bukan kerana kelunakkan suara apatahlagi kehebatannya menyanyi di pentas. Sebaliknya penyanyi berusia 20 tahun itu telah dikritik hebat oleh peminat-peminat di Twitter baru-baru ini.
Ia kerana persembahan Diandra ketika menyampaikan lagu ciptaannya sendiri, Angkasa, pada konsert minggu kedua separuh akhir Muzik-Muzik 27.
[pullquote align=”right”]Dia telah dikutuk kerana vokalnya pada persembahan separuh akhir Muzik-Muzik 27 itu dikatakan tidak sehebat seperti nyanyiannya dalam cakera padat (CD).[/pullquote]
Lebih teruk, bakat dan kebolehan nyanyian Diandra dipersoalkan malah ada yang mempersoalkan kenapa dia layak menyertai pertandingan muzik berprestij itu.
Tidak kurang ada yang menganggap anak kelahiran Kuala Lumpur itu tidak mampu menyanyi secara langsung. Tambahan persembahannya di malam Shout! Awards juga langsung tidak dapat menebus kekecewaan peminat.
“Saya tidak rasa yang suara saya seteruk seperti yang orang cakap. Kalau saya tidak ada bakat menyanyi, Yuna tidak ambil saya menyertai syarikat miliknya, Yuna Room Records (YRR).
“Saya sedih dan sensitif kerana mereka tidak tahu cerita sebenar. Saya boleh menyanyi secara langsung. Sebenarnya saya baru balik daripada mengadakan persembahan di konsert Yuna yang berlangsung di Kuching, Sarawak. Semasa di Kuching lagi saya sudah demam dan kehilangan suara. Bila saya menyanyi dan kemudiannya pulang ke Kuala Lumpur untuk separuh akhir Muzik-Muzik 27 suara saya menjadi semakin teruk. Saya ada minum air asam jawa untuk memulihkan suara, tetapi masih tidak baik”, itu kata Diandra kepada akhbar Kosmo! hari ini.
Penyanyi itu juga tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya apabila menerima kritikan sebegitu namum dia tidak akan putus asa dan menganggap ia adalah salah satu asam garam dalam industri.
Diandra juga harap peminat sentiasa menyokong. Katanya, kalau tidak minat tidak mengapa, asalkan jangan beri kutukan yang melampau.