in , ,

Nurkasih Dipilih Menjadi Tema Syahadah Musim Ke-17 Sepanjang Ramadan

‘Nurkasih – Pengertian Kasih Sayang Dari Perspektif Kemanusian Yang Lebih Luas’ telah dipilih sebagai tema program dokumentari berbentuk sejarah keislaman, Syahadah terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sepanjang Ramadan 2023M/1444H.

Sejak mula diterbitkan tahun 2005 sehingga kini, jenama Syadahah sememangnya menjadi rutin yang dinantikan penonton setia RTM dan tahun ini tetap menjanjikan pendekatan lebih segar dan dekat di hati seluruh rakyat Malaysia. Kupasan penghijrahan komuniti Islam Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak menjadi intipati utama musim ini.

Nurkasih Dipilih Menjadi Tema Syahadah Musim Ke-17

Memasuki edisi ke-17 bersiaran menemui seluruh rakyat Malaysia, tahun ini ia bersiaran sepanjang Ramadan mulai 23 Mac ini di tiga saluran RTM iaitu pukul 6.15 petang hingga 6.45 petang di TV1, Saluran Berita RTM dan Okey. 

Program diterbitkan Unit Majalah dan Dokumentari TV RTM ini menyaksikan penglibatan seramai 18 orang penerbit kesemuanya yang dibahagikan mengikut zon yang dipilih iaitu zon selatan, pantai timur dan utara, Sabah juga Sarawak. 

Nurkasih Dipilih Menjadi Tema Syahadah Musim Ke-17

Perjalanan penerbitan program ini dibahagikan dua bahagian iaitu sebanyak 15 episod di Semenanjung Malaysia pada 16 hingga 30 September 2022, manakala bahagian kedua pada 5 hingga 22 Februari 2023 yang memaparkan keindahan Islam dari pelbagai sudut perspektif di Sabah dan Sarawak. 

Jajaran dan intipati dokumentari Syahadah musim ini membawa penonton menyusuri keindahan Islam dalam konteks kasih sayang dan memaparkan perubahan komuniti mahupun individu terhadap cara hidup Islam di Malaysia. Asas dan pendekatan turut merungkai pendekatan pada asas Islam, pendidikan, ekonomi, gaya hidup, srikandi Islam, sahabat muslim, konsep halal, komuniti, seni dan budaya setempat yang dipilih.

Nurkasih Dipilih Menjadi Tema Syahadah Musim Ke-17

Perkongsian 30 episod yang menemui penonton sepanjang Ramadan ini mengetengahkan tajuk Dengan Seruan-Mu, Nawaitu, Adab Rehlah, Fikrah Murabbi, Wahyu Kensiu, Refleksi Tabarruj, Nazam Mahabbah, Ilmu Syurga, Panggilan Cina, Panggilan Nogori, Panggilan Pulau, Bukan Lagi Kifarah, Zahir Yang Terucap, Ruqyah dan Anak Chow Kit mengandungi kandungan perspektif unik di Semenanjung Malaysia. 

Ikuti juga tajuk menarik yang dibawakan daripada zon Sabah dan Sarawak iaitu Sinar Syahadah, Dakwah Bil Hikmah, Kebangkitan Marudu, Indahnya Islam, Penyaksian Mata Hati, Rahsia Tempasuk, Mukjizat Momogun, Mursyid Muaddib, Warisan Rohani, Kasih Murabbi, Jalai Pengidup Dayak Muslim, Al-Qadim, Koi Jatti Miriek, Nur Di Tebing Sungai Tutoh, dan Laungan Azan Mulu.

Bagi yang terlepas menyaksikan siarannya menerusi saluran TV, luangkan masa menerusi RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my). 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Perubatan Terbaharu SUT PUTIH Lakonan Fauziah Nawi, Jasmin Hamid