in ,

Nuri, Zetty, Qody & Wanie Terpilih Jadi Protege dalam MENTOR MILENIA

Menang kalah adat pertandingan. Tahniah kepada Zetty, Nuri, Qody dan Wanie apabila berjaya melepasi ujian pertama dan kini bergelar protege kepada Azlan dan Black!

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.00 malam, Mentor Milenia, program realiti terbaharu TV3 bertujuan mengasah bakat-bakat muda dalam lingkungan umur 17 hingga 21 tahun untuk menjadi penghibur yang berjaya.

Episod kedua Mentor Milenia merupakan konsert pengenalan pertama telah menyaksikan Azlan dan Black memilih protege mereka. Ternyata bukan senang untuk melakukan keputusan tersebut kerana Nuri, Zetty dan Ain dari kumpulan Azlan serta Haq, Qody dan Wanie dari kumpulan Black telah memberikan persembahan yang penuh bertenaga dalam usaha memikat hati mentor masing-masing.

Namun, teka teki sudah terjawab selepas Azlan memilih Sharifah Nurilmuhayati binti Syed Hussein (Nuri, 17 tahun) dan Nur Izzati binti Mohd Rashid (Zetty, 22 tahun), Black pula memilih Nurul Syazwanie binti Mohd Basri (Wanie, 21 tahun) dan Rossaidi bin Abdul Rani (Qody, 21 tahun) sebagai protege mereka. Pada 17 Januari nanti, giliran Akim dan Hazama pula untuk menentukan siapakah yang layak bergelar protege mereka.

Konsert pertama Mentor Milenia yang telah berlangsung pada 10 Januari membuka tirai dengan persembahan nyanyian oleh Azlan dan Black menerusi rangkaian lagu SAMPAI MATI & POTRET. Bagi kumpulan Black, Qody menaruhkan lagu CINTA MELANKOLIA (nyanyian asal oleh Aan), Wanie memilih lagu Jacyln Victor iaitu JAGALAH DIRI manakala Haq pula beraksi dengan lagu BUKAN DIA TAPI AKU (nyanyian asal oleh Judika).

Bagi kumpulan Azlan pula, Zetty telah memilih lagu ROMANCINTA (nyanyian asal oleh Mojo), Ain mendendangkan lagu popular Dayang Nurfaizah iaitu DI PINTU SYURGA dan Nuri pula mempertaruhkan lagu Jacyln Victor iaitu SEBELAH JIWAKU.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2005, program Mentor kini dianggap nadi utama program realiti di TV3 khususnya dan tempatan pada amnya. Lebih membanggakan, Mentor Legend telah dinobatkan sebagai Rancangan Realiti Terbaik di Anugerah Skrin 2015. Selepas tujuh musim, Mentor kembali dengan konsep dan format baharu iaitu Mentor Milenia yang membariskan Akim, Azlan, Black dan Hazama sebagai barisan mentor.

Berlainan dengan musim-musim sebelum ini, Mentor Milenia menampilkan empat artis popular yang merupakan idola golongan muda untuk memberikan tunjuk ajar berkaitan bidang nyanyian, seni persembahan dan memperlengkapkan diri sebagai penghibur. Terkenal dengan kekuatan vokal dan sentiasa memukau penonton ketika beraksi di pentas, mereka jelas mempunyai kualiti untuk menyandang tanggungjawab sebagai mentor.

Malahan, mereka juga bukanlah nama asing dalam industri hiburan dan pernah melayakkan diri bertanding di anugerah berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL). Pengalaman mereka dalam mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran dalam industri hiburan sehingga berjaya dalam usia muda boleh dijadikan sumber inspirasi kepada anak muda yang berazam untuk berjaya seperti mereka.

Mentor Milenia akan bersiaran sebanyak sembilan episod dan dikendalikan oleh Issey Fazlisham dari kumpulan Titan dan Marsha Milan Londoh sebagai pengacara.

Episod pertama Mentor Milenia pada 3 Januari 2016 memaparkan pelbagai karenah, ragam dan aksi peserta yang mahu bergelar protege di empat sesi uji bakat yang telah berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. Lebih daripada seribu peserta telah hadir ketika berlangsungnya sesi uji bakat pada 13 Disember (Hazama), 19 Disember (Azlan), 20 Disember (Akim) dan 26 Disember (Black).

