in , ,

Kad Pelarian UNHCR Milik Sajat Didedahkan, Perdana Menteri Thailand Masuk Campur?


Bukit Aman hari ini mengedarkan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dipegang usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat selepas didedahkan akhbar ini sejak Isnin lalu.

Selain itu, gambar Nur Sajat ketika disoal siasat pihak Imigresen Thailand ketika ditahan pada 8 September lalu di kondominium di Bangkok turut diedarkan.

Untuk rekod, Harian Metro memetik sumber mendedahkan kad pelarian Nur Sajat bernombor 815-21C00071 itu dikeluarkan UNHCR di Bangkok dengan bantuan ibu pejabat mereka di Malaysia.

Laporan itu menyebut Nur Sajat sedang dibantu negara tertentu dan pertubuhan antarabangsa termasuk UNHCR di Bangkok dan Malaysia untuk mendapatkan kebenaran berpindah ke Australia.

Kad Pelarian UNHCR Milik Sajat Didedahkan, Perdana Menteri Thailand Masuk Campur?

Skuad Khas Harian Metro turut mendedahkan, proses pengeluaran kad pelarian berkenaan agak kontroversi disebabkan proses Nur Sajat mendapatkannya dalam masa singkat berbanding pelarian lain.

Malah, UNHCR di Malaysia juga pernah dilanda kontroversi kerana dilaporkan menjual kad pelarian itu hanya dengan harga RM120 pada 2016.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihak Imigresen sudah membatalkan pemilikan pasport antarabangsa Nur Sajat yang mana selepas itu dia turut memohon kad UNHCHR di Bangkok.

Menurutnya, dalam proses permohonan itu akhirnya beliau mendapat status pelarian terbabit.

“Beliau (Nur Sajat) kini sedang menunggu tawaran pihak negara ketiga bagi membantunya berpindah ke negara terbabit.

“Nur Sajat juga menukar nama samarannya kepada Bella namun dirinya tetap orang yang sama,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, di sini, hari ini.

Kenyataan Abd Jalil itu sekali gus mengesahkan laporan bersiri secara eksklusif akhbar ini sejak disiarkan Isnin lalu.

Dalam perkembangan sama, Abd Jalil berkata, kes Nur Sajat ini kecil saja membabitkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan polis iaitu menghalang penjawat awam, sebab itu beliau dinasihatkan pulang.

“Polis akan meneruskan proses membawa pulang Sajat kerana Malaysia dan Thailand terikat dengan triti yang membolehkan proses untuk membawa pulang orang yang dikehendaki atau penjenayah buruan dilaksanakan.

“Permohonan ini akan dibuat dalam tempoh masa terdekat namun bergantung kepada negara berkenaan sama ada akan memenuhi permintaan kita atau tidak,” katanya.

Beliau berkata, keluarga Nur Sajat juga diharap dapat membantu menasihatkannya supaya pulang ke tanah air bagi menghadapi pertuduhan di mahkamah syariah yang tidak seberat mana.

“Kita yakin keluarga boleh bantu menasihatkannya untuk pulang ke negara ini,” katanya.

Isnin lalu, Harian Metro melaporkan misteri ‘kehilangan’ usahawan Nur Sajat kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.

Pada 9 September lalu atas kesalahan memasuki Thailand secara tidak sah, Nur Sajat didakwa di mahkamah namun usahawan kosmetik itu dibebaskan pada 10 September lalu dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

Nur Sajat kini diarahkan melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari dan ketika ditahan.

Dia yang kini sudah menjadi pemegang kad pelarian UNHCR mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas diburu pihak berkuasa Malaysia dan diugut bunuh kerana umum keluar daripada Islam.

Sumber: Harian Metro

Perdana Menteri Thailand Masuk Campur?

Terdapat dakwaan kononnya Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha akan mencampuri urusan tersebut.

Isu mengenai usahawan sensasi, Nur Sajat bukan sahaja mendapat liputan media dalam negara malah turut tular di negara jiran.

Perdana Menteri Thailand Masuk Campur?

Terbaru, susulan lokasi Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dikenalpasti di sebuah kondominium mewah di Bangkok, Thailand terdapat dakwaan kononnya Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha akan mencampuri urusan tersebut.

“Organisasi hak Thailand mendesak pemerintah Thailand untuk tidak mematuhi permintaan Malaysia”

“Surapong Kongchantuk,Presiden Silang Budaya ada meminta agar Perdana Menteri tidak menghantar pulang Nur Sajat”

“Perdana Menteri akan mengawasi pelaksanaan tugas pegawai yang terlibat dalam kes ini. Dan jika didapati melakukan kesalahan, maka diminta untuk mengambil tindakan terhadap pegawai disiplin, jenayah dan pentadbiran juga” kongsi seorang netizen berdasarkan tangkap layar sebuah kenyataan

Menerusi pendedahan seorang netizen di laman Facebook yang dikenali sebagai Neesha Haja Mostapa , tindakan pihak berkuasa Malaysia memohon ekstradisi bagi membawa pulang Sajat yang ditahan di Thailand baru-baru ini seperti memperlihatkan negara itu kehilangan kedaulatan menerusi tindakan undang-undang.

“Tindakan Nur Sajat diadili oleh pihak berkuasa Malaysia. Walaupun ia merupakan kesalahan di bawah undang-undang Malaysia tetapi bukan kesalahan undang-undang Thailand.

Sekiranya polis Thailand mematuhi undang-undang Malaysia untuk menangkap Nur Sajat dan mengusirnya ke Malaysia akan menyebabkan Thailand kehilangan kedaulatan melalui mahkamah” kongsinya

Dalam perkongsian yang sama, netizen tersebut yang dipercayai juga seorang transgender turut meluahkan rasa syukur apabila kes Sajat mendapat pertimbangan daripada kerajaan Thailand.

“Allahuakhbar..Alhamdulillah..Prime Minister Thailand..Masuk campur tangan.Tidak akan menghantar Sajat balik ke Malaysia..

“Beliau akan mengawasi polis Thailand.. untk menghantar Sajat dengn jayanya ke Australia..Kerajaan Thailand menyelar undang syariah Malaysia memberi penganiayaan, diskriminasi dan stigma trhadap Sajat

“Sesuai muka agamawan dan Mahkamah syariah,JAIS,mufti, ustaz,ustazah dan netizen Malaysia yang jahat..dan NGO tua-tua yang membantah harus pergi meninggal dunia cepat-secepatnya. So transnita boleh la mendapat assylum..”tulisnya

Sehingga artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah mendapat lebih dari 500 perkongsian selain dibanjiri dengan pelbagai komen daripada pengguna laman Facebook.

PDRM Dalam Proses Bawa Pulang Sajat

Dalam perkembangan berkaitan, memetik laporan Kosmo! Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa mereka kini sedang dalam proses membuat permohonan bagi membawa pulang Sajat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, Malaysia dan Thailand terikat dengan triti yang membolehkan proses untuk membawa pulang orang yang dikehendaki atau penjenayah buruan dilaksanakan.

“Permohonan (untuk membawa pulang Nur Sajat) ini akan dibuat dalam tempoh masa yang terdekat.

“Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi yang boleh mengganggu siasatan polis,” katanya seperti dilaporkan portal akhbar itu

Terdahulu, Sajat telah ditahan pada 8 September dan dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan dikenali sebagai Misha, 9 September lalu. Dalam pada itu, dia turut dikatakan memohon berpindah ke Australia selepas memberi alasan menerima ugutan bunuh daripada pihak tertentu di Malaysia.

Sumber: Murai & Kosmo!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rocketfuel Entertainment Perkenal Indie Space Station Buat Semua Label & Pengkarya Indie

TRAVEL

Schneider Electric Launches AvatarOn C Switches