Sebelum memasuki gelanggang Mentor Milenia, Akim, Azlan, Black dan Hazama perlu memilih tiga peserta daripada sesi uji bakat yang telah berlangsung. Tiga bakal protege ini akan membuat persembahan solo mereka di dua episod konsert pengenalan pada 10 Januari (Black & Azlan) dan 17 Januari (Akim & Hazama). Hanya dua protege akan dipilih oleh mentor masing-masing.

Selepas itu, lapan protege tersebut akan bertanding dalam lima konsert mingguan bermula 31 Januari 2016 yang bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral untuk melayakkan diri ke peringkat akhir. Mentor Milenia memaparkan kelainan daripada musim-musim sebelumnya apabila keempat-empat mentor ini menjadi pengkritik tetap di setiap konsert mingguan.

Program ini tidak akan mempunyai panel juri profesional kerana keputusan persembahan para protege terletak kepada jumlah undian daripada juri awam di studio iaitu sebanyak 30% dan 70% menerusi laman web rasmi Mentor Milenia. Protege yang gagal meraih jumlah undian tinggi akan disingkirkan. Di peringkat akhir nanti, Juara Mentor Milenia bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000.

Lebih mengujakan, Mentor Milenia dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh selaku Penaja Utama manakala Tonton sebagai Geng Digital, Hot FM sebagai Geng Radio dan Harian Metro sebagai Geng Media.

Sidang produksi Mentor Milenia diketuai oleh Muhamad Sufian Isa sebagai Pengurus Hiburan Primeworks Studios merangkap penerbit eksekutif Mentor Milenia dan Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) sebagai penerbit. Mentor Milenia ini turut menampilkan Faizal Uzir atau lebih dikenali sebagai Lok-U sebagai pengarah muzik.

Mentor Milenia bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.00 malam (siaran ulangan pada setiap hari Jumaat berikutnya pada pukul 9.30 pagi). Jurnal Mentor Milenia yang memaparkan aktiviti mentor dan protege disiarkan pada setiap hari Ahad, pukul 6.02 petang.

Layari laman web rasmi www.tv3.com.my/mentormilenia serta Facebook, Twitter & Instagram TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Gunakan hashtag #MentorMilnenia untuk menghangatkan lagi perbualan tentang program ini di laman sosial. Penonton yang terlepas menyaksikan program ini juga boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Untitled

Berikut ialah senarai mentor dan para bakal protege:

Mentor Kriteria Protege Nama Bakal Protege
Hazama Boleh menyanyi dalam pelbagai genre dan versatil Muhammad Fareez Hazwan (FAREEZ)

18 tahun, Selangor

Nurul Amira Bt Mat Nasir (MYA)

20 Tahun, Pahang

Iqbal Bin Jaafar (EBAL)

20 tahun, Negeri Sembilan

Azlan Vokal yang mantap

Kesungguhan yang tinggi

Mental dan fizikal yang kuat

Sharifah Nurilmuhayati Binti Syed Hussain (NURI)

17 tahun, Kuala Lumpur

Nur Izzati Binti Mohd Rashid (ZETTY)

22 tahun, Pahang

Siti Wan Ainnur Binti Mohd Redzuan (AIN)

17 tahun, Kuala Lumpur

Akim Mempunyai karektor suara tersendiri

Penampilan yang baik

Muhammad Afeeq Farhan bin Zulkifli (HAN),

20 tahun, Kedah

Nur Saheeba binti Raja Iftikhar Ahmed Khan (EBBA), 20 tahun, Kuala Lumpur
Yusmeerunafishah binti Yusoff (MEEN),

20 tahun, Johor

Black Tak kacak asal bergaya

Suara pertama, muka nombor dua

Sentiasa bersedia dalam semua segi terutama lagu

Nurul Syazwanie Binti Mohd Basri (WANIE)

21 tahun, Selangor

Rossaidi Bin Abdul Rani (QODY)

21 tahun, Kedah

Ridzuan Haqiem Bin Rusli (HAQ)

17 tahun, Selangor

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem UNKNOWN Lakonan Liam Neeson di TV2

Konsert Mega Gegar Vaganza Malam Pertama Terbaik